PROLOG

837 55 7
                                    

— LOUISE RAINER The Royal Prince of Monaco

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


— LOUISE RAINER
The Royal Prince of Monaco

— HISTORIA IRIS
The Princess & Future Queen of Levorna

7 : 5 3

MEGAH dan Mewah. Itulah yang terlukis dimata Iris sebaik saja kakinya memijak lantai Ball Party itu. Disekelilingnya dipenuhi dengan manusia berbeza jantina yang berdansa mengikut rentak alunan lagu yang bergema disetiap sudut.

Ada yang berfoya dengan minuman yang terhidang seperti pancuran air diatas meja bulat. Ada pula yang menikmakti pelbagai jenis manisan yang tersusun mewah diatas meja panjang.

Bermacam ragam manusia yang disaksikan Iris. Dia melilau melihat keadaan sekitar sehingga pada satu saat matanya terhenti pada figura seorang wanita yang memakai topeng.

Dahinya berkerut. Jika dilihat tiada satu orangpun yang mengenakan topeng dimajlis ini kecuali wanita tersebut. Iris menilik tubuh itu dari atas hingga kebawah.

Iris akui bahawa dia mempunyai ketinggian yang langka bagi seorang wanita. Bahunya juga agak lebar. Dilihat dari samping rahangnya membentuk dan tajam. Rambutnya berwarna silver dan panjang turun ke pinggang.

Lama mata Iris mengembara hingga tidak sedar akan dirinya yang juga sudah menjadi tilikan dimata wanita itu.

Mata Iris membulat setelah sedar akan perlakuannya. Mulutnya ditekup. Badannya dipusing membelakangi wanita tersebut.

Kaki bergerak laju meninggalkan tempat itu dan berura-ura ke meja yang dipenuhi manisan. Pinggan kecil dicapai bersama sudu. Dia mengambil saja makanan yang ada didepan matanya tika itu.

Beberapa potongan kek dicapai dan langsung disua kedalam mulut. Seorang pelayan datang bersama talam kecil yang diatasnya terdapat satu saja gelas air. Dan paling mengelirukan tertindih satu sampul surat di antara talam dan gelas itu.

" Ini untuk Puteri Iris "

Iris terkebil

" Untuk saya? "

Pelayan itu mengangguk.

Gelas diambil dan diminum setengah. Sampul surat itu ditarik perlahan kemudian disorokkan kedalam pergelangan bajunya.

Setelah pelayan itu pergi Iris juga bergerak meninggal tempat itu dan mencari kawasan yang tidak terlalu riuh.

Sampai dihujung sudut surat tersebut dikeluarkan dan matanya terus mencerna ayat yang terlulis.

MONACO PRINCEWhere stories live. Discover now