SIANG hendak melabuhkan tirainya, matahari yang seharian menyinari bumi kelihatan semakin tenggelam diufuk barat menandakan malam bakal menjelang.Rainier menanggalkan tali leher, dua butang baju dibuka. Sekilas menonjolkan dada bidangnya. Buku yang menjadi bahan bacaan sudah tidak menarik minatnya.
Tubuh dibawa bersandar dikerusi, kepala mendongak ke atas. Mata dikatup. Nafas diatur sebelum matanya dicelikkan semula. Siling yang penuh dengan ukiran ornamental gold itu menjadi pandangan.
Fikirannya menerawang memikirkan laporan dari pesuruhnya siang tadi. Kejadian yang berlaku di Ball Party itu memang sesuatu yang sudah terancang. Si pelaku memang bertujuan untuk manyapu rata tempat itu.
Dalam satu malam saja kawasan itu hancur menjadi debu. Bagai ditelan bumi. Lenyap tidak bersisa walau setangkai tulang. Semuanya ranap dibaham api.
Rainier tidak habis fikir.
Kejadian yang serupa. Sama seperti dikehidupan sebelumnya. Diwaktu itu, dimajlis itu, disitulah tempat dimana Iris menjadi salah satu mangsa dari letupan berperistiwa tersebut. Cukup tragis!
Tidak bisa digambarkan betapa terpasungnya dia setelah diberitakan bahawa isterinya merupakan salah satu dari 138 jiwa yang terkorban.
Setelah mayat Iris dipastikan. Jantungnya seakan-akan lupa untuk menopang udara. Bagai ditikam belati tajam dan dihentam tombak berduri.
Bahkan mungkin itu belum tentu dapat menafsirkan betapa remuknya jiwa seorang Rainier. Hatinya koyak sekoyak-koyaknya tatkala melihat keadaan Iris.
Tubuh isterinya itu rentung! Sisa-sisa darah melekat hangus dikulitnya. Kedua-dua kakinya tidak lagi terlihat tercantum bersama badannya. Rambutnya habis ikut terbakar. Wajahnya hampir tidak dapat dikenal pasti.
Bahkan ahli forensik di Istana berdepan kesukaran dalam mengidentisasi jasad Iris. Tapi dengan bukti dan teori yang terkumpul mereka memastikan itu adalah mayat Historia Iris. Isteri kepada Louis Rainier.
Hasil dari siasatan mereka, pakaian yang yang masih tersisa sedikit ditubuh rentung itu merupakan gaun yang dipilih oleh Iris sendiri. Dayang-dayang yang ditugaskan bekerja dibawah Iris telah memberikan kesaksian mereka dan membenarkan fakta itu.
Sememangnya gaun itulah yang dikenakan Iris ke majlis malam itu.
Walaupun jauh didalam hati, mereka masih berharap bahawa itu bukanlah jasad tuan puteri yang selama ini mereka layani.
Tapi dengan bentuk aksesori yang masih terdapat dileher dan pergelangan tangan Iris menguatkan lagi teori mereka. Struktur tubuh dan ketinggiannya juga dikatakan sangat sesuai dengan tubuh Iris.
Ditambah lagi, 9 orang mangsa selebihnya yang terselamat memberikan keterangan bahawa hanya merekalah yang lolos dari letupan itu.
Selebihnya sudah tidak tertolong. Bahkan tidak sedikit dari mereka yang selamat juga ikut terkena tempias letupan dan runtuhan. 5 orang dari mereka cedera cukup parah.
Jadi peluang mereka untuk berharap Iris masih hidup sudah tamat. Puteri sulung dari Kerajaan Levorna itu telah dikabarkan sudah tidak bernyawa.
Mengimbas kejadiaan itu membuatkan Rainier kembali emosi. Dengan penyamaran yang dilakukan olehnya untuk menembus masuk negara Levorna kali ini, walaupun dia sempat menyelamatkan Iris dari berulangnya kejadian itu tetap saja rasa bersalah dan kesal masih belum berganjak.
Menyadari bahawa dia pernah gagal menyelamatkan Iris dikehidupan sebelumnya membuatkan dia terus tenggelam dalam perasaan rasa bersalah yang tak bernoktah.
Kerana dia yang cuai. Kerana dia yang tidak peka.
Dan kerana dia yang mengizinkan Iris pergi kemajlis itu mungkin menjadi punca atas segala-galanya.Dia menolak untuk menghadam kenyataan perit itu. Dia menyangkal bahawa bahtera pernikahan mereka hanya sempat berusia 7 bulan.
Dia berkeras dan membuang jauh-jauh akan hakikat bahawa isterinya sudah pergi meninggalkannya terlebih dahulu.
Sampai satu tahap dia mencipta sebuah ilusi dimana Iris masih ada dan hidup disuatu daerah.
Semenjak itu.
Tiada hari dimana dia tidak menanti kepulangan isterinya. Tiada hari dimana dia tidak berpetualang mencari keberadaan Iris yang mungkin masih hidup dikawasan terpencil.
Dan tiada hari dimana dia tidak berjaga waktu malam diluar kawasan Istana hanya untuk menunggu kembalinya sang isteri yang hakikatnya sudah terbenam didalam tanah.
Ahli kerabat yang pada mulanya tidak betah dan menegah keras sudah tidak peduli lagi dengan perbuatan Rainier itu. Waktu berputar begitu cepat.
Hari demi hari. Musim bersilih ganti. 3 tahun, lelaki itu ternyata masih tidak putus harapan.
Sampai satu saat, dia bertemu dengan pendeta yang beramal dengan kuasa alchemy. Dimana pengguna kuasa ini dapat menghidupkan roh yang sudah mati.
tbc..
YOU ARE READING
MONACO PRINCE
Historical FictionSTART : 13 JULAI 2022 STATUS : ABANDONED / DISCONTINUE LOUIS RAINIER AND HISTORIA IRIS INSPIRED BY HISTORICAL MANHWA Dia memutar waktu dan bereinkarnasi/terlahir semula untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi hak dan miliknya. Louis Rainier menye...