GADIS itu berlari sekuat hati tanpa menoleh kebelakang sedikit pun , ramai pengawal mengejarnya dibelakang membuatkan gadis itu berlari ketakutan .
" Pengawal dari kerajaan Shin , sudah berbulan sejak mereka tidak menganggu saya lagi . Apa lagi yang mereka mahukan ? " Tutur gadis itu perlahan sebaik sahaja ia tiba ditempat persembunyian . Nafasnya turun naik kerana kepenatan , gadis itu bercadang untuk berehat disini sementara sehingga keadaan membaik .
Pengawal yang mengejarnya tadi berhenti tepat dihadapan tempat persembunyian gadis itu . Dia lantas menekup mulutnya supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi .
" Cis ! Tidak boleh diharap betul kamu semua ini ! . Gadis sekecil itu juga kamu semua boleh terlepas . Lakukan kerja dengan baik jika ingin mendapat ganjaran " kepala pengawal - pengawal tadi diketuk oleh ketua pengawal .
Gadis itu memejam matanya ketakutan , dia tidak ingin melihat muka pengawal itu .
" Maaf tuan , kami akan segera menculik Puteri Aleya dan nikahkan tuan puteri dengan anak raja Emerald " Aleya hanya mendengar setiap percakapan antara pengawal dengan si ketua pengawal .
" Jadi ini sebabnya kenapa anda semua mengejar bakal isteri saya ? " Seseorang mencelah dengan nada suara angkuh . Pengawal tadi menundukkan badannya sopan .
" Puteri Aleya Maziyar adalah bakal isteri tuanku ? " Tanya ketua pengawal takut - takut . Jenan mengangguk .
" Jika tidak mahu dipancung kepalanya , pulanglah kekerajaan kamu semula dan jangan kembali mencari bakal isteri saya lagi " mereka - pengawal mengangguk kemudian beredar dari hadapan Putera Jenan .
" Keluarlah , Tuan Puteri " ujarnya lembut untuk memastikan gadis itu mengikuti arahannya . Aleya dengan berhati - hati keluar dari tempat persembunyiannya .
" Terima kasih Tuanku " Aleya menghadiahkan senyuman manisnya . Jenan tersenyum kecil .
" Kemana sahaja kamu pergi tadi ? Sudah penat saya kehulur - kehilir mencari kamu tetapi masih tidak jumpa , mujur saya lalu dikawasan ini . Jika saya tidak lalu ? Pasti akan terjadi sesuatu yang lebih buruk terhadap kamu " gadis itu menundukkan kepalanya , dia tahu dengan siapa dia menghadap sekarang .
Putera Makhkota Jenan Elbian dari kerajaan Atlas , Putera Jenan dikenali dengan sikap tegasnya apabila memerintah dan juga sikap penyayangnya . Jika sesiapa tidak mengenali tuan putera , pasti orang akan menganggapnya kejam dan tidak berhati perut kerana Jenan pernah menghukum seorang pengawai Istana sehingga dihukum tali gantung .
" Jadi kamu sudah mendengar semuanya kan ? Saya adalah bakal suami kamu , semoga kita berdua dapat bahagia dimasa akan datang " lelaki itu tersenyum memandang wajah cantik Aleya .
Gadis itu melepaskan keluhan berat " jadi tuanku adalah bakal suami patik ? . Kenapa memilih patik ? Kenapa bukan puteri lain yang ada diluar sana ? " Nada suara gadis itu kedengaran agak tidak suka kerana lelaki itu memilihnya menjadi isteri .
" Kerana saya cintakan kamu " lidah gadis itu terkelu .
" Tetapi saya cintakan lelaki yang saya jumpa ketika didalam hujan , hati saya tidak akan berpaling dari lelaki itu . Sekali pun tidak "
" Sila fikirkan lagi tuanku , jika tuanku menikah dengan patik . Tuanku tidak akan pernah bahagia kerana patik mencintai seseorang " gadis itu berjalan meninggalkan Jenan . Lelaki itu mengeluh kemudian menggeleng kepalanya .
" Kenapa kamu tidak pernah faham akan perasaan saya Ale ? "
----------♡----------
♡ Okay ke cerita ni ? Maaf jika tidak sesuai dengan ekpetasi anda
YOU ARE READING
Hujan
Fanfiction❑ Hujan adalah penghubung diantara mereka berdua almondcaxe_ || 2022