BAB 7 (Ver-Edit) 🦋

11.7K 548 4
                                    

Tasnim yang masih terlena itu ditatap lama oleh Noah. Diletakkan dagunya di tanganya dan memerhatikan sahaja nafas milik Tasnim. Macam mana suatu hari nanti kalau wajah ini tiada di pandangan matanya ? Adakah dia mampu kuat ?

Noah yang malas untuk befikir itu terus mengambil air wuduk dan terus melakukan solat. Dia mengambil masa selama 45 minit untuk bertafakur bersama tuhanya dan dengan mata yang berat itu terus dirinya terlena di sejadah itu.

Matanya masih tertacap pada sekujur tubuh yang kaku di dalam rumah tersebut. Noah cuba bangkit namun gagal. Apa sebenarnya yang berlaku ?

Dia tahu tubuh tersebut milik Tasnim. Dia cuba memanggil dan menjerit memanggil Tasnim namun gagal. Wanita itu masih lagi tidak sedar. Air matanya sudah tidak dapat ditampung.

"T-Tasnim jangan tinggalkan abang !" Menjerit Noah kerana ketakutan. Bunga ros yang berada di tangan Noah itu dicampak dengan kasar.

Tasnim yang mendengar jeritan daripada Noah terus menepuk perlahan wajah lelaki tersebut. Tersentak Noah kerana wajahnya disentuh.

"A-awak kenapa meracau ? Okey tak ?" Belum sempat Tasnim berdiri badanya dipeluk erat oleh Noah.

"A-ku takut." Air mata Noah tiba-tiba sahaja rajin untuk mengalir pagi-pagi ini.

"T-takut kenapa ? Saya ada Noah." Dibalas pelukan Noah.

"Aku nak bagitahu kau satu rahsia."

"Apanya ?" Dia cuba menenangkan perasaan lelaki itu.

"Mama aku bukan mama kandung aku. Dia mak tiri aku dia bini kedua kepada abi aku. Ibu kandung aku dah lama meninggal. 12 tahun dah dia tinggalkan aku. Jadi aku cuma tumpang kasih sayang dekat Puan Azura." Masih terngiang-ngiang cara kematian ibu kandungnya itu.

"Boleh saya tahu dia meninggal sebab apa ?"

"Dia sakit. Dah aku malas nak bahas cerita ni lagi." Terus Noah berdiri dan keluar daripada wad tersebut.

Tasnim ingin mengejar tetapi dia terlupa lehernya terluka. Dia lapar sebenarnya tetapi lain pula jadinya. Dia berjalan dengan perlahan-lahan untuk sampai ke katil tersebut.
Dia pendek jadi untuk menaiki katil agak terjinjit sedikit.

Laparnya mana nak cari makanan ? Air pun takda.

Dia turun semula daripada katil dan terus memasuki bilik air tersebut. Pili air paip dibuka dengan perlahan. Air yang keluar itu terus diletakkan di tapak tangan dan terus dia meminum air paip tersebut.

Noah yang melihat Tasnim meminum air paip tersebut dengan cepat menepis tangan wanita tersebut.

"Kau buat apa ni ! Air tu kotor Tasnim kau nak sakit perut ?"Marah betul dirinya melihat Tasnim meminun air tersebut.

"S-saya haus." Takut-takut dia membalas.

"Maka aku tahu kau lapar aku keluar belikan kau makanan dengan air. Jangan buat macam ni lagi nanti perut kau sakit tahu tak." Tasnim tersengeh sahaja.

"Aku tak tahu kau suka apa jadi aku belikan kau nasi goreng ayam. Makan puas-puas." Tasnim hanya terdiam sahaja. Sempat dia membaca doa sebelum membuka makanan tersebut.

*

Doktor membenarkan Tasnim pulang ke rumah. Lagipun luka Tasnim tidaklah seteruk mana jadi dia hanya menetap di wad itu hanya setengah hari sahaja. Tasnim memegang lehernya itu.

Masih lagi terasa sakit tapi tidaklah sesakit mana. Nasib baiklah pisau tadi tidak tercacak di kerokong tekaknya. Kalau tidak sudah pastinya sekarang dia sudah berada di alam lain.

Bersyukurnya dirinya masih diberikan nafas kalau tidak sudah pasti dirinya tidak akan merasa hidup di dunia ini lagi. Noah yang melihat Tasnim yang termenung itu terus dirinya meneguar Tasnim.

"Jangan difikir lagi. Biarkan perkara tu berlalu pergi. Yang penting sekarang kau hidup lagi. Kalau kau mati tadi macam mana aku nak jawab dengan mama." Tasnim terus memandang wajah Noah.

"Kalau saya mati tadi awak sedih tak ?" Sahaja dia menyoalkan soalan itu.

"Kau penting ke untuk aku Tasnim ?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Tak."

"Tahu pun." Terus Tasnim tersenyum. Benar kata orang cinta tidak mungkin akan berputik kalau salah satunya tidak mencintai pasanganya.

—————————————

ISTERI YANG DIPILIH (C)Where stories live. Discover now