Bab 10 | Rela Dalam Terpaksa

1K 47 5
                                    

HALINA, Nurin, dan Syida yang sedang rancak berbual di meja Halina automatik terdiam apabila melihat cik Syaqila sedang melangkah deras ke biliknya. Dari jauh dapat merasa aura ketegangan yang sedang melanda ketua mereka.

Beberapa saat kemudian,

'Bam!' Kuat bunyi pintu bilik pejabat dihempaskan.

Mereka saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Sebentar tadi ketua mereka dipanggil menghadap bos besar, tidak lama  selepas itu Fahri pula menyusul. Tentu ada sesuatu yang tidak menyenangkan telah berlaku berdasarkan dari reaksi wanita itu yang naik angin dan tegang. Sudah lama mereka tidak lihat wanita itu dalam keadaan sebegitu tegang dan serius sekali. Apakah yang sudah berlaku di dalam sana?

"Weh apa agaknya yang Dato' cakapkan sampai macam tu sekali cik Qila berangin?" Soal Syida kehairanan.

"Entah. Jangan sampai terkenan kat kita sudah lah, aku ni dah lah kuli je harapkan duit gaji masuk cukup bulan. Lagi seminggu beb, aku dah tak sabar dah ni nak clear cart shopee."

Olahan Nurin buatkan Halina dan Syida serentak menjelingnya tajam. Tak habis-habis dengan gedung pembelian secara atas talian itu. Tak lama lagi boleh lah mereka sediakan telinga menadah rungutan si teman yang merungut gara-gara tak sampai hujung bulan lagi dah habis wang gaji dibelanjakan. Macam mananya tak habis dah bila masuk saja, habis dibelanjanya pada benda tak berfaedah!

"Aakif, kenapa tu?"

Halina menyoal, sedikit melaung dari tempat duduknya. Malas mahu mengangkat punggung. Syida dan Nurin turut memanggung kepala, turut menantikan jawapan.

Semua pekerja di situ sudah sedia maklum, Aakif tinggal serumah dengan Dato' Syazwan jadi manalah tahu kalau-kalau Aakif dapat tahu sebarang dua yang sedang hangat terjadi dalam rumah itu.

Aakif sekadar menjongketkan bahu, no comment. Matanya memandang ke arah pintu bilik Syaqila yang tertutup kemas.

Sudah hampir sebulan Syaqila terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana baru di rumah, atau lebih tepat lagi dengan kehadiran ibu tirinya di rumah banglo milik Dato' Syazwan. Sejak dari hari itu lagi, Aakif sudah pun perasan, wajah itu ketara mempamerkan riak tidak suka. Ada saja yang tak kena pada matanya sampai kadang-kadang Mak Nah yang tak silap apa pun dimarahinya. Wajahnya pula sentiasa ketat dan masam mencuka, ajaib sekali nak lihat senyuman di wajah itu kebelakangan ini.

Tapi tak pula Aakif mahu menyalahkan wanita itu. Kalau dilihat dengan mata kasar, dia sendiri pun berasa kesian sebenarnya. Sejak adanya wanita baru di runah itu, kedudukan Syaqila dalam rumah sendiri bagaikan telah jatuh ke nombor dua, bukan lagi nombor satu. Kalau dulu, dia lah yang paling dimanjakan Dato' Syazwan, buat perangai pun lembut saja Dato' Syazwan menegur, tak ada marah-marah apatah lagi buatkan wanita itu berasa tertekan.

Namun semenjak adanya permaisuri baru di rumah itu, Syaqila bagaikan tidak lagi bebas mempamerkan reaksi. Bagaimana mahu bebas kalau tiap kali Syaqila buat perangai, pasti bini baru Dato' Syazwan ambil peluang memujuk si suami, mahu redakan kemarahan lelaki itu kononnya, lantas buatkan Syaqila nampak teruk pada mata-mata yang memandang walhal perkara sebegitu sudah pun biasa terjadi dalam rumah banglo itu dan Dato' Syazwan tidak pernah ambil pusing, kasih kan anak punya pasal.

Aakif juga perasan satu perubahan yang agak ketara, Dato' Syazwan kini lebih lantang menegur dan meninggikan suara bilamana saja Syaqila ada buat salah, meskipun ianya hanya lah satu kesalahan yang sangat kecil dan remeh. Mungkin Dato' Syazwan mahu kelihatan gah, tegas dan pandai mendidik anak di hadapan isteri barunya. Iyelah, anaknya cuma seorang, kalau yang itu pun tak boleh dikawal dan dijaganya dengan baik, macam mana pula mahu beristeri baru?

Cinta Si DiaWhere stories live. Discover now