Bab 5 | Curang

1K 53 5
                                    

PLAP!

Langkah Syaqila terhenti apabila tubuhnya dirempuh seseorang, lantas membuatkan telefon bimbit ditangan jatuh menyembah lantai yang dilitupi karpet. Mujur ada karpet kalau tidak pasti sudah retak skrin telefon bimbitnya akibat rempuhan yang agak kuat itu.

Baru dia mahu tunduk mendapatkan telefon berwarna rose gold, peranti itu sudahpun dilayangkan di depan matanya oleh seorang jejaka yang dia sungguh mahu elakkan.

"Fahri, my phone please!" Nada suara Syaqila meninggi bila Fahri bagaikan sengaja mahu mempermainkannya. Baru sahaja mahu menyambut huluran itu, Fahri melarikan telefon bimbitnya menjauh.

"Nope. Kau bagi tahu aku dulu, baru aku bagi phone kau ni."

Dahi Syaqila berkerut. Bagi tahu apa?

"I nak bagi tahu apa? You-" bicara terhenti apabila ada dua staff yang baru masuk ofis meminta izin untuk lalu. Ah baru dia sedar, dia dan Fahri sudah menghalang laluan.

Segera dia berenjak ke tepi sedikit. "Fahri, ramai dah masuk kerja ni boleh tak you terus-terang je apa yang you nak daripada I? I tak ada masa nak layan teka-teki you." Ujar Syaqila geram.

Sepucuk kad dilayangkan depan matanya. "Apa ni?"

"Donut." Jawab Fahri tanpa nada.

Merah padam muka Syaqila bila sedar dirinya sekali lagi sudah dipermainkan lelaki ini.

"Dah tau lagi nak tanya kenapa? Ambik lah."

Dengan kasar Syaqila merampas kad tebal itu. Sepintas lalu dia membaca setiap patah perkataan yang tertera di situ.

"So? You nak I buat apa?" Soal Syaqila sambil menutup kembali kad yang tidak menarik minatnya itu.

"Aku nak kau datang."

Spontan tawa sinis terhambur dari bibir Syaqila tanpa dapat ditahan. Kepalanya digelengkan berkali-kali, tak percaya dengan apa yang baru terpacul dari bibir lelaki itu.

"Fahri... Fahri... ni majlis mak long dengan pak long kan, yang you memandai ajak kenapa? Silap hari bulan belum sempat masuk lagi, I ni kena tendang keluar."

Mana mungkin mak longnya mahu mengajak dia ke majlis sambutan ulang tahun perkahwinannya dengan pak long? Pada mak long, dia ni merupakan seorang anak buah yang tak pandai berbahasa dan tak pandai mengenang budi keluarga mereka.

Bukan dia tidak reti bersyukur, bukan juga dia tak reti mengenang budi keluarga mak longnya tapi layanan dingin yang dipamerkan mak longnya membuatkan dia lebih selesa menjauhkan diri dan buat hal masing-masing.

"Umi takkan buat macam tu lah. Apa pun kau tetap anak saudara dia."

Senyuman sinis masih tidak lekang di bibirnya. Dia berasa mual tiba-tiba dengan pelawaan Fahri yang dirasakan ada muslihat di sebaliknya. Bukankah Fahri juga yang menjadi salah satu punca pertelingkahan hubungannya dengan mak long?

"Kalau Fakhrul yang ajak, kau datang ke?" Soal Fahri tiba-tiba.

"Kenapa tiba-tiba abang Rul pula?"

Kini giliran Fahri pula tertawa sinis. Sudah biasa penggunaan kata nama hormat itu menyapa telinganya tapi hatinya tetap rasa bengkak tiap kali panggilan 'abang Rul' singgah di pendengarannya. Usianya cuma setahun muda daripada si abang, dan empat tahun lebih tua daripada sepupu perempuan ini tapi mengapa panggilan nama buat kedua mereka berbeza? Ah Qila memang sengaja mahu mendera perasaan aku! Desis hati Fahri bengang.

"Sudahlah, I malas lah nak layan you melalut ni."

"Nope aku serius, kalau Rul yang ajak, kau datang ke?"

Cinta Si DiaWhere stories live. Discover now