"Kau dah sedia jadi isteri aku ?" Tasnim hanya tersenyum. Dengan siapa lagi dia ingin berkahwin kalau bukan dengan lelaki ini. Sudahlah dirinya tidak pernah bercinta. Jadi mungkin ini adalah cinta pertama dan juga cinta matinya.
"S-saya terima." Perlahan dia membalas.
"Tapi kau kena ingat Tasnim. Aku berkahwin dengan kau cuma dasar amanah ayah kau. Rasa sayang atau cinta memang aku tak boleh nak bagi. Kau tahukan hati aku dah lama mati untuk perempuan." Noah hanya memandang sahaja wajah Tasnim.
"Saya tahu Noah. Saya akan cuba rebut hati awak secara perlahan-lahan. Kalau awak masih tak boleh terima saya jangan risau saya yang akan undur diri. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya." Sempat Tasnim menguis-guiskan kakinya.
Noah tersentap seketika. Wanita ini sanggup menggadaikan kebahagiaannya untuk melihat dirinya bahagia. Apa hatinya sudah kental dengan kehidupan ?
"Boleh aku tanya ?"
"Tanyalah." Dipandang wajah Noah kembali.
"Masa kau duduk dengan keluarga kau. Kau selalu kena seksa ke ?"
Tergelak Tasnim seketika.
"Bukan setakat kena seksa je tau. Hari-hari saya makan hati. Kalau adik beradik lain dapat makan ayam saya cuma dapat makan nasi dengan air je. Kalau diorang dapat baju raya saya cuma dapat bayangan baju je." Tersengeh dia membalas.
"Hati saya dah kebah Noah. Saya bukannya takda perasaan saya ada tapi saya tak mampu nak buat apa-apa. " Tasnim memejamkan matanya seketika.
"Kalau saya sedih mesti saya tengok Luna." Tersenyum dirinya seketika.
"Siapa Luna ?" Balas Noah.
"Dalam bahasa itali Luna adalah bulan jadi nama Luna tu dah melekat dekat jiwa saya. Suatu hari nanti kalau awak hilang saya atau awak rindu saya awak tengoklah Luna. Dia akan menyinarkan malam awak dengan cahaya dia." Noah menelankan air liurnya.
"Saya tak sentiasa ada dengan awak Noah." Disentuh wajah Noah dengan lembut. "Sebenci mana awak dekat saya, saya akan cuba berusaha untuk dapatkan hati awak."
Noah terus berdiri. Ayat yang diberikan Tasnim agak menyucuk hatinya. Kenapa kata-kata wanita itu sungguh menusuk ke kalbu. Terus dia berjalan dengan laju dan memasuki rumahnya.
Tasnim hanya tersenyum sahaja. Aku salah cakap ke ? Terus dirinya melihat Luna kembali. Macam manalah kehidupan aku akan datang kan ? Banyak tangisan atau kegembiraan. Terus dirinya mengeluh.
"Jangan risau Noah. Selagi saya bernafas saya akan berada di sisi awak. Kalau awak sedih saya akan cuba gembirakan hati awak. Kalau mencintai awak perlu dibayar dengan nyawa saya sanggup. Sebab apa ? Sebab awak lebih berharga berbanding diri saya." Terus dirinya bangkit dan masuk ke dalam rumah tersebut.
*
Persiapan majlis semuanya sudah dilaksanakan. Hanya tinggal menunggu Tasnim sahaja. Noah sudah gementaran. Betul ke apa yang aku buat. Ah betulah jelah.Tasnim yang memakai serba putih itu hadir bersama dengan Puan Azura. Cantiknya dia.... Terus tersedar Noah daripada pujian tersebut.
"Boleh kita mulakan ?" Tok kadi mula bersuara.
"B-boleh." Terus dia menerima huluran salam tersebut.
"Aku nikahkan dikau dengan Nurelva Tasnim Binti Austin Eskandar dengan mas kahwinya 300 ringgit tunai." Tasnim agak terkejut mendengar nama ayahnya. Sedapnya nama ayah....
"Aku terima nikahnya Nurelva Tasnim Binti Austin Eskandar dengan mas kahwinya 300 ringgit tunai !"
"Sah."
"Sah." Tok kadi terus memberikan senyuman kepada Noah.
"Alhamdulilah sah." Terus bacaan doa dipanjatkan kepada ilahi.
Hati Tasnim pula dirundung kesedihan. Tiada satu pun ahli keluarganya yang melihat hari kebahagiaannya. Puan Azura yang melihat air muka Tasnim yang ingin menangis itu terus memeluk badan wanita itu.
"Menantu mama kuat kan jangan menangis ye. Insyaallah semuanya akan baik-baik." Tasnim menahan tangisan. Dia seorang wanita yang kuat mana boleh menangis.
Noah yang membawa cincin itu cuba menyarungkan cincin berlian ke jari Tasnim namun gagal.
"Tarik nafas Noah." Tasnim cuba memberikan kekuatan kepada Noah.
Tasnim terus menghulurkan jarinya dan cincin tersebut selamat disarungkan ke jari runcingnya dan perkara yang sama dia lakukan terhadap Noah.
Tasnim cuba mencium tangan Noah namun pantas sahaja tangan itu ditarik kembali. Tasnim tidak berkecil hati dia tahu dirinya bukan wanita yang bersih jadi dia hanya tersenyum sahaja.
"Noah cium dahi Tasnim cepat." Puan Azura bersuara.
Noah cuma menahan sabar. Nak taknak sahaja dia mencium dahi Tasnim. Puan Azura sempat mengambil gambar pasangan tersebut. Cantik....
Akhirnya majlis tersebut selesai pada jam 5 petang. Memang tiada sedara mara yang hadir cuma 5 orang sahaja yang ada untuk menjadi saksi. Tasnim masih lagi kuat mengharungi kehidupan akan datangnya.
Baju yang tersemat indah di badanya itu ditatap dengan lama. Lawanya baju ni comfirm harga dia mahal. Patutlah dia kata baju ni lebih mahal daripada maruah aku. Tengok jelah berlian yang ada dekat baju ni bersinar dan berkilau.
Noah yang melihat Tasnim tersenyum sendirian itu terus dirinya menghampiri wanita tersebut. Entah apa yang digelakkan dia pun tidak tahu.
"Kau gila ke senyum sorang-sorang ?" Luah Noah.
"Haah bang gila bayang dengan abang." Hampir tercekik tekak Noah mendengar nama panggilan tersebut.
"K-kau panggil aku apa tadi ? A-abang ?"
"Haah abang. Salah ke ? Abang kan suami Tasnim takkan nak panggil awak saya tak sesuai langsung." Noah terus menepuk kepala Tasnim.
"Kau ni kan siapa izinkan kau panggil aku abang ? Geli tahu tak. Lagi-lagi daripada mulut kau rasa nak muntah." Sempat diherdik Tasnim.
"Ye saya tahu saya anak luar nikah. But I don't care I still nak panggil awak abang. By cat or crocodile you are my husband now !" Sempat dia mencium hidung Noah.
Laju sahaja Tasnim melarikan diri. Jantung Noah jangan dikata mahu tercabut daripada tulang dadanya. Gila betul budak ni. Terus dia mengelap pipinya itu. Kotor betul.
——————————————
YOU ARE READING
ISTERI YANG DIPILIH (C)
RomanceCode : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan yang diberikan Noah kepada wanita itu. Rambut wanita itu pula ditarik dengan kasar. "K-kenapa salahka...