Benar, kebelakangan ini wajah bintang sering kelihatan di mata bulan. Dan jujur ujian ini berat buat bulan. Hati berbolak balik dan tidak tahu harus rasa apa. Sepanjang dua bulan ini bulan cuba melupakan bintang. Namun, masih belum berjaya.
Masih sama seperti dahulu, dimana bulan kecewa dengan perasaan sendiri..
Sebenarnya bulan ingin menamatkan kisah bintang tetapi masih tiada kekuatan untuk meluahkan segalanya. Rindu untuk menulis tentang bintang.
Mungkin tidak dihargai tetapi itu tidak penting. Semoga bintang baik-baik saja di samping bunga. Dan tetaplah tersenyum bahagia sentiasa kerana bahagia bintang mampu membahagiakan yang lain.-moon
YOU ARE READING
Bintang
Poetry"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon