BAB 3

121 9 0
                                    

Ketika malam mula menyelimuti dunia, terlihat Anaqi yang masih segar melayan indahnya hamparan bintang dan bulan di langit. Wajah suci kanak-kanak itu terlihat agak mendung. Manakala minda kanak-kanak itu ligat memutarkan kenangan lampau yang dihiasi indahnya kegembiraan.

"Anaqi tak tidur lagi?" soal Nafiy Iskandar yang baru saja memasuki bilik anak bujangnya itu.

"Belum. Anaqi tak mengantuk lagi ayah," jawab Anaqi sembari menoleh ke arah pintu biliknya.

"Kenapa ni? Macam ada masalah je," berkerut jugalah dahi Nafiy Iskandar melihat riak wajah anaknya itu yang terlihat masih segar dan tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk.

"Betul ke kakak tengah hari tadi tu cakap? Betul ke dia nak saman Miss Lydia?" soal Anaqi bertalu-talu.

Nafiy Iskandar menghela nafas perlahan. Patutlah anaknya tidak mengantuk, memikirkan masalah tengah hari tadi rupanya.

"Entahlah ayah pun tak tahu. Kalau betul dia nak saman Miss Lydia, Anaqi nak buat apa?" balas Nafiy Iskandar yang menarik perlahan tangan anaknya untuk duduk dibirai katil.

"Anaqi tak nak buat apa-apa. Hmm ayah sebenarnya apa yang kakak tengah hari tadi tu cakap memang betul pun. Miss Lydia selalu pukul Anaqi. Anaqi tak nak bagi tahu ayah sebab tak nak susahkan ayah," ujar Anaqi panjang lebar sambil menunduk merenung jubin putih biliknya.

Nafiy Iskandar terdiam. Beruntungnya dia dianugerahkan anak yang matang di usia seawal lima tahun begini.

" I am sorry. Ayah tak mampu tolong kamu masa dalam situasi tu, "ujar Nafiy Iskandar lembut seraya mengelus rambut anak lelaki satu-satunya itu.

" Anaqi faham. Ayah sibuk," balas Anaqi yang sudah membaringkan tubuh di tembat beradu.

Nafiy Iskandar tersenyum nipis. Anaqi sangat memahami keadaan mereka. Dia kagum dan dalam masa yang sama dia sedih kerana tak mampu memberikan Anaqi kesenangan seperti dahulu.

"Esok ayah nak turun kerja awal. Anaqi jaga rumah ya?" pinta Nafiy Iskandar memandangkan dia sudah bertekad mahu mencari kerja baru setelah di buang kerja tadi.

Anaqi mengangguk. Tidak masalah dia ditinggal sendiri. Dia anak lelaki tahu menjaga diri.

Melihat persetujuan anaknnya itu, Nafiy Iskandar akhirnya dapat menghembus nafas lega. Dia percayakan rumahnya dibawah budak lelaki berumur lima tahun.

*

Keesokkan paginya, usai menunaikkan solat subuh, Nafiy Iskandar berkemas dan lantas bergegas pergi ke stesen kereta api berdekatan. Tetapi sebelum ke stesen, Nafiy Iskandar sempat singgah sekejap di rumah Enzo.

Doanya pada pagi itu semoga dipermudahkan segala urusan untuk mendapatkan pekerjaan. Risau juga dia jika tidak mendapatkan pekerjaan pada pagi itu. Nanti macam mana pula dia nak besarkan anaknya yang seorang itu?

"Assalamualaikum!" panggil Nafiy Iskandar sambil mengetuk pintu rumah Enzo di awal pagi.

Sebelum bertolak, dia mahu berpesan kepada jirannya itu untuk memastikan keselamatan anaknya yang berseorangan nantinya terjaga.

"Ya siapa?" salam dijawab di dalam hati, lalu pintu dibuka selamba oleh seorang wanita berambut panjang yang diikat satu dan hanya berbaju singlet berwarna hitam.

Membulat mata Nafiy Iskandar apabila pandangannya di pagi itu disajikan dengan pemakaian Enzo yang cukup menjolok mata bagi dirinya yang cukup menjaga pandangan. Cepat-cepat Nafiy Iskandar mengalihkan tatapan matanya ke arah lain.

Enzo mengerutkan dahi melihat kedatangan jirannya itu.

"Kenapa?" soalnya hairan.

"Boleh tolong tengok-tengokkan Anaqi nanti? Sebab saya tak ada dekat rumah sampai petang," pinta Nafiy Iskandar dengan riak wajah yang serba salah. Dia risau akan keselamatan anaknya itu meskipun Anaqi boleh dikatakan matang diusianya. Tetapi tetap saja dia tidak mempercayainya seratus peratus.

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now