chapter 7

5 1 0
                                    

  Miyuuki termenung memikirkan tentang sikap Kashuu pagi tadi membuatkan dia langsung tidak sedar bahawa tangannya berhenti dari menulis. " Miyuuki-sama.." satu suara menyapanya membuatkan Miyuuki tersedar dari lamunannya. " Y-ya?" Kata Miyuuki sambil mendongak ke arah seorang lelaki yang memakai jubah putih yang sedikit kotor. " Tuan Saniwa panggil Miyuuki-sama ke bilik kerja dia sekarang," kata lelaki itu. Miyuuki mengangguk lantas bangkit dari tempatnyan. Miyuuki melangkah keluar dari biliknya manakala Lelaki itu berjalan di belakangnya. " Nama kau Yamanbagiri kan?" Kata Miyuuki tanpa memandang lelaki itu. Lelaki bernama Yamanbagiri itu sedikit terkejut. " Err..ya," katanya. " Hari ni kau yang bertugas di bilik Saniwa ya?" Kata Miyuuki lagi. " Ya," jawab Yamanbagiri dan Miyuuki hanya mengangguk.

Miyuuki melangkah masuk ke dalam bilik Saniwa, di mana lelaki itu seperti biasa sedang membuat kerjanya. " Ada apa, abang?" Kata Miyuuki tanpa wajah cerianya seperti biasa. " Yuu, abang nak maklumkan pada kamu yang abang akan pergi ke Kyoto semula untuk hadiri mesyuarat dengan pendeta-pendeta agung..abang minta kamu untuk jaga mereka dan benteng ni sepanjang ketiadaan abang, boleh?" Kata Saniwa. " Baiklah," kata Miyuuki pendek. Saniwa mendongak dan perasan akan wajah suram adiknya. " Yuu, kenapa ni? "Tanya Saniwa penuh prihatin. Miyuuki tertunduk. " Maaf, abang..yuuki tak bermaksud nak risaukan abang tapi Yuuki asyik terfikirkan tentang Kashuu.." kata Miyuuki. Saniwa sedikit terkejut namun kemudian dia menguntum senyuman.

" Ah, rasanya abang dah faham.."kata Saniwa membuatkan miyuuki mendongak dengan dahi yang berkerut. " Apa maksud abang?" Soal Miyuuki. Saniwa habya tersenyum. " Ianya bukan salah kamu, Yuu..Kashuu cuma salah faham, "kata Saniwa. " Salah faham ?"kata Miyuuki lagi masih tidak mengerti. " Yuu, Kashuu adalah pedang pertama yang datang ke benteng ni jadi abang faham sangat perangai dia..Kashuu selalu berusaha untuk jadi pedang yang sentiasa cantik dan comel, supaya abang semakin sayangkan dia..Tapi, bila Mikazuki datang ke sini, dia risau kalau dia tak diperlukan lagi.."terang Saniwa.

  Miyuuki terkejut. Dia teringat akan peristiwa Kashuu berkata seperti itu padanya dulu. ' macam tu rupanya..'bisik hati Miyuuki. " Abang tak salahkan dia bila dia berfikiran macam tu, jadi abang jelaskannya pada Mikazuki..Mikazuki pun dengan senang hati pergi pujuk Kashuu, "kata Saniwa lagi. "J-jadi semuanya dah okey dah?" Kata Miyuuki dan Saniwa mengangguk. Miyuuki terus melepaskan nafas lega. " Syukurlah..aku fikirkan dia bencikan aku," kata Miyuuki. "Mustahillah, tiada sesiapa yang akan bencikan kamu, Yuu.." kata Saniwa. Miyuuki memandang wajah abangnya sambil menguntum senyuman. Dia berlari ke arah Saniwa lantas memeluk lelaki itu membuatkan saniwa terkejut. " Abang jangan pergi lama sangat tau? "Kata Miyuuki. Saniwa terkebil-kebil sebelum tertawa kecil.
" Yelah, yelah..kamu ni,"kata Saniwa sambil mencubit pipi adiknya itu. Miyuuki tersengih.

" Ah,ya! Kalau macam tu, Miyuuki nak pergi jumpa Kashuu dulu la "kata Miyuuki sambil meleraikan pelukan. " Okey, titipkan salam abang pada dia," kata Saniwa. Miyuuki mengangguk ceria. "Okey!" Katanya. Miyuuki pun melangkah keluar dari bilik itu namun sebelum itu dia berhenti di hadapan Yamanbagiri. Lelaki itu memandang Miyuuki dengan kening berkerut menahan rasa segan. Tangan gadis itu cuba mencapai kepalanya lantas di usap dengan lembut. " Tolong perhatikan abang untuk aku ya, Yamanbagiri?" Kata Miyuuki bersama sengihannya. Yamanbagiri tergamam melihat wajah gadis itu tersenyum padanya.

"Ah!" Kata Miyuuki yang tidak sengaja tertolak hoodie lelaki itu membuatkan ia terselak dan memperlihatkan wajah tampan Yamanbagiri. Miyuuki tergamam. ' k-kacaknya..'bisik hati Miyuuki terperanjat. Yamanbagiri yang baru perasan yang wajahnya itu terserlah terus kelam kabut membetulkan Hoodienya membuatkan Miyuuki tersedar dari lamunannya. " M-maaf, aku pergi dulu!" Kata Miyuuki gelabah lantas berlari keluar dari situ. Yamanbagiri hanya tertunduk dengan wajahnya yang panas menahan malu manakala Saniwa hanya memerhati situasi tadi dengan senyuman.

Miyuuki berlari di lorong itu tanpa melihat laluannya kerana teringatkan wajah tampan Yamanbagiri yang pertama kali dilihatnya. ' kenapa aku nak gelabah sangat ni? Arghh! 'bisik hati Miyuuki. Kemudian, kakinya tersadung papan yang terdapat di laluannya. " wargh!" Jerit Miyuuki yang ingin terhentak ke lantai namun sepasang tangan memegang pinggangnya dari belakang untuk menyambutnya daripada tersembam ke lantai. " Miyuuki-sama! "Kata satu suara dikenali gadis itu. " K-kashuu?!" Kata Miyuuki terkejut. Kashuu meleraikan pegangan tangannya dari pinggang gadis itu. " A-apa yang miyuuki-sama fikir berlari laju macam tu dengan mata tertutup ha? Kalau miyuuki-sama terluka macam mana?" Ujar Kashuu geram. Miyuuki memandang lelaki di hadapannya itu sambil menahan sebak.

New master ! touken ranbu x Oc (malay sub)Where stories live. Discover now