Bab 5
Sepasang mata tekun memerhati laporan kehilangan orang yang dihantar oleh Sarjan Ahmad sebentar tadi. Setakat ini ada 15 orang hilang tanpa sebarang klu. 12 antara mereka adalah wanita dan tiga lelaki. Matanya dipejam memikirkan kes kehilangan yang baru diambil olehnya sebentar tadi. Getaran telefon mengembalikan ke alam nyata.
“Hello, mummy.”
Perbualan selama 10 minit mengukirkan senyuman pada wajahnya. Kerumitan kes dihadapannya dilupakan seketika. Berita gembira yang dibawa oleh ibunya membuatkan hatinya berbunga.
“Inspektor Darren, ada orang nak jumpa,” suara Azie dari luar mengembalikan Darren ke alam nyata.
‘Lantang sungguh suara perempuan ini,’ monolog pegawai itu sambil melangkah keluar. Senyuman yang terukir masih lagi terlekat pada wajahnya.
Sepasang suami isteri warga emas sedang menantikan kehadiran Darren. Raut kegelisahan jelas terpamer pada wajah mereka.
“Selamat petang mak cik dan pak cik. Boleh saya bantu?”
“Saya Haji Salleh dan ini isteri saya Hajah Markonah. Encik panggil aje kami Pak Cik Salleh dan Mak Cik Konah. Kami dengar encik ambil alih kes kehilangan anak kami, Izwan,” lirih suara lelaki itu. Mak Cik Konah mula mengelap air matanya.
“Tak perlulah berencik dengan saya pakcik makcik, panggil saja saya Darren,” balas pegawai polis itu sambil menjemput pasangan warga itu ke biliknya.
Botol air mineral dihulur kepada pasangan suami isteri. Botol air mineral itu sememangnya dibeli banyak-banyak dan disimpan dalam bilik Darren. Dihulurkan kepada yang memerlukan.
“Bila pakcik sedar ya, anak pakcik hilang? Saya tahu, pakcik dan makcik dah banyak kali menjawab soalan yang sama tetapi saya nak sangat dengar daripada mulut pak cik dan makcik,” pinta pengawai muda itu.
“Apaabila dia tidak pulang selepas keluar dengan kawan-kawannya. Bila pakcik pergi tanya kat kawan-kawan dia, mereka jawab tidak tahu,” balas Pak Cik Salleh, sesekali tangan kedut itu mengelap air mata yang bertakung di tubir mata.
“Siapa kawan-kawannya?” Darren mula mencatat semua butir yang yang dijawab oleh pasangan itu.
“Haris dan Ikmal aje selalu berkepit dengan dia. Mereka selalu datang ke rumah mencari Izwan, anak pak cik.
Sesi soal jawab mengambil masa 20 minit. Darren puas hati apabila semua soalan dijawab. Belum sempat dia membuka mulut.
“Anak, kami tahu Izwan, budak nakal tetapi dia bukan budak jahat. Jauh disudut hati makcik asyik kata Izwan dalam bahaya. Kalau dia sudah tiada, di manakah jasadnya untuk kami menyempurnakan mengikut ajaran Islam,” luah wanita tua sebelum melangkah keluar dari bilik tu.
Terkedu Darren mendengar luahan hati seorang ibu. Hajah Markonah kelihatan lebih tabah berbanding suami.
“Amboi sibuknya, sehingga lupa nak makan?” suara di muka pintu menghentikan gerakan tangan, Darren mendongak serentak itu bibirnya mula mengukir senyuman.
“Dah pukul satu? Cepatnya,” balas Darren sambil melihat jam di tangan kirinya. Seketika kemudian dahinya berkerut.
“Aku tahu belum pukul satu. Saja, aku nak ajak kau ke satu tempat,” balas Zulhelmi sambil membongkokkan sedikit badannya ke hadapan.
“Nak ke mana?” Walaupun tidak berkenan dengan idea sahabatnya tetapi dia masih mengemas tempatnya ala kadar.
“Kita nak ke mana ini?” buat kali ke dua Darren menyoal sahabatnya.
*****
Vinay berjalan-jalan di Sogo gedung membeli-belah yang terkemuka di bandar Metropolitan. Dia suka melihat gadis-gadis muda yang datang membuang masa bersama kawan-kawan. Sesekali ada seorang dua yang senyum padanya dan senyuman itu dibalas.
Lelaki berhati kanibal itu belum ada niat lagi untuk memikat salah seorang gadis-gadis itu. Dia pasti kalau cuba mesti ada yang akan mengena umpannya. Tetapi ketika ini, dia tidak berminat, malah sikap Bindu banyak memberi kesan terhadap jiwanya. Tambahan lagi dengan kehadiran wanita yang tidak dikenali malam itu. Sehingga sekarang Vinay tidak punya sebarang informasi kecuali kereta jenama Myvi.
Keadaan menjadi kompleks, apabila dia mengetahui ada 15 orang dalam syarikatnya menggunakan kereta jenama yang sama. Hanya empat orang sahaja pengguna lelaki.
Vinay risau jika rahsianya selama ini akan terbocor jika dia lambat melenyapkan wanita itu. Perasaan marah mula menyerbu dirinya. Tanpa disedari dirinya sedang menjadi perhatian seseorang.
YOU ARE READING
CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)
Mystery / ThrillerCinta itu lahir tanpa sedari. Ketika sedar, cinta sudah ke fasa rindu merindui. Walaupun empunya dimiliki, cinta belum tentu miliknya. Disaat cinta terlafaz, nyawa menjadi pertaruhan. Maaf diucap, ego diturunkan hanya kerana cinta. Cinta juga menja...