Manis

13 0 0
                                    

Bintang,

Biarlah sudah terlambat untuk mencoretkan kisah ini namun bulan ingin juga meneruskannya sebagai kenangan bulan.

Bintang, pada hari terakhir yang lalu, agak kecewa bulan pada mulanya kerana tidak dapat melihat bintang buat kali yang terakhir. Namun, mungkin keajaiban telah berlaku, walaupun di saat yang akhir ada juga muncul bintang.

Manis, sungguh manis. Mungkin langit mendengar suara bulan ketika itu. Pengakhiran yang manis buat bulan walaupun kurang dari tiga saat bulan melihat. Seakan mimpi. Lucu.

Walaupun bintang terus memulaukan perbualan kita, tapi asalkan bintang bahagia bulan sentiasa ok.

Terima kasih kerana sudi munculkan diri walaupun bukan untuk bulan, tetapi sekurang-kurangnya bulan dapat melihat buat kali yang terakhir. Siapa tahu lepas ni kita tak lagi bertemu walaupun masih ada peluang? Selamat malam bintang.

[02.08, 25/2/23]
-moon

BintangWhere stories live. Discover now