Bab 7

3 0 0
                                    

Berkerut-kerut dahi Vinusha. Telefon ditangannya dipandang dengan sangsi. Dari malam tadi sehingga waktu ini, entah berapa kali dial mendail nombor rakannya. Hanya wanita komputer yang menjawab.

“Pelik. Ke ceruk manalah Venotha pergi sehingga tidak mendapat dihubungi? Telefon pejabat, mereka kata dah tiga hari dia tak masuk kerja,” gumam Vinusha.

Niat untuk menjemput sahabat baik merangkap kawan serumah terbantut. Pelbagai persoalan bermain di minda Vinusha dibiarkan tanpa jawapan. Jari-jari runcing yang sudah berinai itu mendail nombor seorang lagi sahabat karib. Bakal pengantin menghembuskan nafas lega apabila mendengar suara kawannya dari sebelah sana.

Perbualan dua sahabat itu tidak lama. Vinusha sempat bertanyakan tentang Venotha tetapi jawapan daripada Mariam tidak membantu langsung.

Vinusha, Venotha dan Mariam merupakan sahabat baik sejak zaman universiti lagi. Diantara mereka bertiga hanya Mariam sahaja sudah berkahwin. Mereka selalu bertemu di akhir bulan untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka.

Selepas bercakap dengan Mariam, Vinusha mendail semula nombor Venotha tetapi hanya peti suara yang menjawab panggilan.

“Vinu, mari keluar melihat barang-barang ini,” suara amma dari ruang tamu membuatkan wanita manamatkan panggilan telefon dan melangkah keluar.

Tiga kotak laddu dan 3 kotak gula-gula getah pelbagai warna bersama uncang kain kecil dua kotak memenuhi ruang tamu.

Vinusha memandang wajah amma, belum sempat dia membuka mulut,” ini semua untuk majlis esok.”

“Bukan hari itu kata nak buat biasa-biasa aje. Kenapa perlu ada laddu dan gula-gula getah?” Soal bakal pengantin itu perlahan tetapi masih boleh didengar oleh amma.

“Memanglah majlis biasa-biasa tetapi kamu kan anak tunggal kami. Biarlah kami belanja lebih sedikit untuk majlis ini. Lagipun hanya majlis pertunangan sahaja diadakan dirumah pihak perempuan,” suara amma mampu melenyapkan perasaan marah baru nak membara.

Vinusha melangkah tanpa bersuara. Dia sedar amma dan appa mahukan terbaik untuk dia. Tangannya mendail semula nombor sahabat baiknya. Vinusha tertidur selepas beberapa kali mencuba dial nombor sahabat baiknya.

 *******************************************************************

Perasaan marahnya sudah kemuncak. Wajah kedua-dua wanita di hadapannya di pandang. Satu adalah peminatnya manakala lagi satu yang disangka bakal menjadi saksi untuk perbuatan di sebalik wajah kacak.

“Kau berdua memang cantik. Kulit mulus, mata bundar dan tak beberapa lemak,” ujar Vinay sambil meraba-raba kedua-dua wanita yang bakal menjadi juadah.

Kedua-dua mangsa itu tidak dapat melakukan apa-apa, dengan keadaan tangan dan kaki berikat serta mulut yang ditutup. Hanya mata sahaja mampu mengeluarkan air mata dengan harapan lelaki itu mempunyai sedikit perasaan kemanusiaan.

“Siapa nak mati dulu?” Tanya Vinay sambil mengeluarkan satu pisau memotong daging.

Dia menggerakkan jari tunjuk sepanjang mata pisau pemotong itu. Dia melentukkan kepalanya sambil senyum. Matanya dihalakan kepada wanita yang memandu kereta Swift merah yang dicari selama ini.

“Vinusha ... Vinusha ... Awak tak sepatutnya melihat apa yang berlaku malam itu. Kalau tengok pun kau perlu senyap bukan laporkan kepada polis. Lihat sekarang kau akan mati juga,” kata-kata lelaki membuatkan wanita itu terkejut.

Apakah daya dia tidak menyangkal kata-kata lelaki itu dengan keadaan mulut berikat. Dia mahu beritahu lelaki itu bahawa dirinya bukan Vinusha tetapi dia tidak sempat bila lelaki melibas pisau itu ke lehernya. Darah mula membuak-buak keluar.

“Aku bukan Vinusha,” dibisiknya sendiri dengan kesakitan yang teramat.

Melihat itu, mangsa lagi satu mula mengesot menjauhi mayat wanita itu. Perasaan takut dan seram mula memenuhi diri itu. Dia tidak mahu mati lagi.

“Kau takut Victoria? Aku ingat kau seronok. Maklumlah nak mati di tangan aku. Kau  nak tahu, kematian kau tidak akan aku sia-siakan. Aku akan agih-agihkan daging kau berdua kepada orang sekeliling. Mencari pahala, dengan menderma,” jerit lelaki itu sambil ketawa.

Vinay mencapai kapak perak yang tidak begitu besar, dia menoleh dan senyum pada wanita yang kelihatan takut. Dilibasnya sekali, tangan mayat yang kaku disebelah terputus tangan. Venotha cuba menjerit tetapi mulutnya terikat, suara pun tidak keluar.

“Jangan takut sayang. Aku tidak akan bagi kau peluang untuk sakit lama-lama. Kau tahu macam mana? Macam ini ...” jerit Vinay serentak melibas kapak di tangan.

Tergolek kepala Victoria menjauhi badan yang seksi. Darah Venotha dan Victoria memenuhi ruangan itu. Bau hanyir usah dikata, meloyakan tetapi tidak buat Vinay.

CINTAKU BUKAN DUSTA (KANIBAL)Where stories live. Discover now