Dari kali pertama bintang menegur bulan, sudah membuatkan bulan bercelaru. Masih belum temui senyuman yang terindah selain bintang.
Cuba mencari tetapi takkan pernah sama. Alangkah indahnya angkasa jikalau bulan masih berhubung dengan bintang. Tetapi itu hanya angan semata-mata.
Melihat bintang senyum, terasa bagai mimpi tetapi bulan tahu.. senyuman itu tidak memaksudkan apa-apa hanya senyuman biasa bagi bintang.. tetapi tetap luar biasa bagi bulan.
Suka dalam derita? Terlalu dramatik tetapi ada betulnya.
Bintang,
Bulan masih belum berputus asa tetapi telah hilang kata-kata untuk berusaha. Semoga bintang sentiasa bahagia dan tidak berduka seperti dulu. Sentiasalah bahagia dan kekalkan senyuman itu. Ketahuilah bintang.. bahawa bintang tetap paling juara dalam segalanya terutamanya juara dalam memenangi hati bunga.. jadi tetaplah bangga bintang ^^
[4.43 a.m.]
-moon
YOU ARE READING
Bintang
Poetry"Bisikkan kepada bintang bahawa bulan tetap setia menantinya di angkasa" -moon