Lapan
"Kalau tunang hujung minggu ini, majlis kahwin pula bila?" soal Zulhelmi sambil menurun tangga.
"Mei nanti."
"Mak ai. Cepatnya. Kau biar betul. Was-was aku tengok engkau. Betul kau tak buat apa-apa?" Zulhelmi melahirkan perasaan curiganya. Walaupun dia kenal kawannya dari zaman sekolah takut juga lelaki itu kalah dengan nafsu sendiri.
"Ada pulak kata aku macam itu. Aku ini lelaki gentlemen tau? Satu dalam sejuta."
"Ohh, tidak tolong jangan masuk bakul, kembang tekak aku," cebik Zulhelmi, Darren mula ketawa mendengar kutukan sahabatnya.
"Macam mana kalau boleh kenal wanita ini? Rasanya aku sentiasa ada bersama kau kecuali malam. Hmmm ..."
"Hah kau jangan fikir bukan-bukan. Aku kenal sejak lima tahun lepas. Nama dia Vinusha. Senior adik saudara aku, Mila. Aku menjumpa sewaktu nak menyerahkan duit belanja Mila. Waktu itu dia tengah marah seorang lelaki bawah asrama," Darren berhenti berbicara seketika. Seolah-olah meletakkan tanda koma, dalam jalan penceritaan.
"Janganlah berhenti, sambunglah cepat,"asak Zulhelmi. Dia tidak sabar mengetahui siapa wanita yang mencuri hati sahabat baik dia.
"Pada mulanya aku ingat dia marah pasal ini percintaan, rupanya aku salah. Dia benggang lelaki itu menghilangkan kertas kerja yang perlu hantar dalam masa dua hari. Apa yang menarik minat aku adalah kata-kata yang dia gunakan untuk marah sangat menarik dan comel."
Zulhelmi mengeleng apabila ternampak senyuman yang terukir di bibir yang rancak berbicara. Kawannya sudah dijangkiti penyakit berbahaya di alam semesta. Penyakit angau.
"Aku cuba dapatkan maklumat melalui Mila tetapi tidak berjaya. Mila takut dengan senior, lagipun dengar kata dia ada teman istimewa. Aku kan lelaki gentlemen taklah aku nak mengacau hak orang. Secara jujur lepas jumpa dia hari itu, aku dah tidak suka mana-mana wanita. Jauh di hati aku, aku percaya dia pemilik hati aku."
"Ohhh ... Patutlah ramai yang makan hati. Rupanya hati kau dah berpunya. Kenapa kau tak pernah cakap dekat aku pasal ini?" Terkilan Zulhelmi apabila mendengar cerita rakan sekerjanya.
"Buat apa nak heboh? Benda tak jadi kan?"
"Habis macam mana pula sekarang dah sampai bertunang dan berkahwin? Mana kau jumpa dia semula?" Soal Zulhelmi masih tidak puas hati.
"Aku jumpa kat kuil. Ini semua mummy punya pasal. Dia ajak aku ke kuil, lepas itu waktu tengah duduk sebelum balik itu. Mummy buka mukadimah minta aku kahwin. Aku tunjuk secara rawak kat kumpulan wanita yang sedang menyalakan lampu. Itu pun dari belakang aku tawakal aje tanpa fikirkan rupa. Sekali pusing wanita itu adalah dia. Mummy apa lagi terus pergi jumpa gurukal kuil tanya perihal dia. Lebih mengejutkan adalah apabila mummy sedia kenal keluarga dia. Senang kata mummy kenal rapat," terang Darren, anggota bicara lelaki itu melengkung ke atas menggenang kisah sebulan lalu.
"Macam tak logik aje cerita engkau ini ..." usik Zulhelmi sambil ketawa.
"Inspektor Darren, Tuan Tajuddin nak jumpa," jeritan Azie membuatkan perbualan mereka terhenti.
***********
Dari sebalik cermin hitam, bibirnya mengorak senyuman apabila melihat sekumpulan manusia gembira menerima daging kambing tanpa mengetahui itu adalah daging manusia.
Wajah ceria itu bertukar menjadi cemas apabila melihat dua anggota polis yang menghampiri tempat terdapat beberapa bungkusan plastik yang diisi dengan daging. Tiba-tiba dia gelak dengan kuat apabila melihat anggota polis itu juga mengambil bungkusan daging itu. Entah daging Venotha atau Victoria yang akan menjadi lauk di rumah mereka.
YOU ARE READING
CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)
Mystery / ThrillerCinta itu lahir tanpa sedari. Ketika sedar, cinta sudah ke fasa rindu merindui. Walaupun empunya dimiliki, cinta belum tentu miliknya. Disaat cinta terlafaz, nyawa menjadi pertaruhan. Maaf diucap, ego diturunkan hanya kerana cinta. Cinta juga menja...