BAB | 04

149 14 0
                                    

GELAP. Penglihatan Rainier hanya terisi dengan kegelapan hitam. Tiada secalit cahaya yang terlihat dari mana-mana sisi. Suasana kosong bagai tidak berpenghuni.

Dan tiba-tiba satu bunyi menyentuh halus pendengaran Rainier.

"Tolong! Rainier! Tolong aku!" Sipi-sipi suara itu masuk ketelinga Rainier.

"Panas! Panas!" Suara itu tidak berhenti-henti menujah isi kepala Rainier. Malah ia semakin galak dan kuat.

"Tolonglah tubuhku terbakar!" Tersentak Rainier setelah mendengarkan ayat itu. Matanya melilau mencari arah suara tersebut. Tapi semuanya hanya terlihat hitam saja.

"Sakit! Aku tidak bisa bergerak! Arghh!!!" Tidak terkawal. Rainier terus digasak dengan teriakan-teriakan itu. Telinganya berdesing.

"Aku disini!"

Automatik Rainier memusingkan kepala dimana punca suara itu berbunyi dibelakangnya.

Dan alangkah terkejutnya dia melihat sosok wanita yang tidak memiliki wajah sedang merangkak-rangkak dikakinya dengan tubuh yang terbakar.

Spontan Rainier menjauhkan diri. Dada berombak laju. Keringat sudah merenik lebat didahi.

"Aku disini" Belum sempat dia hendak mangatur nafas. Suara yang sama bergema sekali lagi tapi dari sisi yang lain. Mata melihat kekiri.

Wanita. Tidak berwajah. Tubuh terbakar. Sama seperti tadi. Itulah yang disaksikan oleh Rainier.

"Rainier aku disini" Sekali lagi, sosok wanita yang sama menampakkan lagi kewujudannya. Kali ini dari tepi kanan.

"Aku disini" Lagi dan lagi. Kali ini Rainier sudah tidak dapat mengenal pasti dimanakah arah suara itu, kerana satu-persatu ayat itu terus bermain ditelinga.

Dan sosok wanita itu terus bermunculan disetiap sudut ruang hitam itu. Mereka bersama-sama merangkak cuba untuk mencapai kaki Rainier.

Dan bagai dipaku Rainier sedikitpun tak dapat menggerakkan tubuh. Otaknya seperti gagal berfungsi. Jantungnya terdesak mencari sebuah udara yang dirasakan semakin tipis.

"Rainier"
"Rainier"
"Rainier"

Bingit! Suara-suara itu terus menghantui Rainier. Ditambah lagi tubuhnya merasakan bahang yang seakan membakar kulitnya. Seperti didihan air panas yang dituang kedalam gelas kaca.

"Rai!!"
"Rai!!"
"Rai!!"

Pecah.

"Iris!!!"

Serentak itu matanya terbuka luas. Jantung berdenyut kencang. Dahi dan lehernya sudah bermandi keringat. Rambut pula serabut tak teratur.

Rainier akhirnya kembali sedar dari permainan mimpi tadi. Tapi suasana mimpi itu masih melekat dikepalanya. Namun Rainier cuba membuang jauh-jauh situasi itu dengan meraup-raup wajahnya.

Keadaan sekeliling diperhati. Ternyata hari sudah malam. Tak sedar dia tertidur dikerusi setelah menghabiskan bacaannya.

Rainier melepaskan baju. Tak selesa dengan haba dan keringat yang melekat ditubuhnya. Tiba-tiba bunyi barang pecah dilantai mencuri perhatiannya.

Saat itu juga fikirannya terus fokus kepada Iris.
Laju saja tubuhnya bangun dari kerusi dan terus berlari ke arah katil. Rahang diketap. Wanita itu harus baik-baik saja.

Langkahnya terhenti sejurus selepas menyaksikan Iris yang terbaring dilantai dengan sebelah kakinya diatas katil. Rainier sedikit tersengih disitu. Dapat dia dengar dengkuran halus wanita itu. Rambutnya diraup sambil melepaskan keluhan berat.

"Kau memang tidak boleh buat aku duduk senang kan." Perlahan Rainier mendekati sebelum tubuh Iris diangkat kekatil semula.

Rainier mengambil tempat dibirai katil tepat disebelah Iris. Wajah bening itu diamati sekejap sebelum tangannya naik menyentuh pipi Iris.

Dari pipi turun kebibir. Mahu saja dikucupnya bibir  mungil itu tapi akalnya menahan. Dia akan pastikan Iris menjadi hak miliknya dahulu sebelum dia pergi kesitu.

Tak akan sekali-kali dia mencabuli kehormatan wanita itu apatah lagi dalam keadaan tidur. Itu sesuatu perkara yang paling terkutuk yang bisa dilakukan seorang lelaki.

Saat ini cukup ada Iris depan matanya kerana keselamatan wanita itu adalah titik keutamaan buat dirinya. 25 tahun dia menunggu saat ini setelah dia melakukan satu tekad perjanjian dikehidupan sebelumnya.

Dimana perjanjian itu membolehkan Rainier untuk memutar waktu dan berainkarnasi atau lebih tepatnya lagi dilahirkan semula.

Dalam perjanjian itu Rainier tidak dibenarkan sama-sekali untuk bertemu dengan Iris sebelum wanita itu mencecah umur 20 tahun.

Dikehidupan kali kedua ini, dia tidak akan membiarkan Iris masuk kedalam situasi yang bisa meragut nyawanya sekali lagi.

Sejarum penitit pun tak akan dia biarkan menembusi kulit halus wanita itu. Semua yang ada pada Iris lebih bernilai untuknya daripada dunia dan seisinya.

Rainier membetulkan selimut Iris sebelum akhirnya bangun dari birai katil. Sesaat, pandangannya jatuh pada tingkap yang terbuka itu.

Rainier yakin bunyi sesuatu yang jatuh tadi ada bersangkut paut dengan tingkap itu. Kemungkinan besar bilik ini sempat dipecah masuk oleh seseorang sebentar tadi.

Rainier menutup tingkap itu dengan matanya liar memerhati keadaan luar istana.

"Kau selamat. Hanya untuk malam ini."


tbc..

MONACO PRINCEWhere stories live. Discover now