Benarkah apa yang aku sedang lalui sekarang? Atau ini semua hanya mimpi? Jika ini hanya sekadar mimpi aku mohon jangan ada yang kejutkan aku dari mimpi yang begitu indah ini. Begitu indah sehingga tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata..
Bintang begitu indah pada harini ini. Sangat indah. Tiada yang lebih indah selain bintang. Senyuman bintang mampu membuatkan bulan hanyut oleh perasaan sendiri. Sungguh begitu sempurna.. wajahnya yang bersinar seumpama terkena samaran cahaya bulan sangat sempurna.
Ingin bulan sebarkan kepada semesta bahawa bintang yang paling indah adalah kamu. Seindah namanya yang hanya satu dalam sejuta. Ingin juga bulan sampaikan kepada bintang, bahawa hanya dengan senyuman bintang mampu mewarnai hari-hari bulan. Terima kasih bintang <3
-moon
YOU ARE READING
Bintang
Puisi"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon