BAB 5

123 10 0
                                    

Dada ayam yang kemas berbungkuskan dengan plastik transparen itu ditatap satu persatu. Mencari yang paling segar diantaranya. Usai memilih dua ekor dada ayam yang diinginkan, Enzo beralih pula ke bahagian ayam bulat, sama seperti sebelumnya, dia mencari yang paling segar. Usai memilih dua ekor dada ayam dan dua ekor ayam bulat Enzo beralih pula ke bahagian rempah ratus. Dan begitulah seterusnya.

"Kau tak nak beli apa-apa?"soal Enzo memecahkan kesunyian yang menyelimuti dia dan Anaqi.

Anaqi menggeleng.

"Ayah tak pesan apa-apa pula," jawabnya.

"Aku tak maksudkan ayah kau tapi kau sendiri," balas Enzo.

Anaqi terdiam. Dia takut memilih apa yang dia inginkan kerana terkenangkan trauma di masa lalu.

"Tak apa aku belanja. Kau pilihlah," pujuk Enzo.

"Betul ni?" soal Anaqi ragu.

Enzo mengangguk seraya menarik tangan kanak-kanak lelaki itu ke ruang makanan ringan.

"Ambillah apa yang kau nak,"

Masa berlalu pantas, sedar tidak sedar, sudah lima jam Enzo dan Anaqi berada di dalam pusat membeli belah pada pagi itu. Keduanya terlihat sakan membeli belah keperluan masing-masing.

"Kau tunggu dalam kereta dulu tau aku nak kemas barang-barang masuk bonet kejap," ujar Enzo apabila menyedari riak kelelahan Anaqi setelah menemaninya membeli belah.

"Tak nak Anaqi tolong ke?" soal kanak-kanak lelaki itu polos.

"Kau dah sangat letih tu. Rehatlah kejap. Barang-barang ni biar aku yang kemas masuk bonet kereta," jawab Enzo seraya menggosok lembut rambut kanak-kanak lelaki itu.

"Okey,"sahut Anaqi sambil menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam kereta untuk berehat.

Enzo tersenyum nipis lalu meneruskan kerjanya sebelum terhenti mendadak apabila menangkap bunyi asing di pendengaran. Tanpa berlengah, tangan kanannya begerak pantas mencapai pintu masuk yang menempati Anaqi lalu menahannya sambil menghalang tangan sasa seseorang yang cuba membukanya. Manakala tangan kiri mencengkam kemas pergelangan tangan seorang lelaki berbaju hitam dengan mask yang menutup separuh wajahnya.

"Siapa kau?" soal Enzo dingin seraya mengeratkan lagi cengkaman pada pergelangan tangan lelaki misteri itu.

"Huh?" balas sosok lelaki yang memakai mask tadi. Terkejut dengan kekuatan luar biasa daripada wanita asing yang menemani Anaqi, targetnya.

"Jawab!" tengking Enzo lalu menendang rusuk di bahagian kanan lelaki itu.

"Argh!" raungan kesakitan bergema buat seketika. Cukup sekadar untuk melepaskan pegangan lelaki misteri itu daripada pintu kereta di bahagian yang menempatkan Anaqi. Namun demikian, meskipun sepakan daripada Enzo menghentam tulang rusuk lelaki itu, tetap saja perbuatannya tidak mematikan niat lelaki itu.

Enzo berdecit geram seraya menatap kosong lelaki misteri dihadapannya yang terbongkok kesakitan, lalu menoleh sekilas ke arah Anaqi yang sudah tertidur pulas kerana kepenatan. Dia menghela nafas leganya perlahan lalu membongkok untuk mengeluarkan sebilah belati pendek yang segaja disembunyikan pada betisnya. Kemudian, dengan pantas Enzo meluruh ke arah lelaki misteri itu.

"Enzo hati-hati ada lapan orang yang follow kau," tiba-tiba ada pancaran cahaya hologram daripada kanta mata yang dipakai Enzo.

"Mereka ni siapa?" soal Enzo yang sedang menerpa ke arah lelaki misteri tadi dan menusuknya. Kelincahan Enzo ternyata agak sukar buat lelaki misteri itu tandingi, lagi-lagi apabila wanita itu mengaburi pandangannya dengan hologram ilusi yang menyerupai asap.

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now