Bab 9

3 0 0
                                    

Sembilan

Dia memang dah cantik oleh mak andam tidak mengambil masa yang lama untuk menghiaskan wajahnya. Lengha biru muda membuatkan dia kelihatan seperti seorang puteri dalam watak kartun Disney.Walaupun begitu, senyuman yang sentiasa menghiasi wajah itu hilang. Dia kelihatan kaku.

“Cantiknya anak amma,” luah Devi, wanita memeluk anak melahirkan perasaannya. Pelukan itu mungkin lebih menenangkan hati rawa anak itu.

“Vinu, amma tau kamu sedang marah dengan keputusan kami. Kami sentiasa nak yang terbaik untuk anak-anak kami. Darren akan jadi suami yang baik buat diri kamu. Sepanjang bertunang ini, kenalilah bakal suami kamu. Amma pasti kamu akan menyukai dia.”

“Kalau saya tak suka? Saya masih akan dikahwinkan dengan orang yang saya tidak sukakan?” Bentak Abhilasha perlahan, dia masih lagi waras dalam menjaga air muka keluarganya.

Amma keluar tanpa membalas apa-apa. Dia kehilangan kata-kata. Jauh di sudut hatinya, dia juga kesal meminta anak itu menerima pinangan yang di bawa hari itu. Kalaulah dia mampu membangkang kata-kata suaminya mungkin wajah anak itu tidak sugul seperti sekarang.

“Devi, apa yang fikirkan itu?”

“Mama, anak kita tidak suka dengan jodoh ini. Kalau tunang pun dia tak gembira bagaimana dia kalau kahwin nanti? Saya risau mama?” Amma melahirkan perasaan gusarnya.

“Saya tak mampu nak menolak, Devi. Kita berhutang nyawa dengan keluarga mereka. Saya pasti anak kita akan jatuh cinta dengan Darren. Lama Darren menunggu VInusha. Anak kita akan bahagia, kita dah mendidik dia sebaik-baiknya.”

Perbualan amma dan appa dapat didengar dengan jelas dari bilik. Air mata wanita itu menitis juga. Keinginan untuk menyambung belajar mungkin tidak kesampaian.

“Vinu, keluarga mampillai sudah sampai,” suara mak andam membuat bakal pengantin   berpusing mengelap air matanya.

“Baguslah.”

“Eh, Vinu! Kenapa dengan mata kamu? Kamu menangis ya?” suara mak andam bergema dalam bilik itu.

“Bukan menangis tetapi mata saya pedih. Bila kerdip-kerdip mata terus air keluar,” jawab Vinusha terpaksa berbohong. Dia tidak sanggup menjatuhkan air muka appa dan amma.

“Vinu ...” Jerit Mariam sambil meluru ke dalam bilik lalu memeluk sahabat yang bakal menjadi tunang orang sebentar lagi.

Walaupun sedikit terkejut, Vinusha membalas pelukan itu,” terima kasih Mariam kerana sudi hadir.”

“Macam mana boleh aku tidak hadir, kawan baik aku nak bertunang. Mestilah aku hadir meraikan majlis kawan aku,” balas Mariam, riak keceriaan jelas terpamer pada wajah itu.

“Terharu aku, sekurang-kurang aku tak keseorangan buat waktu ini. Aku takut Mariam,” luah Vinusha sambil memintal hujung seledang.

“Hah, takut! Kau takut apa?” Soal Mariam, dia terperanjat dengan luahan kawanny a.

“Entah tapi aku rasa macam jantung aku nak terkeluar aje.”

Jawapan Vinusha mengundang senyuman di wajah Mariam. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh bakal pengantin itu. Satu proses yang akan dialami ketika bertunang, secara jujur perasaan itu sukar digambarkan tetapi perasaan itu sangat indah.

“Aku faham perasaan kau, jangan gelabah biarkan saja. Percayalah cakap saya bila majlis ini selesai kau akan faham dengan sendiri,” pujuk Mariam sambil menepuk bahu bakal pengantin.

Manakala keadaan di luar pula kecoh, apabila Darren dan Zulhelmi bertemu. Mereka tidak percaya mereka akan berada di tempat yang sama.

“Hoi, kau buat kat sini?” Jerit Zulhelmi, sempat dia menumbuk perlahan bahu Darren.

“Aik, walaupun aku tak jemput untuk majlis aku tapi kau datang juga. Terima kasih.”

“Apa majlis kau? Aku datang teman Mariam, pengantin perempuan itu kawan baik dia sejak sekolah menengah,” terang Zulhelmi sambil menjenguk-jenguk mencari kelibat isterinya.

“Kawan baik ...” belum sempat Darren menghabiskan kata-katanya Vinusha tampil hadapan semua orang. Dia terpegun melihat kecantikan wanita itu. Deria penglihatan lelaki tidak berkedip langsung seolah-olah terpaku.

Majlis pertunangan berjalan lancar, para tetamu sudah mula menikmati makanan. Keharuman makanan mula merebak, Vinusha menelan air liur. Dia melirik ke arah lelaki yang berdiri sebelahnya.

“Jom sekarang waktu awak berdua pula bergambar,” kehadiran Rajendra selaku jurukamera mengejutkan Vinusha. Lelaki ini merupakan kawan sekolah adiknya.

Tanpa menunggu persetujuan, Rajendra mula mengatur posisi mereka sebelum mengambil gambar. Nak terkeluar jantung di saat dia minta Darren memeluk.

‘Aish ... lelaki ini pun berpadalah sikit. Disuruh berlakon peluk, dia peluk betul-betul. Nak aje aku pijak kaki lelaki ini. Kalau kat luar memang dah kena pijak.’

“Apa kata kamu berdua, sekarang ini menghadap satu sama lain. Renung wajah masing-masing,” arah Rajendra sambil memeriksa kamera.

Bulat mata Vinusha mendengar kata-kata itu. Dia tak dapat bayangkan situasi itu. Darren juga terkejut mendengar mendengar kata-kata jurukamera itu. Sepanjang bergambar tadi pun tunangnya hanya kaku sahaja.  

“Cepatlah ...”

“Selepas berjumpa dengan awak lima tahun lepas setiap gadis yang saya jumpa, awak tidak pernah memberikan peluang untuk gadis singgah apatah lagi nak menghuni. Semuanya awak halau keluar. Tak rasa bersalahkah?” Soal Darren perlahan cukup sekadar didengar wanita dihadapannya.

Vinusha mengangkat pandangan mata melihat lelaki berdiri dihadapan. Dia mencari kesahihan apa yang didengarnya melalui mata Darren.

“Hah, sudah-sudahlah tu. Jom pergi makan,” Ajakan appa membuatkan Vinusha tersentak. Disaat itu dia perasan tangannya sedang mengenggam tangan Darren.

Vinusha berdiri di tingkap biliknya, dia sedang memikirkan kembali Venotha. Walaupun ada Mariam di sisi, Vinusha rindu kehadiran Venotha. Al maklumlah mereka juga kawan serumah.

Vinusha tidak sedar kawan yang dirindui telah menjadi lauk di beberapa rumah. Hanya tinggal kepala sahaja dalam baldi simen plaster sementara menunggu menjadi hiasan di atas para.

CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)Where stories live. Discover now