Keputusan yang masih berada di tangan Tasnim dipandang sayu. Jantungnya adalah tepat dan sesuai untuk diberikan kepada Noah. Dengan perlahan dia berjalan menuju ke katil Noah.
"Abang Tasnim datang ni dah seminggu abang tak sedarkan diri." Diusap lembut kepala suaminya.
"Harini keputusan Tasnim dah keluar jantung Tasnim sesuai dengan jantung abang. Tasnim gembira sebab jantung Tasnim akan berdegup dekat dalam diri abang." Dicium dahi suaminya dengan lembut.
"Abang walau apapun terjadi abang adalah cinta pertama Tasnim. Halalkan semua pemberian abang dekat Tasnim sekiranya pembedahan tersebut gagal Tasnim harap abang dapat hidup dengan gembira." Diusap lengan Noah.
"Tasnim tahu abang takkan cintakan Tasnim tapi Tasnim harap sebelum Tasnim pergi abang ada dengan Tasnim."
Ditatap wajah Noah dengan tatapan sayu. Dia tidak menyesal dengan perbuatan dan keputusanya. Ini adalah muktamad kebahagiaan dia adalah kehidupan Noah.
"Esok kita mulakan pemindahan jantung ye. Jantung Tasnim sihat tau Tasnim nak abang janji yang abang akan jaga jantung Tasnim baik-baik. Abang ambil sebahagian daripada diri Tasnim jadi abang kena jaga dia elok-elok." Dicuit manja hidup Noah.
"Sebab nanti Tasnim dah takda dekat depan mata abang yang ada hanya jantung dan cinta Tasnim." Menggigil bibir Tasnim menahan air matanya.
"T-Tasnim cintakan abang dan Tasnim haramkan abang pergi dulu. Tasnim takda sapa-sapa bang Tasnim hanya ada abang dalam hidup Tasnim. Keluarga Tasnim dah buang Tasnim abang je yang kutip Tasnim." Menangis dirinya di dada Noah.
"Jadi sabagai balasan Tasnim serahkan jantung Tasnim dekat abang. Siapa berani sakitkan hati abang Tasnim jadi imoogi !" Tersenyum dirinya seketika.
Diangkat punggungnya dan terus beredar daripada wad tersebut. Dia perlu melakukan sesuatu baki masanya tidak lama sekiranya pembedahan tersebut berjaya dia bersyukur dan sekiranya pembedahan itu gagal dia kena redha.
Dia kembali semula ke rumah Noah. Dia masuk ke bilik suaminya dan dikemaskan selimut dan bantal-bantal tersebut. Bersepah sangat mesti Noah tak sempat nak kemas tilam.
Diambil sebatang pen serta kertas di atas meja suaminya itu. Tasnim menarik nafas dengan perlahan dan dihembuskan dengan lembut.
2 july 202..
Hi abang ni Tasnim maafkan Tasnim sebab buat surat cinta untuk abang. Padahal phone ada tapi sebuk juga nak menulis hm abang nak tahu tak kenapa Tasnim tulis. Sebab Tasnim nak abang tatap tulisan Tasnim waktu Tasnim dah takda nanti. Abang Tasnim nak ucap jutaan terima kasih dekat abang sebab sudi jaga Tasnim dengan baik. Disaat-saat akhir macam ni pun abang tak balas cinta Tasnim sampai hati abang tau jahat betul hehehehe takdalah Tasnim gurau je. Abang jaga diri ye jangan sakitkan diri abang kalau abang sakitkan diri abang maknanya abang sakitkan Tasnim ingat tu.
Tasnim takda peluang untuk ucapkan yang Tasnim terlampau sayang dekat abang terlampau cintakan abang dan terlampau takut kehilangan abang. Tapi kalini Tasnim akan bagitahu abang yang abang adalah segalanya untuk Tasnim. Tasnim nak abang redha apa yang berlaku dekat Tasnim abang kena redha ye. Izinkan Tasnim pergi dari hidup abang. Abang jangan sedih-sedih kalau abang sedih nanti Tasnim sedih. Kalau rindu Tasnim tengoklah Luna. Luna sentiasa menerangi hari abang.
Abang ingat tak Tasnim pernah cakap dengan abang yang abang bayangkan je Tasnim takda dekat mata abang ? Jadi sekarang Tasnim nak abang anggap yang Tasnim tak pernah wujud dalam hidup abang ya. Tapi ingat cinta Tasnim dekat abang tak pernah luput seperti mana upin dan ipin tidak membesar seperti itu cinta Tasnim tak pernah pudar.
Cari kebahagiaan sebenar abang dan Tasnim akan sentiasa berada di dalam diri abang. Harini dan selamanya abang menjadi pemilik jantung Tasnim. Berat sebenarnya nak berpisah dengan abang tapi Tasnim tak boleh tengok abang sakit jadi Tasnim sanggup pertaruhkan nyawa Tasnim untuk abang. Okeylah abang panjang pulak Tasnim membebel jaga diri tau abang sayang. Selamat tinggal abang
Daripada isteri awak yang comel NurElva Tasnim.
Dilipat kertas tersebut dan dia menyimpan surat tersebut di dalam almari Noah. Diselitkan di satu baju yang paling jarang Noah guna. Dia tahu Noah tidak akan menggunakan baju bewarna merah jadi itu adalah tempat paling sesuai dia simpan surat tersebut.
Dia tidak mengharapkan kematian kalau boleh dia mahu nyawanya lebih panjang seketika. Tidak puas sebenarnya bersama Noah dia mahu sedikit masa untuk bersama dengan suaminya.
Dipandang cermin tersebut. Lepasni dapat ke aku tengok muka aku dapat ke aku tengok suami aku lagi dan dapat ke rasa macam mana ada anak sendiri. Diusap perutnya yang kempis itu.
"Jaga diri bang." Terus dia beredar daripada rumah tersebut.
——————————————-
YOU ARE READING
ISTERI YANG DIPILIH (C)
RomanceCode : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan yang diberikan Noah kepada wanita itu. Rambut wanita itu pula ditarik dengan kasar. "K-kenapa salahka...