" Her soul tear into pieces. Her scar are open. Anxiety hold her so tightly "
RAINIER mengemaskan pelukan. Semakin erat, semakin ketat sehingga tiada lagi dirasakan ruang yang menjarakkan mereka. Matanya liar menyaksikan setiap lekuk wajah Iris yang sudah sembam itu.
Jujur. Tangkai hatinya dicuit rasa pilu melihat situasi yang terlukis diwajah wanita itu.
Riak wajah Iris seolah-olah sudah mati. Mati hati dan hilang jati diri. Seakan-akan jiwa kian berpisah dari tubuhnya. Sudah tiada beza dengan orang yang putus harapan untuk hidupnya sendiri. Jika hendak disimpulkan itulah Iris yang kini disaksikan oleh Rainier.
Matanya sudah terlalu banyak menumpahkan air mata. Dalam hati Iris tak henti-henti menempelak dirinya sendiri. Menyesali akan betapa tidak berdaya dan kerdilnya dia saat ini.
Mungkin sudah takdirnya menjadi insan yang dipenuhi dengan kesialan. Dari kecil malapetaka memang selalu saja menjadi bayangnya. Mengikuti disetiap jejak langkahnya.
"Apa semua ni tak akan jadi kalau aku pilih untuk tidak pergi ke majlis itu?"
"Apa aku memang sudah dianggap..mati? "
"Wisteria..kau tak cari aku kah? Kau pun ingat aku dah mati? "
Air mata jatuh lagi. Lebih lebat, lebih panas. Berbahang. Pipinya sudah sakit dek kerana menangis dalam waktu yang lama.
Sungguh dia berharap pemilik nama Wisteria itu kini ada disampingnya. Tapi dia tahu kalau itu mustahil. Dia tahu bahawa apapun yang yang dia sedang harapkan tika ini tidak akan tercapai.
Dia akui bahawa air mata yang ditumpahkan itu sama sekali tidak mendatangkan keajaiban yang bakal memihak kepada dirinya. Sia-sia dan tiada makna.
Rainier dirundung rasa kesal. Tak kuasa dirinya melihat Iris yang sebegitu rupa. Walaupun sedar bahawa dialah punca atas terciptanya keperitan yang kini terpaksa dilalui oleh wanita itu.
Mengambilnya sebagai isteri tanpa adanya kemahuan dan persetujuan dari wanita itu sendiri. Dia sedar bahawa itu adalah satu paksaan. Dia jelas berlaku jahat disini. Tidak adil dan pentingkan diri sendiri.
Tapi jalan yang dia putuskan ini hanyalah supaya Iris bisa terus selamat dalam jagaannya. Hanya itu yang dia mahu.
Jika Iris terus berada di Levorna apatah lagi menjadi pemimpin untuk negara itu suatu hari nanti, dia tidak yakin wanita itu akan terus berada dalam zon yang aman.
Diburu. Diserang. Dikhianat. Perebutan kuasa. Konflik politik. Peperangan. Semua itu tidak dapat dielakkan. Sama ada lambat atau cepat. Yang pasti tetap akan terjadi.
Jadi cukuplah. Dia tidak mahu Iris terhumban lagi dalam situasi begitu.
"Kalau terus menangis, kepala kau akan sakit nanti."
Cecair hangat yang bercucuran dipipi Iris diseka halus oleh jari-jemari Rainier. Ditenung puas wajah Iris yang sudah membengkak itu. Mata, hidung dan pipi wanita itu beronah merah. Hasil dari tangisannya.
"Tengoklah ni, muka kau sudah bengkak."
Iris langsung tiada hati mahu membalas apapun yang keluar dari mulut lelaki itu. Seperti yang lelaki itu bilang apapun yang dia cuba cakap sekarang ini sudah tidak berbaloi. Dia harus apa lagi? Mahu melawan? Mahu memberontak? Sepertinya sudah basi.
Mahu bercadang untuk lari senyap-senyap juga mustahil. Lihat saja setiap sudut kawasan dalam dan luar palace ini penuh dengan pengawal-pengawal yang lengkap dengan perlindungan besi dan senjata tajam mereka.
Tidak jauh dari tempat dia berada bersama Rainier sudah ada beberapa pengawal yang setia berjaga. Iris akui kawalan penjagaan di Levorna tidaklah seketat dan seteliti ini.
"Dengar cakap aku, persiapan hampir siap. Dalam masa tiga hari kita akan kahwin."
"Faham? "
Iris mendongak melihat Rainier. Dengan dahi berkerut dan muka tidak puas hati wanita itu berikan. Iris tidak langsung membalas sebaliknya dia melemparkan reaksi yang penuh benci.
Dengan tubuhnya yang saat ini terkunci dalam genggaman lelaki itu membuatkan dia sukar untuk bergerak bebas. Tangannya yang kecil itu liat berusaha untuk memisahkan lengan besar Rainier dipinganggnya.
Dada bidang lelaki itu sudah berapa kali ditumbuk, ditolak dengan kasar tapi hampa, tiada yang berubah. Dia masih terperangkap dalam cengkaman lelaki itu.
Semakin menyampah lagi apabila melihat reaksi lelaki itu yang riak dengan senyum sinisnya. Mengetahui bahawa dia kalah dalam kudrat lelaki itu.
"Kenapa aku? "
Tak semengah-mengah ayat itu keluar dari mulut Iris. Rainier yang setelah mendengarkan itu perlahan melepaskan Iris dalam pelukannya.
Lama dia berdiam diri sebelum kedua-dua bahu Iris digenggam lembut. Wajah rapuh wanita itu ditatapnya penuh sayang.
"Kerana kau Historia Iris. "
Iris mendongak dan saat itu juga penglihatannya terus melekat pada mata Rainier yang kini juga sudah menatapnya dalam.
Dibalik mata yang dimiliki lelaki itu Iris merasakan sesuatu yang begitu tersirat, begitu terpendam. Entah itu apa Iris sendiri tidak pasti.
Keliru. Dia merasa bagai digantung tak bertali. Lelaki ini terus menerus menekan dirinya dengan kata-kata yang tiada penjelasan. Selalu saja meninggalkan misteri disetiap tutur bicaranya.
"Jadi hanya itu alasan kau mahukan aku? Hanya kerana aku Historia Iris? "
Begitu terdesak nada suara Iris. Dia sudah penat. Dia mahukan jawapan yang sesungguhnya.
"Aku punya banyak alasan untuk menikahi kau Iris. Terlalu banyak."
Perlahan Rainier membalas. Iris pula sangat tidak menerima jawapan sebegitu yang jelas-jelas hanya membuatnya semakin tergantung.
Jika benar lelaki itu berniat maka tolong tunjukkan dia satu bukti kejujuran.
"Termasuk cinta? "
tbc..
YOU ARE READING
MONACO PRINCE
Historical FictionSTART : 13 JULAI 2022 STATUS : ABANDONED / DISCONTINUE LOUIS RAINIER AND HISTORIA IRIS INSPIRED BY HISTORICAL MANHWA Dia memutar waktu dan bereinkarnasi/terlahir semula untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi hak dan miliknya. Louis Rainier menye...