" Miyuuki-sama! "Kata Konnosuke ketika tiba di bilik kerja gadis itu. Miyuuki yang sedang membaca buku-buku sejarah jepun itu terus memandang ke arah Konnosuke. "Ya, ada apa Konnosuke? "Soal Miyuuki tenang. " Tuan saniwa bagi tugas baru untuk miyuuki-sama..ianya adalah untuk menyambut para toudan yang baru datang ke benteng ni "kata Konnosuke. " Baiklah..ada apa-apa lagi?"kata Miyuuki. Konnosuke mengangguk. " Ada toudan yang akan tiba tak lama lagi.. miyuuki-sama kena sambut toudan tersebut sekarang "kata Konnosuke.
" Okey, kita pergi sekarang"kata Miyuuki lantas bangkit dari tempat duduknya dan keluar dari bilik itu. Dia dan konnosuke berjalan seiringan menuju ke bilik pembangkitan iaitu bilik yang digunakan untuk menyeru para toudan. Setibanya mereka di bilik itu, Hasebe sedang bersedia untuk meletakkan satu kertas berbentuk orang yang digunakan untuk menyeru toudan. " Oh, miyuuki-sama!" Kata Hasebe agak terkejut. " Hai, hasebe..Saniwa minta aku untuk menyambut setiap para toudan yang datang sebab tulah aku ke sini "kata Miyuuki ramah.
"Ohh, kalau macam tu, aku akan mulakan pembangkitan sekarang "kata Hasebe dan Miyuuki mengangguk. Ketika kertas kecil tadi diletakkan di atas sebilah pedang yang berada di hadapan mereka, cahaya terang mula menyinari bilik itu. Kemudian, cahaya itu membentuk menjadi tubuh manusia. Seorang lelaki dengan pakaian seakan seorang shinsengumi yang berwarna biru muda serta rambut berwarna biru tua itu melepaskan nafas panjang.
" Aku ada di mana? "Kata Lelaki itu sambil memerhati sekeliling namun pandangannya terhenti pada Miyuuki yang berdiri tidak jauh darinya. " Seorang gadis ?" Kata lelaki itu terkejut. " Dia adalah bakal master kita, panggil dia miyuuki-sama "kata Hasebe. "M-master?" Kata Lelaki itu semakin terkejut. Miyuki hanya tersenyum. " Selamat datang ke Honmaru, Yamatonokami Yasusada "kata Miyuuki ramah. Lelaki bernama Yamatonokami itu terkejut. " M-miyuuki-sama tahu nama aku? "Kata Lelaki itu. " Dah tentulah Miyuuki-sama tahu, jangan remehkan bakal master kita, Yamatonokami "kata Hasebe. "B-baiklah!" Kata Yamatonokami membuatkan Miyuki tertawa kecil.
" Yamatonokami, jom ikut aku ke pejabat saniwa? Kita kena ambil loceng kau," kata Miyuuki ramah. "B-baiklah, miyuuki-sama "kata Yamatonokami lantas mengekori gadis itu yang mendahuluinya. Sedang mereka dalam perjalanan ke pejabat Saniwa, Miyuuki cuba untuk memecahkan kesunyian di antara mereka. " Yamatonokami, kamu salah satu pedang milik okita souji dari era shinsengumi kan?" Kata Miyuuki. " Y-ya, "kata Yamatonokami sambil tertunduk segan.
" Macam mana kalau aku beritahu kamu yang satu lagi pedang okita souji berada di benteng ni?"kata Miyuuki membuatkan Yamatonokami tersentak. " M-maksud miyuuki-sama, kashuu Kiyomitsu tu ke?" Kata Yamatonokami teruja. " Ya! "Kata Miyuuki ceria. Senyuman terus terlukis di wajah lelaki itu serta rasa terujanya semakin bertambah. " A-aku tak sabar nak jumpa dia! "Kata Yamatonokami. "Aku yakin dia dah lama tunggu kau, Yamatonokami.. lagipun dia petang pertama yang datang ke sini "kata Miyuuki. " Wahh! H-hebatnya!" Kata Yamatonokami teruja. Kemudian baru dia tersedar akan kelakuannya.
"M-maaf, miyuuki-sama! A-aku tak sepatutnya bersikap macam tu di depan miyuuki-sama!" Kata Yamatonokami menundukkan kepalanya semula dengan pipi yang sedikit merah. " Takpe, jangan risaulah..aku lebih suka kalau kita dapat jadi lebih rapat, Yamatonokami-kun "kata Miyuuki ceria. " A-aku akan cuba "kata Yamatonokami segan. Setibanya mereka di pejabat Saniwa, mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu setelah diberi kebenaran.
" Oh, kamu pasti Yamatonokami Yasusada kan?" Kata Saniwa ramah pada lelaki di sebelah miyuuki. " Y-ya, gembira dapat bertemu dengan tuan saniwa " ucap Yamatonokami dengan semangat. Saniwa tersenyum lantas menghulurkan sebuah loceng yang memiliki corak. " Ini loceng kamu.. Yuu, nanti tunjukkan Yamatonokami tempat di mana nak gantung loceng tu, okay? "Kata Saniwa. " Baiklah,abang "kata Miyuuki sambil menunduk hormat. "Abang?" Spontan Yamatonokami berkata kerana terkejut. Dan setelah dia menyedari kelakuannya, dia menjadi gelabah semula.
YOU ARE READING
New master ! touken ranbu x Oc (malay sub)
RomanceMiyuuki, adik perempuan kepada Saniwa telah dibawa ke Honmaru untuk dilatih sebagai master seterusnya kepada para toudan yang dimiliki oleh abangnya itu. Ikuti kisah perjalanan Miyuuki serta beberapa jejaka yang ingin memiliki hati gadis itu! Discl...