Izinkan bulan berkata-kata lagi buat kali ini..
Bintang,
Jujur bulan ingin tahu tentang keadaan bintang. Rasa seperti ada yang tidak kena. Sudah mencuba untuk berhubung namun tidak diendahkan bintang. Namun masih tidak menyimpan dendam hanya hati kecil ini terasa.. kenapa bintang harus begini? Memperlakukan bulan seolah kita tidak pernah mengenali? Seolah bintang tidak pernah tahu tentang isi hati bulan..
Namun jika difikirkan kembali, mungkin bintang sengaja ingin membuat bulan benci akan bintang. Jadi mungkin juga bintang tidak mahu rasa ini ada kembali bukan?
Benar, kecewa tetapi bulan harus apa? Menangis? Meraung? Meminta simpati?
Bulan hanya mampu redha dengan segala yang sedang dan akan terjadi.Adakah bulan masih menunggu bintang??
Bulan juga tiada jawapan untuk itu kerana seperti mustahil untuk bintang ingin memandang bulan kembali.Bulan hanya mampu doakan bintang bahagia dan terus gembira.. selamat malam bintang..
[20.57]
-moon

YOU ARE READING
Bintang
Poetry"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon