“Hai handsome, seorang saje? Nak saya temankan?” tanpa disuruh gadis yang menegur itu mengambil tempat disebelahnya.
Vinay tidak membalas sebaliknya, dia meneliti gadis di hadapannya ketika ini. Pakaian usah dicerita, menampakkan kemiskinan pakaian itu. Potongan U pada bahagian atas membuatkan gadis itu kelihatan mengancam. Mekap tidak terlalu tebal mungkin gadis itu sememangnya cantik.Golesan gincu pink pada bibir wanita itu membuatkan Vinay menelan air liur.
“Sudah habis, scan saya? Nama saya Victoria. Kerja kat bahagian pemasaran. Selalu jugak nampak awak datang sini,” Vinay masih belum mahu berbual dengan wanita itu. Sebaliknya dia mahu menjadi pendengar dulu.
“Mana wanita-wanita yang selalu menemani awak? Terutamanya gadis tinggi dan rambut lurus itu,” Vinay terkejut dengan soalan wanita di hadapannya. Sekaligus mengingatkan kepala Bindu yang masih ada dalam baldi yang berisi simen putih.
“Cik Vitoria, nak minum air apa? Saya belanja.” Soalan itu membuatkan senyuman wanita semakin lebar.
Mungkin bangga kerana berjaya dapat menggoda lelaki tanpa menyedari dirinya terperangkap dengan syaitan bertopengkan manusia. Sekadar menutup mulut yang banyak mengetahui tentang dirinya.
“Apa yang kau pandang itu?” Soal Zulhelmi, dua cawan yang masih berkepul-kepul mengeluarkan asap haba. Bau usah lagi diperkatakan.
“Kau pandang apa tadi? Khusyuk nampak? Ada awek cun lalu ya?” Soal Zulhelmi sekali lagi.
“Lelaki itu ...”
Lelaki yang mencuri perhatian Darren sudah tiada di tempat itu lagi. Perempuan yang seksi itu sudah kembali ke meja kawannya.Kini meja itu penuh dengan gelak ketawa.
“Lelaki mana?”
“Tadi ada lelaki duduk dekat sebelah tingkap itu. Perempuan yang pakai baju pink pergi bersembang dengan lelaki itu. Lebih gaya kepada menggoda. Lelaki itu pun kelihatan mencurigakan,” balas Darren, matanya melilau mencari kelibat lelaki itu.
“Mungkin tak kot. Biarlah, sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah jua. Kita makan dulu. lepas itu teman aku cari hadiah untuk Mariam. Esok hari jadinya.”
Mendengar nama Mariam mengingatkan kepada berita gembira yang disampaikan oleh mak sebelum mereka ke sini. Secara automatik bibirnya melengkung ke atas. Abhilasha gadis yang berjaya membawa lari hatinya bertahun-tahun dulu
“Hoi, kau kenapa? Tiba-tiba senyum semacam aje kau ok tak?” jerkahan Zulhelmi mengembalikan Darren ke alam nyata.
“Aku pun nak beli hadiah untuk bakal tunang aku,” walaupun perlahan deria pendengaran dapat menangkap kata-kata kawan sekerjanya.
“Bakal tunang?” lipatan dahi Zulhelmi mengambarkan kekeliruan yang dialami.
“Ya, aku akan bertunang Ahad ini,” pinta Darren, tangannya mencapai telinga cawan sebelum membawanya ke bibirnya.
“Hah! Kenapa tiba-tiba? Kau ada buat salah tak?” Raut terperanjat jelas terpamer pada wajah lelaki itu. Setahu Zulhelmi, rakan sekerjanya tidak punya teman wanita atau kawan yang serius dengannya.
“Amboi, mulut sedap mengata. Aku bukan lelaki kejam sehingga merosakkan anak orang. Itu cara orang tewas akan buat cara itu. Aku akan lelaki jenis gentleman.”
“Habis, hujan tiada, ribut tiada tiba-tiba engkau nak bertunang. Habislah, meraunglah Sarjan Prema kalau tahu hal ini,” usik Zulhelmi, walaupun dia tumpang gembira buat sahabatnya.
Vinay melangkah laju menuju ke kereta. Dia tidak jadi berlama di kawasan itu, apabila dia perasaan ada mata lain asyik memandang dengan curiga.
“Adakah wanita itu membuat laporan polis? Apakah polis sudah mensyaki aku? Tapi betulkah firasat aku mengatakan lelaki itu polis? Kalau perempuan itu belum buat laporan, bagus aku masih ada peluang untuk menjadikan lauk untuk beberapa hari. Tetapi siapakah perempuan kereta Suzuki Swift itu? Sebelas orang perempuan memakai kereta jenama itu dan dia tidak dapat mengecam siapa diantara mereka, Ini kerana penyakit yang dia hidap,” monolog Vinay sebelum memasuki kereta honda CRZ mikliknya tetapi dia jadi pula keluar daripada kawasan itu.
“Victoria perlu dihapuskan. Dia tahu banyak perkara pasal saya. Apakah kalau Victoria hilang saya akan disyaki?” soal Vinay kepada diri sendiri. Wajah lelaki tadi mula bermain dalam mindanya.
Walaupun lelak misterii itu tidak dapat dijejaki ketika itu, firasat Darren kuat mengatakan sesuatu tidak kena dengan lelaki yang duduk meja hujung itu. Aura penjenayah terpancar pada wajah lelaki itu.
“Jom Darren kita ke kedai emas pula aku nak beli gelang emas untuk Mariam sebagai hadiah.”
Suara rakan sekerja seoalah-olah mengejut diri Darren daripada lamunan. Kaki mengatur langkah mengikut Zulhelmi. Mindanya masih lagi mengingati lelaki yang dduk di penjuru dan wanita yang datang berbual. Pelik.
Di kedai emas, sudah lima utas rantai tangan yang Zulhelmi ambil dan letak semula. Jurujual wanita muda itu senyum lebar melihat tingkah laku lelaki itu. Nampak sangat kecerewetkan Zulhelmi dalam memilih hadiah.
Darren sudah memilih seutas rantai tangan yang tergantung beberapa loket bentuk hati dan loceng. Matanya melilau memerhatikan barangan kemas lain yang mungkin sesuai untuk Vinusha.
YOU ARE READING
CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)
Детектив / ТриллерCinta itu lahir tanpa sedari. Ketika sedar, cinta sudah ke fasa rindu merindui. Walaupun empunya dimiliki, cinta belum tentu miliknya. Disaat cinta terlafaz, nyawa menjadi pertaruhan. Maaf diucap, ego diturunkan hanya kerana cinta. Cinta juga menja...