Bab 2

5 0 0
                                    

"Awak ingat awak boleh larikan diri begitu sahaja daripada saya. Awak salah Vinusha," suara garau kedengaran di belakangnya.

Dengan pantas, Vinusha menoleh ke belakang. BerdirI seorang lelaki berhijab, hanya mata merah penuh dengan kemarahan. Lelaki mara ke hadapan membuatkan Vinusha berundur ke belakang. Matanya terbeliak melihat sebilah kapak perak kecil di tangan kiri lelaki itu. Dia sedar itu adalah hari terakhir buat dirinya ketika itu. Sama ada mati dibunuh atau mati jatuh dari bangunan itu.

"Awak tidak dapat lari lagi. Saya akan pastikan kematian ini menjadi sejarah di Malaysia, Kematian ini akan disebut-sebut oleh semua orang," suara ketawa lelaki berhijab itu memenuhi ruangan atas bangunan itu.

"Awak fikir dapat larikan diri dari pihak penguasa? Ingat undang-undang negara ini akan melepaskan awak begitu sahaja?" Tanya Vinusha sambil matanya melilau mencari ruangan untuk melepaskan diri atau alat untuk dijadikan senjata. Perasaan takutnya berubah menjadikan dirinya berani.

"Wah, berani nampak!" sindir lelaki itu mara ke hadapan. Jarak antara mereka berdua hanya tertinggal beberapa langkah. Kapak perak di tangan lelaki itu seolah-olah sedia dihayungkan ke arah wanita. Menanti masa sahaja untuk melakukan demikian, ketika ini dia terhibur melihat gelagat mangsanya.

Vinusha semakin ke belakang, tiba-tiba terlanggar sesuatu membuatkan dirinya hilangan imbangan dan ketika itu dia nampak lelaki itu mengangkat tangan yang sedang genggam kapak ke arahnya.

"Tidak!"

"Vinusha! Vinusha! Bangun kenapa dengan awak ini? Tiba-tiba menjerit tidak ingat dunia," terasa badannya bergoyang-goyang membuatkan matanya terbuka. Vinusha terus bangun dan duduk. Nafasnya tercunggap-cunggap seolah-olah baru lepas lari pecut.

"Kau ok?" Soal Vinothana sambil menggenggam tangan sabahatnya baik merangkap rakan serumah.

Persoalan sahabatnya dibiar sepi, dia cuba mencernakan maksud sebalik mimpinya. "Aku bermimpi mati dibunuh seorang lelaki berhijap di atas sebuah bangunan."

"Mimpi itu kan mainan tidur. Usah fikir lagi pasal itu.Pukul berapa kau balik semalam?" Soal Vinothana cuba mengalihkan perhatian kawannya.

"Entah tak ingat aku. Eh, awak dah bersiap! Awalnya nak pergi kerja," tegur Vinusha bila perasan sahabatnya itu sudah bersiap.

"Awal apa pulak dah nak pukul 7 pagi? Awak yang bangun lambat," bidas Vinothana sambil menayangkan barisan gigi putihnya.

"Alamak, lupa aku nak khabarkan, aku cuti seminggu. Balik kampung. Mak minta pulang segera katanya ada hal. Jangan tanya apa halnya saya pun tidak tahu," jawab Vinusha sekaligus menutup mulut sahabatnya.

"Entah-entah mak nak kau kahwin?" Penutupan mulut itu hanya untuk beberapa saat kemudian Vinothana mula menyoal semula.

"Entah? Kau tunggu aku sekejap. Aku nak tumpang hingga ke KL Sentral. Aku balik dengan kereta api saja. Guna sahaja kereta BMW aku itu sebagai upah menghantar aku." Kunci kereta Swift aka BMW itu bertukar tangan.

Muthu menjingjit beg plastik berisi daging manusia memasuki rumah. Seribu persoalan bermain dalam pemikirannya. dia tidak pasti dengan penerimaan isterinya, Menaga nanti. Risau dan takut bercampur aduk dalam hatinya.

"Eh, awak sudah balik?" Tanya Menaga yang baru keluar dari bilik tidur mereka. Wanita menatap wajah suaminya yang kelihatan sugul itu.

"Ya, malam tadi tiada elektrik. Bos Besar turun terpaksa teman dia," Muthu menceritakan ala kadar agar isterinya tidak mencurigakan apa-apa.

"Kasihan awak. Tua-tua ini awak masih lagi bekerja, sepatutnya awak kena berehat sahaja. Duit pencen awak sudah mencukupi untuk kita berdua," balas Menaga, sayu.

"Ala, biarlah saya bekerja dapat sekurang-kurangnya saya tidak bosan. Sembang dengan awak buatkan saya lupa. Ini ada daging rusa, bos bagi semalam," pinta Muthu sambil menghulurkan beg palstik itu pada isterinya.

"Hah, daging rusa! Mahal daging ini. Baiknya bos awak. Tapi nak masak apa ya daging ini?"

"Buat varuval macam kau buat daging kambing sewaktu Deepavali hari itu," balas Muthu terbayang keenakan masakan isterinya. Seketika dia lupa itu adalah daging manusia.

CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)Where stories live. Discover now