BAB 16 🦋

12.2K 557 9
                                    

Luar rumah dah sapu. Cermin dah lap and lantai pun dah mop semua dah settle ! Tasnim yang kepenatan itu terus terduduk lemah di atas lantai itu. Dia tidak berami duduk di atas sofa takut suaminya marah.

Makanan pun sudah dia masak. Dia tahu keadaan suaminya itu masih belum sihat sepenuhnya jadi dia perlu menjaga kesihatan suaminya agar kembali sihat semula.

Tasnim melunjurkan kakinya. Agak terseliuh sebentar kakinya. Mungkin kepenatan mengemas rumah. Dia memandang sekeliling rumah tersebu bersih.

Pada masa yang sama dia merindui rumah kayunya. Dia tidak biasa duduk di rumah sebesar istana ini. Sudahlah ini bukan rumahnya ini rumah suaminya mahu dia tidak malu.

Abang tu raja Tasnim ni pulak dah macam rakyat biasa memang cukup biasa. Dah macam tukang cuci jamban terkahwin dengan raja perh mana sesuai. Tergelak sebentar dirinya.

Tasnim mengerling ke arah jam dinding tersebut. Dah pukul 5 petang ? Kenapa masa terlalu pantas dia terus membawa makanan yang di masak tadi ke bilik Noah.

Noah yang masib terduduk termenung itu terus tersentak selepas Tasnim memasuki biliknya.

"Abang Tasnim dah masakkan bubur untuk abang." Noah hanya mengerling sahaja.

"Bubur apa kau masak." Tasnim terus melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah cermin milik suaminya itu.

"Ini namanya bubur kepuasan cinta yang berahi." Terbatuk Noah mendengarkan nama bubur tersebut.

"B-berahi kepala otak kau Tasnim. Betul-betulah ni bubur apa ?" Tasnim kembali menjadi serius.

"Bubur ayam hancur. Tekak abang masih tak selesa lagi jadi Tasnim tak cerakikan ayam rebus takut abang tak boleh telan." Noah hanya mengangguk sahaja. Maknanya dia faham.

"Tasnim suapkan." Terus Noah menghalakan bibirnya ke arah Tasnim.

"Abang nak makan bubur ke nak cium Tasnim ?"

"Aku nak bubur bukan nak cium kau. Jijik betul." Tasnim hanya tersengih sahaja.

Digaulkan bubur tersebut dan ditiup lembut bubur tersebut. Disuapkan suaminya dengan cermat. Risau kalau tersembur atau tercomot. Dilap sikit bibir suaminya itu.

Noah hanya memandang sahaja wajah Tasnim. Wajah yang penuh dengan penderitaan. Sedang dia memerhatikan Tasnim baru dia perasan di sudut kepala Tasnim ada bekas luka yang besar. Ada garisan yang panjang.

Bila ditilik balik belas luka tersebut bukanya daripada tanda lahir ? Habistu bekas apa ?

"Tasnim." Noah memanggil isterinya.

"Ye abang." Tasnim membalas sambil memandang wajah Noah

"Kepala kau kenapa ?" Noah cuba menyentuh tapi dengan pantas tangan Tasnim menggeletar.

Noah yang terperanjat melihat perubahan Tasnim dengan pantas memegang mangkuk bubur tersebut. Tasnim seperti patung bernyawa air matanya mengalir dengan sendirinya. Badanya seakan-akan terkaku.

"Tasnim kau kenapa !" Disentuh bahu Tasnim dengan lembut. Dikejutkan Tasnim agar wanita itu tersedar.

Tasnim masih lagi terdiam. Dia termenung sambil air matanya mengalir. Tanpa dia pinta kenangan pahitnya terimbau kembali.

Dia yang berdiri sambil memegang perutnya itu sempat mengambil beberapa lukisan dan dipegang dengan erat. Tasnim yang masih berumur 15 tahun itu dengan gembira membawa gambar tersebut untuk diberikan kepada tuan Ethan.

Namun itu semuanya tidak berkakhir dengan sempurna. Belum sempat dia melangkah keluar daripada sekolah tersebut. Satu van bewarna hitam telah menunggu Tasnim du hujung penjuru sekolah.

"Papa mama. Tasnim juara peringkat kebangsaan sebab melukis gambar dan ilustrasi yang berkaitan dengan keluarga. Tak sabar nak tunjuk dekat papa."

Dia lapar perutnya masih lagi kosong. Dengan sekelip mata mulutnya dikunci dengan kain dan badanya melayang dengan sendirinya. Rontaan Tasnim tidak berjaya dan akhirnya dia pengsan.

Tasnim yang merasakan kepalanya seperti pening lalat itu dengan laju membukakan matanya. Takutnya bukan kepalang apabila melihat dirinya diletakkan di satu kawasan gudang yang gelap.

"Tolong ! Ya Allah Tasnim dekat sini tolong Tasnim." Menangis Tasnim kerana ketakutan.

"Diam kau budak ! Jangan sampai aku toreh kau." Suara tersebut menghentikan jeritan Tasnim.

"A-awak kenapa culik saya. Apa salah saya." Badanya yang masih terikat itu membuatkan dia tidak mampu untuk berlari.

"Papa kau yang suruh aku culik kau. Dia kata dia tak suka tengok muka kau. Jadi dia nak aku lenyapkan kau." Makin ketakutan Tasnim.

Betapa hancurnya hati Tasnim sekarang ini. Gambar yang dilukis itu masih lagi berada di sebelahnya. Ditatap sayu gambar tersebut. Sanggup papa nak bunuh Tasnim.

"Kesian aku tengok kau kan. Kau curahkan kasih sayang kau dekat bapak sendiri tapi malangnya dia mengharapkan yang kau mati." Tergelak lelaki tersebut.

Belum sempat Tasnim membalas. Kepalanya menjadi sasaran botol arak daripada lelaki tersebut. Kesakitan kepalanya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bayangkan kaca tersebut pecah berderai memgenai kepalanya.

Bukan 1 botol tapi 4 botol kepalanya menjadi sasaran lelaki tersebut. Darah pekat mengalir dengan laju membasahi bajunya. Kalini dia betul-betul redha dengan apa yang berlaku.

Belum sempat botol ke 5 dibaling ke kepalanya dia sudah pengsan. Selepas itu terus dia tidak mengingati apa yang berlaki seterusnya. Itu adalah kenangan yang paling sakit yang pernah dia rasa.

Selepas 4 bulan kejadian tersebut berlaku. Baru dia tahu yang menyelamatkan dirinya adalah seorang lelaki namun tidak dikenali langsung. Kalau dia berjumpa dengan lelaki itu sudah pasti dia akan mengucapkan ribuan terima kasih.

Tasnim terus rebah di pangkuan Noah. Dengan pantas badan tersebut disambut oleh lelaki itu. Kau kenapa ni budak jangan takutkan aku.

Terus diletakkan Tansim di katilnya. Diusap rambut Tasnim dengan lembut. Dibacakan zikir dan surah sedikit kepada isterinya ini. Terus diusapkan wajah Tasnim dengan air bacaan tersebut.

———————————————-

ISTERI YANG DIPILIH (C)Where stories live. Discover now