PROLOG

449 14 4
                                    

ENZO, WANITA BERMANDIKAN DARAH.

Dalam kegelapan malam yang menyelubungi kota Kuala Lumpur, ketika ramai rakyatnya yang berlabuh di bahtera mimpi, terlihat beberapa sosok manusia sedang berkejaran di bumbung bangunan tempat tinggalnya penduduk. Salah seorangnya merupakan seorang wanita berambut panjang dengan senyum sinis di bibirnya manakala seorang lagi merupakan lelaki yang memperlihatkan riak ketakutannya.

"Larilah hujung dunia pun aku tetap tak akan biarkan kau hidup," ujar wanita berambut panjang yang berbau ancaman.

"Erk, berhentilah kejar aku! Kau salah orang ni. Bukan aku suspek utama! Cari Ark!" raungan lelaki itu dihujung ayatnya kedengaran sedang menahan sakit yang luar biasa.

"Hah, aku dah cakap tak ada gunanya kau lari," ujar wanita berambut panjang tadi seraya menarik picu pistolnya.

BANG!

Sedas tembakan menembusi bahu lelaki tadi sehingga raungannya kedengaran membingitkan atmosfera. Manakala darah lelaki itu terlihat memercik bebas di udara bersama lutut yang melemah dan terduduk di salah sebuah gedung lama setelah lama berlari.

"Usaha kau sia-sia," ujar wanita berambut panjang lagi ketika lariannya terhenti apabila lelaki yang dikejarnya berhenti berlari.

"Bukan aku! Aku cuma suruhan dia!" ujar lelaki tadi bertegas. Menetapkan pendiriannya meskipun sudah terlambat.

"Bukan akubukan aku bingitlah! Ya, aku tahu bukan kau yang bunuh tapi kau sendiri yang cakap yang kau ni suruhan dia kan? Kiranya kau ni ikut bersubahat jugalah kan? Kesalahan juga tu," terang wanita berambut panjang yang telah duduk mencangkung di hadapan mangsanya.

Lelaki yang ditunding kesalahannya membulatkan mata bersama dengan riak wajah yang semakin ketakutan. Silapnya terlepas cakap.

"Enzo jangan bunuh dia. Tuan Haidar mahukan dia hidup-hidup," tiba-tiba suatu suara lelaki datang mencelah, dengan melalui layar hologram yang muncul melalui cermin mata khas yang digunakan wanita berambut panjang tadi yang panggil Enzo.

"Tsk, kau beruntung hari ni," decit Enzo dengan hatinya yang menjerit kegeraman.

"Bangun ikut aku balik itu pun kalau kau nak hidup," sambung Enzo seraya mengari kedua tangan mangsanya. Usai saja panggilan daripada lelaki tadi, nafsu membunuhnya yang berkobar-kobar terpadam begitu saja setelah panggilan ditamatkan.

"Ark aku ikut," keluh lelaki yang kini telah menjadi tawanan Enzo.

*

Di sebuah pulau misteri yang terletak jauh daripada petempatan manusia, malah sehingga tidak tercatat di dalam peta dunia, terlihat sebuah bangunan berbentuk sfera terbina di sana. Dan dalam masa yang sama, pada malam yang dihias bulan dan bintang, terlihat sebuah bot memasuki perairan pulau tersebut. Bot pribadi yang disedia khas itu terlihat membawa seorang wanita dan bersamanya seorang lelaki yang kemas diagari dan dipantau erat gerak gerinya.

"Kita dah sampai dan kau boleh keluar sekarang," ujar Enzo Si wanita yang membawa bot tadi.

Si lelaki akur tanpa bantahan.

Langkah demi langkah, mereka kelihatannya menapak ke dalam sebuah markas dengan hiasannya yang memukau mata. Lengkap dengan berteknologi tinggi yang belum dikenal dunia.

"Good night Cap!" sapa seorang lelaki apabila berselisih dengan Enzo yang beriak dingin.

Enzo mengangguk memandangkan dia merupakan salah seorang yang berpangkat tinggi di dalam Secret Army Malaysia (S.A.M), iaitu agensi yang dibina khas dan lebih dikenali sebagai pemburu jenayah yang berada di bawah pimpinan kerajaan Malaysia.

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now