Prolog

12 1 0
                                    

Keadaan gelap membuatkan dia meraba-raba mencari jalan keluar, “itulah tadi mereka ajak balik bersama, berlagak kata ada kerja yang perlu dibuat. Bila aku seorang, waktu inilah nak blachk out,” membebel sendirian.

Syarikat Medos yang terletak tidak jauh dari bandar Kepong. Vinusha merupakan pegawai latihan di syarikat. Hari ini mereka menerima 20 orang pelajar untuk membuat latihan kerja di syarikat. Sudah menjadi tugasnya untuk membuat jadual latihan untuk mereka.

Pergerakkan Vinusha terbantut, dia mendengar bunyi yang pelik. Bunyi seperti mengheret sesuatu dan juga bunyi tapak kaki. Vinusha menelan air liur. Perasaan takut mula mengambil alih. Vinusha berdiri statik ditempatnya. Tangannya mencapai handset lalu diperlahankan tahap bunyinya.

“Tolong Maafkan saya,” suara rayuan mula menyapa telinganya.

‘Suara siapa pula itu?’ monolog Vinusha. Dia dilema sekarang sama ada pergi melihat atau pekakkan diri dan keluar dari situ.

“Maaf! Aku benci dengan orang meminta maaf selepas membuat kesalahan. Lagi aku benci dengan orang yang curang!” jerkahan itu membuatkan Vinusha terkejut juga.

“Macam kenal pulak dengan suara ini. Tapi siapa?”

“Awak, saya tidak berniat untuk bercurang, tetapi saya mula menyenangi kehadiran dia. Saya mula jatuh cinta pada dia.”

“Ohh, kisah cinta rupanya,” bisik Vinusha perlahan. Bibirnya mengorak senyuman sebelum menyambung langkah keluar dengan hati-hati.

Ketika Vinusha menolak cermin kaca untuk keluar, dia mendengar jeritan wanita. Terperanjat Vinusha. Matanya mencari pak cik Muthu bertugas malam itu. Kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Bulu romanya mula meremang.

“Betulkah apa yang aku dengar?” kaki Vinusha melangkah kereta dengan pantas. Kalau boleh dia nak keluar dari situ segera. Jeritan yang didengari sebentar tadi, dia pasti itu suara wanita yang merayu-rayu tadi.

Dari dalam kereta dia nampak lampu samar-samar menyala di tingkat 4. Ketika itu, dia terpandang kelibat seseorang seolah-olah sedang memandang tajam ke arahnya. Kecut perut Vinusha, tanpa membuang masa Vinusha menghidupkan kereta lalu keluar dari kawasan itu.

CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)Where stories live. Discover now