Bab 4
Kisah lauk rusa di rumahnya tersebar luas dalam kalangan jirannya. Tinah yang menceritakan keenakkan masakan Menaga dan keemputan daging rusa itu. Tanpa segan silu ada dua tiga jirannya datang minta lauk daging rusa air tangan Menaga. Mereka juga teringin tetapi malangnya daging rusa itu telah habis dimakan oleh suami isteri itu. Bukanlah semuanya habis dimakan, ada sedikit ditinggalkan untuk makan malam.
“Muthu, nanti kalau dapat lagi daging rusa itu bagi ku sedikit. Bukan senang nak dapat daging rusa itu,” arah Bedah tanpa rasa malu. Walaupun dah bertahun berjiran di kawasan itu ini kali pertama wanita gendut berbual dengan mereka.
“Usah bagi kat dia Muthu, bagi kat aku aje.Aku bayar nanti. Pantang ada orang nak bagi mulalah nak juga. Kalau tidak, tak nak dia bercakap dengan kau,” kata Zidqah sambil menjuihkan bibir ke arah wanita yang sudah berlalu.
Muthu terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana reaksi mereka jika mereka tahu daging rusa itu adalah daging manusia. Lebih tepat seorang wanita yang tidak dikenal pasti identitinya. Muthu rasa menyesal membawa pulang pemberian Vinay. Dia takut dirinya menemui nasib yang sama seperti wanita yang jadi lauk dirumahnya hari ini.
***
Vinusha duduk menghadap cerminnya, perasaannya sukar digambarkan ketika ini. Rasanya nak sahaja ketika ini, dia keluar dari rumah senyap-senyap biar seluruh menyedari kehilangannya. Dia tidak akan pulang untuk sebulan dua sehingga keadaan orang tuanya lupa akan hal ini. Tetapi dia tidak sanggup melihat mereka kena maki dengan Aunty Sathi. Boleh tahan mulut wanita itu. Vinusha buntu ketika ini.
“Vinu, bangun,” tepukan lembut di bahunya mengejutkan wanita muda itu. Vinusha sendiri tidak sedar pukul berapa dia terlena malam tadi.
“Vinu, saya tahu kamu tidak setuju dengan pilihan kami. Tetapi percayalah Aunty Sathi kamu bukan seperti kamu sangkakan sekarang. Dia dah banyak berubah. Tiga minggu lalu dia datang, tiba-tiba pengsan. Amma dan appa membawanya ke hospital. Dr cakap wanita menghidap penyakit adenocarinoma tahap empat.,” suara amma kedengaran walaupun dia tidak membuka matanya. Perasaan bersalah mula menyerbu. Usapan lembut pada kepalanya membuatkan Vinusha mula sebak.
“Bila Aunty Sathi menanyakan diri kamu untuk anak tunggalnya. Appa terpaksa setuju. Kamu tahu kan Aunty Sathi banyak membantu ketika appa kemalangan dulu? Lagipun Darren tak nak kahwin dengan orang lain kecuali kamu. Apapun, kalau kamu tidak setuju majlis ini tidak akan diteruskan. Kebahagiaan kamu sangat penting buat kami,” satu persatu ayat amma mula menapak dalam fikiran Vinusha. Usapan pada kepalanya berhenti, seketika kemudian dia mendengar bunyi pintu ditutup. Amma sudah keluar.
Air mata seorang anak mengalir jua di kala mendengar suara pilu emaknya. Tembok kedegilan Vinusha mula cair. Kata-kata amma mula menyusup ke dalam sanubarinya. Mungkin dia perlu menimbangkan kata-kata orang tuanya. Mereka lebih arif tentang dirinya. Persoalannya mampukah dia hidup dengan lelaki yang tidak dikenali?
***
Kepala Bindu disolek ala kadar kerana wanita itu memang cantik. Vinay menyikat rambut wanita agar kelihatan kemas. Memandangkan rambut Bindu setakat bahu sahaja, Vinay tidak perlu berfikir panjang untuk menghiasi wanita itu. Bila dia puas hati dengan dandanan ringkas pada kepala itu. Dengan perlahan kepala itu dimasukkan dalam bancuhan simen putih.
“Selamat tidur selamanya sayang,” didongak melihat arca-arca simen kepala manusia di para ruang tamunya. Senyumannya bertukar menjadi ketawa besar yang mula memenuhi ruang tamu itu.
YOU ARE READING
CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)
Mystery / ThrillerCinta itu lahir tanpa sedari. Ketika sedar, cinta sudah ke fasa rindu merindui. Walaupun empunya dimiliki, cinta belum tentu miliknya. Disaat cinta terlafaz, nyawa menjadi pertaruhan. Maaf diucap, ego diturunkan hanya kerana cinta. Cinta juga menja...