BAB 11

104 10 0
                                    

Riak wajah Enzo yang terlihat kecewa ditatap dari kejauhan, sedikit sebanyak ada juga mencuit hati kecil Nafiy Iskandar yang menatapnya. Fahamlah lelaki itu kenapa wajah Si Bunga berkerut seribu. Tiga hari yang lalu, Enzo ada mencadangkan percutian keluar negara sebelum perbicaraan akhir di mahkamah berlangsung.

Namun, idea itu ditolak mentah-mentah oleh Nafiy Iskandar dengan alasan, risau kewangan Enzo terjejas kerana telah banyak membantu mereka dalam urusan mahkamah. Jadi untuk mengubat hati Si Bunga yang terluka, Nafiy Iskandar mencadangkan untuk berkhemah sahaja. Jimat sedikit perbelanjaan.

Enzo apalagi, dia iyakan saja idea daripada Nafiy Iskandar itu dengan syarat, segala urusan perkhemahan diuruskan olehnya. Dari mula tapak perkhemahan mereka di mana, sehinggalah peralatan-peralatan yang diperlukan nanti.

"Masih merajuk ke awaknya?" Soal Nafiy Iskandar sambil bertongkat dagu.

Enzo yang faham dirinya disoal hanya diam. Malas melayan. Tak pernah-pernah lagi kemahuan dia ditolak sebelum ini, datang Nafiy Iskandar semuanya berubah

"Maaflah awak. Saya buat macam ni sebab tak nak awak buang duit macam tu je," terang Nafiy Iskandar pula.

"Iyalah tu." Balas Si Bunga pendek sembari berpeluk tubuh.

Melihat reaksi Enzo yang tampaknya tidak berubah itu membuatkan tawa kecil meluncur di bibir merah Nafiy Iskandar. Terhibur dengan gelagat Enzo. Meski wajahnya datar tak punya ekspresi, ada juga rajuk yang tersembunyi.

"Lambat lagi ke nak makan?" rengek Anaqi mencelah perbualan kedua orang dewasa di tapak perkhemahan itu.

Laju Nafiy Iskandar mengalihkan tatapannya ke arah Anaqi.

"Tunggu abang awak ambik air barulah kita makan. Okey?" Pujuk lelaki itu seraya mendekati anaknya.

Ada lima orang kesemuanya yang mengikuti rombongan perkhemahan ini. Enzo, Mizu, Qasih Aurora, Anaqi dan akhir sekali Nafiy Iskandar. Mizu dan Qasih Aurora ditugaskan untuk mengambil air dari sungai yang berdekatan manakala Enzo dan Nafiy Iskandar pula mendirikan khemah.

Khemah didirikan secara berhadapan di antara khemah lelaki dan perempuan. Ditengah-tengah khemah lelaki dan perempuan pula ada unggun api dan juga dapur kecil untuk memasak nanti. Untuk bahagian hidangan makan malam, Enzolah yang bertugas. Manakala menghidupkan unggun api pula adalah Nafiy Iskandar.

"Kalau lapar sangat dalam beg akak ada coklat tadi. Kau ambillah," celah Enzo. Kesian pula tengok wajah cemberut Anaqi itu. Tak sampai hati dia nak abaikan.

Anaqi menoleh pantas ke arah Enzo yang bersuara itu.

"Betul ni?" ujar Anaqi dengan mata yang seakan bercahaya.

Enzo mengangguk perlahan. Tak salah wanita itu menyetujui rancangan Nafiy Iskandar. Dapat jugalah mindanya ditenangkan dengan pemandangan hutan yang menghijau disekelilingnya.

"Tu mereka dah sampai. Kau boleh dah hidupkan api aku nak masak," ujar Enzo apabila mendapati kehadiran Mizu dan Qasih Aurora yang semakin mendekat.

Nafiy Iskandar menoleh ke arah yang dimaksudkan Enzo. Dari jauh terlihat Mizu dan Qasih Aurora sedang berbual mesra. Entah apa yang dibualkan sampaikan Qasih Aurora tak henti-henti ketawa.

"Kejap ye," sahut Nafiy Iskandar yang segera menghampiri dapur kecil mereka. Beberapa ranting kayu mulai ditetak pendek-pendek. Api untuk memasak juga mulai dinyalakan.

"Nak aku tolong bang?" tegur Mizu.

Lelaki tinggi lampai itu terlihat ramah tidak seperti apa yang tercermin di wajah datarnya.

"Boleh-boleh."

Petang itu mereka menghabiskan masa dengan aktiviti yang ringan sahaja. Malamnya pula, aktiviti ungun api diadakan. Berkat hasil daripada idea Nafiy Iskandar itu bukan main suka lagi Anaqi bila pertama kali dapat merasakan perkhemahan yang sebenar. Enzo pula tidak tinggal seronok juga apabila masakannya habis licin disantap dengan rombongan perkhemahannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now