BAB 2

118 11 0
                                    

Di sebuah tadika swasta, terlihat keriuhan memenuhi ruang atmosfera. Gurau senda dan tawa mesra terlihat menceriakan suasanan di pagi itu. Namun tidak untuk seorang kanak-kanak lelaki yang terlihat sedang duduk bersendirian jauh dari kanak-kanak yang lain. Meninggalkan segala keriuhan yang menceriakan suasana.

"Mana ayah ni?" gumam kanak-kanak lelaki itu sambil mengurut lengannya yang terlihat membiru. Kesedihan tampak tercermin pada ketika itu.

Dalam pada masa yang sama kedengaran ejin kereta yang sederhana kuat memasuki kawasan perkarangan tadika itu. Tidak lama kenudian, keluar sosok seorang lelaki dan wanita dari dalam perut kereta itu, lalu terlihat keduanya menuju ke arah pintu utama tadika tadi.

"Encik Iskandar datang nak ambil Anaqi ke ni?" sapa salah seorang penjaga wanita di tadika itu. Wajahnya manis namun senyuman dibibir wanita itu terlihat agak sinis di mata Enzo.

Nafiy Iskandar mengangguk perlahan memandangkan hari itu merupakan hari terakhir anaknya bersekolah disitu. Atas sebab permintaan anaknya sendiri.

Terlihat penjaga wanita itu tersenyum sebelum beredar, meninggalkan Enzo dan Nafiy Iskandar berdua di hadapan pintu tadika, tempat dimana Anaqi Fawwas iaitu anak lelaki Nafiy Iskandar dididik.

Meskipun layanan di tadika itu agak mengusik perkembangan mental seorang Anaqi namun semua itu berjaya ditutup oleh kepalsuan para penjaga yang bertugas di situ. Tambahan lagi apabila pemilik tadika itu sendiri adalah merupakan salah seorang yang berhubungan akrab dengan Adib Naufal.

"Kenapa kau bagi anak kau sekolah dekat sini?" soal Enzo sambil melihat ke sekeliling tadika yang dipenuhi oleh kanak-kanak yang mempunyai darjat mereka tersendiri.

"Emm... bekas isteri saya yang tolong pilihkan tadika ni. Katanya sesuai untuk anak kitaorang," jawab Nafiy Iskandar agak perlahan dan tampak tergambar riak sedih diwajahnya.

"Kau dah nangis tadi sekarang tak payahlah," ujar Enzo yang kedengaran agak dingin pada ayatnya. Namun terselit keprihatinan.

"Oh, maaf. Banyak sangat masalah yang datang kebelakangan ni. Emosi saya agak tak terkawal," balas Nafiy Iskandar jujur. Entah mengapa berada di samping Enzo, dia seakan mahu menceritakan semua kisahnya kepada wanita itu.

"Jangan dilayankan sangat emosi tu. Hidup kau pun kena diteruskan," nasihat Enzo yang terlihat sedang memerhati keadaan di sekeliling tadika. Namun nalurinya berbisik ada tidak kena dengan tadika yang menempatkan anak lelaki Nafiy Iskandar itu.

"Aku pulak yang tak sedap hati sekarang," bicara Enzo kepada dirinya.

"Maaf menunggu Encik Iskandar Anaqi ni suka menyendiri itu yang susah nak cari dia," ujar penjaga wanita yang tadinya menyapa mereka sambil tertawa palsu.

Nafiy Iskandar mengangguk sebagai balasan, manakala Enzo terlihat tidak berminat untuk menyampuk perbualan mereka sambil memerhati Anaqi yang diam sembari menundukkan kepalanya. Dibalik wajah yang menunduk itu, terserlah riak wajah yang sedang menahan kesakitan.

"Anaqi ucap terima kasih dekat Miss Lydia," ujar Nafiy Iskandar lembut. Mengajar anaknya untuk menghormati ketika umurnya masih muda.

"Thanks you Miss Lydia," ujar Anaqi yang akur dengan kehendak ayahnya itu sambil berjalan mendekati Nafiy Iskandar.

Miss Lydia hanya tersenyum sebagai balasan memandangkan dia tidak mahu memanjangkan perbualan mereka.

"Kejap," sampuk Enzo sembari mengambil tangan kanan Anaqi yang seakan terkejut dengan kehadiran dirinya yang elok duduk mencangkung di hadapan Anaqi. Nadanya kedengaran dingin, dingin yang mencengkam suasana.

"Kenapa dengan tangan budak ni?" soal Enzo sembari menyelak lengan baju panjang yang dipakai Anaqi. Di pergelangan tangan budak lelaki itu terlihat ada kesan lebam yang berbentuk genggaman tangan orang dewasa. Kesannya seakan baru-baru saja berlaku.

BIDADARI BERDARAHWhere stories live. Discover now