Bab 8 | Kekecohan

1K 51 7
                                    

SYAQILA melangkah santai dengan sebuah beg bimbit di tangan kanan dan beg tangan disangkut pada bahu. Sesekali anak rambut yang menghalang pandangan matanya ditebak ke belakang telinga. Dengan langkah santai dia melangkah keluar dari lif tanpa sedikit pun menghiraukan mata-mata yang memandang ke arahnya dalam diam. Ya dia dapat merasakan panahan mata-mata itu seolah sedang memandang sesuatu yang luar biasa.

Sesekali kepalanya ditundukkan juga memerhati pakaian pada tubuhnya, kalau-kalau ada apa yang tercabut ke, terkoyak ke atau tercemar ke... tapi tak ada apa. Semua cantik terletak elok saja pada tubuhnya, entah apa yang menarik sangat pada dirinya hari ini macam tak biasa pula memandang dia dalam set pakaian formal iaitu sehelai slack hitam dipadankan dengan sehelai kemeja berwarna peach lembut. Selalu sangat dah dia pakai macam tu, cuma warna baju dan slack saja yang bertukar-tukar.

"Selamat pagi cik Qila.." sapa Syida dengan senyuman manis di bibir. Menghampiri ketuanya tika wanita itu sedang mengatur langkah untuk ke biliknya.

"Pagi..." dijawabnya juga tanpa senyuman di bibir. Tidak juga ketat atau masam mencuka. Cuma expressionless, tak ada sebarang riak ditunjukkan pada mukanya.

'Dah habis mogok nampaknya!' Desis Syaqila dalam hati. Kalau sebelum-sebelum ini jangan harap pagi-pagi lagi akan ada yang menyapa, haram pandang wajahnya pun mereka tak sudi.

"Terima kasih cik Qila for the coffee, sedap sangat coffee bila ada yang belanja..."

Terpinga-pinga dengan ucapan yang terkeluar dari bibir Syida namun dia hanya mengangguk saja. Tak kuasa mahu seliratkan wayar otaknya pagi-pagi lagi.

Langkah kembali diaturkan ke muka pintu bilik. Baru sahaja mahu memulas tombol pintu, sekali lagi dia disapa dengan ucapan selamat pagi daripada Nurin.

Syaqila sudah tak dapat menyembunyikan rasa aneh yang timbul. Berkerut dahinya. Apa hari ini hari selamat pagi sedunia kah? Dah kenapa ramah pula masing-masing mahu menegur? Padahal sebelum kes makan-makan dulu pun, mana ada yang terlebih rajin menyapa dia pagi-pagi buta. Masing-masing lebih selesa duduk di meja dan melayan lamunan dan kantuk yang masih bersisa sebelum mula menghadap kerja-kerja yang menuntut perhatian. Bila dah terjadinya kes makan-makan tu, lagi lah tak ada yang sudi mendekat langsung.

"Terima kasih belanja kami kopi, cik Qila. Segar terus mata bila dapat rasa kopi harum macam tu." Ujar Nurin senang hati.

Hilang terus segala rasa kecil hati dan sentap yang tersimpan di hati bila dihulurkan secawan kopi yang harganya boleh tahan mencekik. Kalau tak kerana ketuanya, belum tentu lagi dia dapat merasa jenama kopi mewah itu. Tak berbaloi rasa belanja wang melebihi rm20 hanya untuk secawan kopi bukan? Tapi kalau dah ada yang sua, sudah tentu dia tak akan menolak! Malah lebih lebar ke telinga senyuman yang terukir dibibir. Pagi-pagi lagi sudah tersenyum sendiri.

Syaqila hanya mengangguk tanpa suara. Bingung. Makin berganda rasa aneh yang menyapa. Kopi?? Bila pula dia terlebih baik hati belanja staff-staffnya kopi ni? Nak sua muka pun lebih kepada muka kelat saja memanjang, apatah lagi nak hulur secawan kopi? Memang mengarut!

Tak sempat dia mahu bertanya pada Nurin, gadis itu sudah tergesa-gesa berlalu pergi.

'Mungkin papa yang belanja kot, apa-apa sajalah.' Kata suara hatinya bagi menyedapkan perasaan sendiri walhal dia sendiri tahu Dato' Syazwan belum lagi masuk. Misteri pula dari mana datangnya kopi kopi yang diperkatakan.

Dan dan lah tika itu hidungnya kembang-kempis terbau haruman kopi yang makin menusuk hidung. Muka diangkat, kelihatan susuk tubuh Aakif selamba melangkah masuk dengan secawan kopi ditangan. Menghentikan terus kesibukannya mahu memulakan kerja.

Mata saling bertentang tanpa sebarang kata-kata. Lama. Sebelum akhirnya Syaqila mengaku kalah, tertunduk menekur meja dengan muka merona merah. Sedaya upaya cuba dikawalkan riak wajahnya di hadapan lelaki itu tetapi ianya tidak mudah. Mengingatkan kejadian semalam hanya akan buat dia termalu sendiri dengan kelemahan diri sendiri.

Cinta Si DiaWhere stories live. Discover now