JADI PERMAISURIKU. Serangka ayat itu berjaya membuatkan Iris terkedu dan terbisu. Hilang seribu bahasa. Tidak pernah terfikir dek akal bahawa perbincangan mereka ini akan kearah itu.
Lidahnya kaku untuk mengutarakan sebarang respon. Segala isi dikepala otak tiba-tiba hilang. Tiada angin, tiada taufan, tiada ribut, tiada petir tiba-tiba kena sambar dengan lamaran tak kena tempat dan waktu.
"Kau yakin itu yang kau mahu? M-maksudku mungkin kau hanya secara tak sengaja ata-"
"Aku tak pernah berdusta. Setiap ayat yang aku ucap tidak ada penistaan didalamnya."
Pantas Rainier memotong sekaligus mematikan Iris dari terus melanjutkan ucapannya dimana dia sendiri sudah tahu apa yang wanita itu hendak katakan.
"Aku nakkan kau jadi isteri aku."
"Dan aku benar-benar memaksudkan itu. Jelas?"
Rainier menambah. Sengaja dia menekan setiap bait-bait perkataan yang baru saja dia katakan itu. Lontaran nada yang cukup tegas dan mendalam. Tubuhnya elok disandarkan dikerusi bersama tangannya yang disilangkan ke dada.
Jelas menunjukkan bahawa tiada dusta mahupun keraguan dalam bicaranya.
Dan itu sememangnya memberi tekanan hebat kepada Iris. Wanita itu sudahpun mencengkam rapat bajunya. Manakala jantung mengepam begitu kencang.
Ditambah pula dengan mata merah lelaki itu yang sama-sekali tidak beranjak dari terus menikam anak matanya. Ditenung sedalam-dalamnya bagai mahu tembus.
Dan seperti dipukau Iris tak dapat melarikan pandangan walau hanya sekilas. Seram sejuk satu badan. Pandangan maut yang terlukis penuh diwajah Rainier itu seakan-akan mencabar dirinya untuk cuba mengatakan tidak keatas lamaran tersebut.
Mustahil untuknya menjalin sebuah pernikahan. Dia adalah puteri sulung yang sekarang ini memegang status sebagai "The future queen of Levorna" memandangkan ibundanya iaitu Permaisuri Quirella tidak berhasil melahirkan seorang putera lelaki.
Dia punya tanggungjawab yang besar dan itu sangat memungkingkan dia untuk tidak punya waktu dalam membina satu perkahwinan.
Air liur ditelan kasar. Terasa berpasir.
Akalnya bertungkus-lumus untuk mencipta sebuah kata untuk membalas pernyataan lelaki itu. Dia mahu memecahkan keheningan diantara mereka tapi mulutnya seakan-akan dijahit. Tidak tahu harus membalas apa atau memulakannya darimana.Memang waktu-waktu begini jugalah kepala otak enggan berfungsi. Alhasil dia buntu sendiri.
"Aku tahu kau sedang dilema. Kau masih berada dalam keadaan keliru. Dengan kejadian semalam dan pagi ini saja kau dilamar dengan orang yang kau tidak pernah sangkakan."
Rainier kembali bersuara. Tutur bicaranya terdengar sudah tidak sedingin tadi. Terdengar lebih tenang dan prihatin. Jujur hatinya dicuit rasa kesian melihat Iris yang semakin mengecil disitu. Tapi comel!
"Tidakkah ini terlalu terburu-buru? K-kita tidak mengenal satu sama lain dan kita berasal dari dua kerajaan yang berbeza. Kau tahu kan pernikahan berbeza negara selalu tidak berhasil."
Iris akhirnya dapat ilham untuk menjawab.
Baru sekarang mahu beri kerjasama. Dasar otak!"Aku sama sekali tidak peduli dengan aturan mana-mana negara. Kau akan tetap aku angkat sebagai isteri."
Rainier seperti biasa. Sama sekali tidak mahu bertitik tolak. Tetap angkuh dan teguh dengan apa yang dia mahu. Dia mahukan Iris.
"Aku mahu, aku dapat. Apapun. Termasuk kau."
Dia menayang senyum sinis sebelum menyisip cawan teh itu. Memang sudah menjadi miliknya sejak awal dan akan tetap menjadi hak kepunyaannya.
"Aku bukan semudah itu untuk diraih."
Iris menggerutu. Kepala digeleng kecil tidak menyangka dengan kesombongan yang dilihatnya ini. Entah kenapa dia merasa begitu direndahkan.
"Aku adalah puteri sulung sekaligus merangkap sebagai puteri mahkota yang akan menjadi penerus bagi Kerajaan Levorna!"
Rainier tergumam melihat keberanian Iris.
"Garangnya di-"
"Ya! Aku sedar aku lemah, kolot dan jauh sekali dari kata bijak. Tapi aku belum cukup gila untuk rela menjadi isteri kepada manusia angkuh seperti kau."
"Sombong!"
Iris bangkit dari duduk dengan muka yang sangat serius. Manakala Rainier tak berhenti-henti mengedipkan mata menyaksikan kegarangan wanitanya itu.
Beberapa saat, bibirnya mengukir senyum. Cukup lebar. Tidak sinis, tapi ikhlas.
"Kau tak berubah, masih sama seperti selalu."
Ucapnya dengan tawa kecil. Iris yang mendengar itu sudah semestinya keliru. Tapi yang lebih mengelirukan adalah air muka lelaki itu.
"Kau menangis?"
Rainier yang masih dengan sisa tawanya itu mengeras sebaik saja telinga menangkap persoalan itu. Terkejut pun iya, dia sendiri tidak sedar akan air matanya yang jatuh.
"A-apa maksud kau aku tak berubah? Apa sebelum ini kita pernah berjumpa?"
Iris menyoal lagi. Otaknya sekarang ini dilimpahkan dengan seribu satu pertanyaan. Panjang dia berfikir dan perlahan semuanya terasa masuk akal?
"Apa alasan kau mahu menjadikan aku sebagai isteri? Kau... kau sangat penuh dengan misteri."
"Kau melakukan penyamaran dimajlis itu lalu muncul sebagai penyelamat, kau seakan sudah tahu letupan itu akan terjadi. Hari ini! Tanpa ada tujuan yang jelas tiba-tiba kau melamar aku. Dan barusan, kau mengatakan bahawa aku masih sama seperti dulu?"
Termengah-mengah suara Iris berbicara. Kerutan didahinya jelas terpampang.
"Ini bukan satu kebetulan. Kau memang sudah merancang ini betul?"
Iris menambah lagi. Rainier menyeka sisa air matanya sebelum akhirnya dia bangun dari duduk. Memandang tepat kearah Iris. Tidak menyangka secepat ini wanita itu menangkap semuanya.
"Mahu aku beritahu sesuatu?" Soal Rainier dengan sebelah keningnya diangkat.
Keadaan bertambah tegang.
"Sekarang ni, apapun yang kau cuba cakap, semuanya sudah tidak berbaloi."
"Apa maksud kau?" Iris juga mahu mencabar.
"Dinegara kau saat ini, kau sudah disahkan mati pada malam itu. Puteri Historia Iris yang mereka kenal sudah tidak ada. Kau tahu? Upacara kematian kau berjalan lancar semasa kau tidur."
Berderau pembuluh darah Iris tatkala mendengarkan kalimat itu.
"Kau nak keluar dari sini?"
Rainier mencipta langkah mahu mendekati Iris.
"Lari? Nak bagitahu semua orang yang kau masih hidup?"
Iris merengus dalam hati. Lelaki itu bagaikan dapat menafsir segala sesuatu yang ada dalam kepalanya. Satu demi satu tapak diambil dan kini Rainier terpacak betul-betul didepan Iris.
"Fikir balik, ini Monaco. Kau pasti sudah tahu akan rumor yang tersebar diseluruh penjuru kota dunia tentang keluarga Monaco bukan?"
Rainier memerhati wajah Iris yang sudah kemerah-merahan itu. Mata wanita itu jelas bertahan dari terus menumpahkan isinya. Rainier menundukkan kepalanya setara dengan ketinggian Iris. Wajah mereka saat itu sudah terlalu dekat. Hidung mereka hanya berjarak seinci saja
"Aku memang suka bermain dengan pedang."
Kedengaran esakan halus Iris berhembus diwajah Rainier. Tubuh wanita itu terundur selangkah. Pantas Rainier memaut pinggang Iris dan mencengkam kemas tubuh wanita itu.
"Dari awal kau memang tidak pernah punya pilihan. Disaat aku melamarmu. Itu bukan satu permintaan melainkan sebuah perintah."
Iris menutup mata serapat-rapatnya. Dihujung tubirnya itu sudahpun lebat dengan limpahan air mata. Tak sangka situasi seburuk ini.
tbc...
YOU ARE READING
MONACO PRINCE
Historical FictionSTART : 13 JULAI 2022 STATUS : ABANDONED / DISCONTINUE LOUIS RAINIER AND HISTORIA IRIS INSPIRED BY HISTORICAL MANHWA Dia memutar waktu dan bereinkarnasi/terlahir semula untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi hak dan miliknya. Louis Rainier menye...