Masih keliru apa yang terbaik untuk semua yang telah terjadi. Hari ini sepatutnya menjadi hari yang indah tetapi sebaliknya yang terjadi. Terlalu bercelaru. Kenapa perasaan ini harus begini? Jujur aku rindu rasa yang dulu. Gembira dan sentiasa positif.
Adakah semuanya akan kembali seperti dulu? Kerana rasa seperti ingin mengalah. Tapi adakah mengalah itu mampu menyelesaikan segalanya? Atau hanya mampu berserah?
Kepada bintang, soal rasa mungkin sukar untuk ditukar menjadi biasa. Tapi akan bulan usahakan kerana apa yang sedang dirasai sekarang membuatkan bulan serik. Bukan bintang yang salah tetapi diri ini yang berfikiran tidak sepatutnya.
Apa yang akan berlaku esok? Semoga semuanya baik-baik saja. Dan juga semoga bulan tidak menyaksikan semua perkara yang menimbulkan rasa iri itu. Dan semoga bintang gembira esok bersama yang sepatutnya.
-moon
YOU ARE READING
Bintang
Poetry"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon