chapter 13

5 0 0
                                    

  Miyuuki tercungap-cungap setelah berusaha melarikan diri daripada sekumpulan lebah yang mengejar mereka tadi. " N-nasib baik sempat " kata satu duara di sebelahnya membuatkan Miyuki menoleh. Kelihatan Tsurumaru turut tercungap-cungap disebelahnya lantas memandang ke arah tangan mereka yang bertaut kemas itu. Wajah Miyuki menjadi merah. Yalah, Tsurumaru yang menariknya tangannya ketika sedang melarikan diri dari lebah-lebah tadi.

  " Miyuuki-sama okay? " Kata Tsurumaru sambil menoleh ke arah gadis itu. " Err ya " kata Miyuki yang masih memerhati tangan mereka. Tsurumaru turut memandang ke arah yang sama lantas tersentak. Cepat-cepat dia meleraikan pegangannya sambil mengalihkan wajahnya yang merah. " M-maaf, miyuuki-sama! A-aku tak perasan aku masih pegang tangan miyuuki-sama! " Kata Tsurumaru gelabah. Miyuuki mengangguk, segan. " T-tak apa, yang penting kita kat mana sekarang? " Kata Miyuuki cuba mengubah topik.

  Tsurumaru memerhati sekeliling mereka yang hanya dipenuhi dengan pokok-pokok itu. " Hmm nampaknya kita dah terpisah dengan yang lain " kata Tsurumaru. " Aku harap mereka semua tak apa-apa" kata Miyuuki risau. " Jangan risau, Miyuuki-sama..aku akan pastika kita dapat jumpa mereka semua dalam keadaan yang selamat " kata Tsurumaru. Miyuuki mengangguk. " Marilah bergerak, Tsurumaru..kita kena awasi dengan musuh juga " kata Miyuuki. Tsurumaru mengangguk lantas mendahului gadis itu. " Miyuuki-sama jalan di belakang aku, okay? Aku akan lindungi Miyuuki-sama" kata Tsurumaru serius. Miyuuki mengangguk.
" O-okay" katanya.

  Mereka berdua berjalan sambil memerhati sekeliling mereka untuk berjaga-jaga. " M-miyuuki-sama, " kata Tsurumaru. " Ya? " Kata Miyuuki. " A-aku tahu ni bukan waktu yang sesuai tapi nak tak kalau kita berjalan-jalan tanpa berkait dengan misi? H-hanya kita berdua saja, i-itu pun kalau Miyuuki-sama nak lah " kata Tsurumaru segan. Miyuuki terkejut namun kemudian dia tersenyum. " Dah tentulah " kata Miyuuki. Tsurumaru terhenti lantas menoleh ke arah gadis itu dengan wajah yang terkejut. Miyuuki tersentak dengan tindakan mengejut lelaki itu.

  " B-betul ni? " Kata Tsurumaru seakan tidak percaya. " Err ya, k-kenapa? " Kata Miyuuki sambil terkebil-kebil. Tsurumaru tersengih sebelum menggelengkan kepalanya dengan pipi yang merah. " Takde, a-aku cuma terkejut yang Miyuuki-sama akan setuju ..b-betul kan Miyuuki-sama sudi nak keluar berdua dengan aku nanti? " Kata Tsurumaru sekali lagi. Miyuuki mengangguk kepalanya membuatkan Tsurumaru tersengih lebar. " Yes! " Katanya. Miyuuki hanya tersenyum namun sesaat kemudian, senyumannya mati. Dengan sekilas dia menghunuskan pedangnya dan menangkis sebilah pedang yang kebetulan meluncur laju ke arah Tsurumaru.
 
Tang! Bunyi pedang Miyuuki berlaga ketika berjaya menangkis serangan tersebut. " M-miyuuki-sama! " Kata Tsurumaru terkejut. " Ada musuh! Dan bilangan mereka agak ramai! " Kata Miyuuki tegas. Tsurumaru melihat sekeliling mereka berdua. Nampaknya musuh telah berjaya mengepung mereka. " Tsurumaru, biar aku- " " tak, Miyuuki-sama! Aku yang akan uruskan mereka " kata Tsurumaru yang sudah pun menghunuskan pedangnya. " Lagipun, aku dah janji yang aku akan lindungi Miyuuki-sama" katanya lagi.

  Miyuuki tergamam. " Tsurumaru.." bisiknya. Tsurumaru mengeratkan pegangannya pada pedangnya itu sambil memandang kumpulan pengubah sejarah di sekelilingnya. " Aku tak rasa mereka nak ubah sejarah kali ni " kata Tsurumaru. " Apa maksud kau? " Kata Miyuuki kurang memahami. Tsurumaru menyerang beberapa musuh yang berhampiran dengannya sebelum kembali berdiri di hadapan Miyuuki. " Dengan bilangan macam ni, aku rasa mereka targetkan Miyuuki-sama" kata Tsurumaru sebelum mengetap bibirnya.

  " A-apa? " Kata Miyuuki terkejut. Kenapa musuh sasarkan dia? Sebab dia bakal master honmaru ke? " Apa-apapun, biar aku yang uruskan mereka! " Kata Tsurumaru sebelum kembali menyerang pihak musuh. " Biar aku tolong kau! " Kata Miyuuki. " Tak perlu! " Langkah Miyuuki terhenti. " Aku yang akan lindungi Miyuuki-sama! " Kata Tsurumaru lagi sebelum melepaskan serangan ke arah beberapa orang musuh itu. Miyuuki mengepal penumbuknya. ' Tsurumaru.. Kashuu, Yamatonokami dan yang lain, tolonglah datang! ' bisik hati Miyuuki penuh kerisauan.

  Walaupun Tsurumaru berusaha menumbangkan pihak musuh dengan serangannya namun dia tetap mengalami kesukaran kerana bilangan yang tidak seimbang. Kemudian, salah seorang musuh itu berjaya mendaratkan serangan pada lengan Tsurumaru. " Argh! " Kata Tsurumaru. Kemudian, dia menerima banyak lagi serangan. " Tsurumaru! " Jerit Miyuuki lantas menyerang ke arah pasukan musuh itu dengan pantas.

" Hiyahh! " Kata Miyuuki sambil menghayunkan pedanodengan pantas, menebas setiap satu musuh yang ada sehinggalah tidak tersisa seorang pun lagi. Tsurumaru tergamam melihat kekuatan yang dimiliki gadis itu. Miyuuki menyimpan semula pedangnya sebelum berlari mendapatkan Tsurumaru.
" Tsurumaru! " Kata Miyuuki risau. " T-tak mengapa, Miyuuki-sama..aku tak cedera teruk sangat pun " kata Tsurumaru yang sedang berusaha bangkit dari kedudukannya. Miyuuki pula segera membantunya.

  " M-maaf, kalaulah aku tak biarkan kau bertarung seorang tadi " kata Miyuuki kesal ketika mereka sedang duduk di bawah pokok itu untuk merawat luka Tsurumaru. " Kenapa pula Miyuuki-sama nak minta maaf? Aku kan dah kata yang aku akan lindungi Miyuuki-sama " kata Tsurumaru bersama senyumannya. ' walaupun hakikatnya Miyuuki-sama yang dah lindungi aku ' bisik hati Tsurumaru. Miyuuki yang selesai membalut luka lelaki itu tertunduk..
" t-tapi..aku.." Tsurumaru melepaskan keluhan.

  " Miyuuki-sama, kecederaan yang aku dapat ni sikit pun bukan salah Miyuuki-sama, okay? Sebaliknya ini ialah bukti yang aku masih lemah dalam melindungi Miyuuki-sama" kata Tsurumaru. " T-tapi kenapa kau nak sangat lindungi aku? M-maksud aku, aku boleh je bertarung bersama kau kan? " Kata Miyuuki. Tsurumaru memegang belakang lehernya sambil mengalihkan wajahnya yang merah. " A-aku cuma..nak Miyuuki-sama bangga pada aku " kata Tsurumaru perlahan.

  " Huh? " Kata Miyuuki sambil mendongak semula, terkejut. " A-aku tahu aku macam kebudak-budakan, tapi aku cuma nak dapat perhatian Miyuuki-sama saja..s-salah ke? " Kata Tsurumaru. Miyuuki terkebil-kebil sebelum tersenyum. " Taklah.." kata Miyuuki. " Terima kasih, Tsurumaru" katanya lagi. Tsurumaru tersentak. " Aa..erm..okay " katanya segan. Dia mengerling ke arah gadis itu seketika.
" Ughh..a-aku rasa kepala aku peninglah.." bohong Tsurumaru sebelum mendaratkan kepalanya di atas riba gadis itu.

  Miyuuki tergamam dengan kelakuan lelaki itu. " T-tsurumaru? " Katanya segan. " A-aku rasa pening sedikit.. b-boleh aku buat macam ni sekejap? " Kata Tsurumaru tanpa memandang wajah gadis itu kerana wajahnya yang sudah merah itu. " O-okay kalau itu boleh membantu kau " kata Miyuuki segan. Mereka terdiam sejenak. Miyuuki berusaha menahan detak jantungnya yang laju itu manakala Tsurumaru pula tersenyum kerana berjaya melakukan perkara tersebut.

  Perlahan-lahan tangan Miyuuki mendarat di kepalanya dan mengusap kepala Tsurumaru membuatkan lelaki itu tergamam. " a-aku harap ianya dapat membantu kau untuk berehat " kata Miyuuki segan. Tsurumaru tersenyum. " Mm sempurna " kata Tsurumaru perlahan. Dia memejamkan matanya, menikmati suasana indah itu. Kalau boleh, dia mahu mereka kekal di posisi itu untuk selama yang mampu. Miyuuki pula merenung wajah tenang Tsurumaru itu sebelum mengalihkan wajahnya yang merah.

  " Miyuuki-sama! " Kedengaran laungan suara Kashuu tidak jauh dari situ membuatkan Miyuuki dan Tsurumaru tersentak. Cepat-cepat Tsurumaru bangkit dari kedudukannya sambil berdeham manakala Miyuuki pula menundukkan kepalanya. " T-terima kasih sebab bantu aku berehat, miyuuki-sama " ucap Tsurumaru tanpa memandang wajah gadis itu kerana segan. " O-okay, " kata Miyuuki pula.

  " Miyuuki-sama! Tsurumaru! " Kata Kashuu dan yang lain ketika mereka nampak kelibat mereka berdua lantas berlari menuju ke arah mereka. Miyuuki mendongak. " Ah, Kashuu! Syukurlah korang semua selamat! " Kata Miyuuki lega melihat keadaan para Toudan yang baru datang itu. " Ya, kami bernasib baik yang kami tak jumpa pasukan pengubah sejarah tu " kata Kashuu. Miyuuki mengangguk.

  " Korang berdua macam mana? Kenapa Tsurumaru nampak comot? " Kata Mutsunokami hairan. " Ah, ya kami berdua dikepung oleh pasukan musuh tadi " kata Tsurumaru. " Apa?! " Kata mereka terkejut. " Korang tak cedera ke? " Kata Yamatonokami risau. " Tsurumaru saja yang terluka sebab lindungi aku tadi tapi jangan risau, ianya tak serius pun " kata Miyuuki. " Ya, korang jangan risau! " Kata Tsurumaru sambil tersengih. " Syukurlah " kata Hakata lega.

  " Apa-apapun, marilah kita balik..semuanya dah selesai kan? " Kata Otegine. " Ya, kita pun dah lewat ni " kata Miyuuki. " Yosh, jom! " Kata Yamabushi. Kashuu menghulurkan tangan ke arah Miyuuki membuatkan gadis itu tersentak. " Mari, aku tolong kau " kata Kashuu selamba. " O-okay, " kata Miyuuki segan sebelum meraih tangan Kashuu dan lelaki itu membantunya berdiri.

  " Ah, ya..aku kena laporkan sesuatu pada Saniwa juga " kata Miyuuki sebelum mengeluarkan jam waktunya. " Apadia, Miyuuki-sama? " Kata Yamatonokami. " Pasukan pengubah sejarah tu tadi..aku jadi sasaran mereka " kata Miyuuki dengan wajah serius membuatkan mereka tercengang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

New master ! touken ranbu x Oc (malay sub)Where stories live. Discover now