BAB 1

144 12 0
                                    

Cahaya matahari tampak menyinari angkasa. Meminjamkan habanya bagi umat manusia, umat bumi yang semakin tua. Kerana pembinaan yang semakin pesat habanya terasa lebih panas dari suhu yang sepatutunya. Namun, itu bukan penghalang untuk manusia-manusia memeriahkan bumi yang semakin tua ini.

"What a nice day... haaa," ujar seorang wanita yang sedang berjalan bersendirian ditengah bandaraya Kuala Lumpur. Penampilannya hanya biasa-biasa sahaja, dengan hanya mengenakan baju oversize berwarna ungu dan dipadankan dengan seluar jean berwarna hitam. Manakala rambut panjangnya sengaja dibiarkan lepas.

"Jadi macam mana aku nak cari dia?" bisiknya pula pada diri sendiri.

"Hmm kalau tak silap dia bekerja dekat syarikat sekitar sini?" bisik wanita itu lagi pada dirinya sambil memengang dagu. Berfikir.

"Aha! Sana,"

Senyuman Enzo melebar apabila matanya menangkap bayangan sebuah syarikat yang gah berdiri tidak jauh dari kawasan tempat dia berdiri tadi. Namun senyuman itu hanya seketika apabila matanya menangkap sebuah pergelutan sedang terjadi.

"Kenapa tu?" soalnya sendiri sembari mengigit bibir.

Disebabkan rasa ingin tahu yang meninggi, langkahnya dibuka lebar sehingga mencapai ke arah tujuan yang telah dipenuhi oleh kerumunan manusia. Kalau matanya tidak salah, dia sempat menatap kelibat seorang sosok lelaki yang sedang dimarahi. Dan sosok itulah yang dicari-carinya.

"Kerja dah lama takkan itu pun tak reti?" tengking seorang lelaki. Dari segi penampilannya terlihat seseorang yang mempunyai pangkat yang tinggi.

"Saya minta maaf Tuan. Silap saya lupa bawa dokumen tu," pohon sosok lelaki yang menjadi magnet tarikan mata Enzo tadi.

"Silap? Kau ingat kesilapan kau ni kecil? Sebabkan kau nilah company kita rugi besar tahu?" marah lelaki yang dipanggil Tuan oleh lelaki yang dicari Enzo,

"Maaf Tuan," balas lelaki yang dimarahinya. Lelaki itu mengetap bibir. Silapnya sangat besar pada hari ini hinggakan tanpa dia sedari, air matanya telah berkumpul di tubir mata.

"Nafiy kau dipecat! Syarikat aku tak perlukan orang macam kau. Lembab! Buat kerja pun tak profesional!" tengking lelaki yang dipanggil Tuan.

Manakala lelaki yang dipanggil Nafiy atau nama panjangnya Nafiy Iskandar tersentak. Kerana terlalu terkejut dengan situasi yang dihadapinya sekarang, tanpa di pinta air matanya jatuh. Dia gagal mempertahankan satu-satunya pekerjaan yang dia miliki.

"Tapi Tuan saya boleh perbaiki. Saya janji tak akan ulangi lagi. Tuan tak boleh pecat saya macam ni saya merayu Tuan," rayu Nafiy Iskandar. Lelaki yang dipermalukan di hadapan khalayak ramai. Bertepatan di hadapan syarikat mertuanya. Malah lelaki yang dirayunya tadi merupakan abang kepada bekas isterinya, Adib Naufal.

" Ah, peduli apa aku? Kau pergi naik pejabat sekarang, kemas barang kau dan berambus!" halau Adib Naufal tanpa memandang wajah bekas adik iparnya itu.

"Jangan macam ni Tuan. Saya dah tak ada tempat lain nak kerja ni," rayu Nafiy Iskandar lagi. Tidak mahu mengalah meskipun maruahnya kini sedang dipijak-pijak.

Adib Naufal menghela nafasnya perlahan sekaligus cuba untuk meredakan amarahnya. Untuk tempoh masa yang lama, dia sudah cukup bersabar dengan kerenah bekas adik iparnya itu. Namun, kesabarannya menghilang setelah adik perempuannya mengakui dirinya telah disakiti.

Memandangkan dia hanya memiliki seorang adik perempuan yang dia sayangi iaitu Siti Adlina, bekas isteri kepada Nafiy Iskandar. Siti Adlina sentiasa dilayan layaknya seorang ratu di dalam keluarga mereka.

Dan apa saja yang dikatakan wanita itu sememangnya dipercayainya, begitu juga dengan tuduhan ke atas Nafiy Iskandar yang dikatakan telah berzina dengan orang lain. Disebabkan rasa sayangnya terhadap Siti Adlina yang mengunung, Adib Naufal mempercayai tuduhan itu dan mulai membenci Nafiy Iskandar.

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now