Baki

8 0 0
                                    

Sedar ataupun tidak, hanya berbaki lima hari lagi masa yang ada untuk melihat bintang. Selepas daripada itu, kita takkan bersua lagi.
         Mungkin ketika ini bintang tiada masa untuk memikirkan bulan yang memang tidak bermakna dalam hidup bintang, namun kalaulah bintang tahu bahawa bulan sentiasa berada di belakang bintang menemani dan menyokong segala yang bintang lakukan.. sentiasa berharap bintang berjaya. Sentiasa.
         Walaupun pada masa itu mungkin kita seperti orang asing, tetapi ketika itu bulan merupakan orang yang paling gembira melihat bintang berada di atas sana. Menyambut jumlah abjad A itu dengan senyuman yang indah itu.
          "Tahniah" kata-kata yang bakal bulan katakan walaupun hanya mampu terucap di dalam hati yang kecil ini sahaja. Cukuplah hanya Sang Pencipta dan coretan ini menjadi saksi.
          Semoga berjaya bintang!

[ 23:00 , 11/2/2023 ]

-moon

BintangWhere stories live. Discover now