Miyuuki tidak berhenti-henti memerhati Saniwa yang sedang khusyuk menyiapkan kerjanya itu. Saniwa tersenyum. "Yuu, kalau kamu takde kerja nak buat sekarang apa kata kamu pergi luangkan masa dengan para toudan tu?" Kata Saniwa lembut. Miyuuki tersentak. " Aa err tapi miyuuki nak duduk temankan abang buat kerja di sini.."kata Miyuuki malu apabila tindakannya di sedari oleh abangnya itu. Saniwa hanya tersenyum. " Terima kasih tapi abang dah biasa dah buat kerja macam ni..lagipun hasebe akan datang ke sini nanti untuk kemas bilik ni.."kata Saniwa.
Miyuuki mengeluh. " Tapi, abang.. Miyuuki nak sangat temankan abang bekerja..sejak 5 tahun kita berpisah, itulah yang miyuuki harapkan dari dulu..nampaknya walaupun miyuuki berada di tempat yang sama dengan abang, miyuuki masih tak dapat lagi nak luangkan masa dengan abang.." luah Miyuuki sedih sebelum menundukkan kepalanya. " Miyuuki rindu nak bermain dengan abang macam kita budak-budak dulu.."
Saniwa menahan sebak mendengar kata-kata adiknya itu lantas bangkit dari tempatnya. Dia mendekati gadis itu lantas menariknya ke dalam pelukan erat. " Maafkan abang, Yuu.. mustahillah kalau abang cakap abang tak nak luangkan masa dengan kamu..tapi tugas abang sekarang sangat berat dan abang terpaksa korbankan masa dengan kamu untuk pastikan keselamatan sejarah dunia kita ni, jadi abang nak minta maaf sangat-sangat, Yuu.."kata Saniwa dengan nada bergetar.
Miyuuki yang menahan sebak itu akhirnya membalas pelukan abangnya dan menangis teresak-esak. " Tak, abang..abang tak salah tapi Miyuuki..miyuuki yang pentingkan diri sendiri sampai tak fikirkan perasaan abang sendiri.. maafkan miyuuki, abang!" Kata Miyuuki dalam esakannya. Saniwa tersenyum sebelum meleraikan pelukan. Air mata adiknya itu diseka dengan lembut. " Nampaknya kita seri hehe" kata Saniwa bersama sengihannya. Miyuuki mencebik sebelum turut tersenyum.
Kemudian kedengaran ketukan tergesa-gesa dari luar pintu bilik kerja Saniwa. " Tuan saniwa! Tuan saniwa! Kedengaran suara Shishio memanggil dari luar dengan panik. " Shishio? Masuklah!" Kata Saniwa dan pintu itu terbuka. Shishio masuk dengan tergesa-gesa. " Shishio, kenapa ni?" Kata Miyuuki risau. " T-tuan saniwa, Miyuuki-sama! D-dia di sini..Mikazuki Munechika dah tiba! " Kata Shihsio membuatkan Miyuuki dan Saniwa terkejut. " Nampaknya kamu berjaya ya, Shishio? Kerja yang bagus!" Kata Saniwa riang. " M-mikazuki..? Maksud abang, pedang terlangka dan salah satu pedang tercantik dalam sejarah?! " Kata Miyuuki terkejut. Saniwa tersengih. " Yuu, apa kata kamu ikuut Shishio untuk pergi jemput Mikazuki? " Pinta Saniwa. Miyuuki tersenyum teruja. " Baiklah!"
Miyuuki dan Shishio pun tergesa-gesa menuju ke bilik pembangkitan namun ketika mereka tiba di situ, bilik itu kosong! " Eh, di mana Mikazuki?" Kata Miyuuki hairan. " S-sepatutnya dia ada di sini! "Kata Shishio panik. " Kalau macam tu mari kita cari dia cepat!" "B-baik!" Miyuuki dan Shishio berpecah untuk mencari Mikazuki di sekeliling benteng Honmaru itu. Kemudian, dia perasan seseorang yang dia tidak pernah lihat sebelum ini di Honmaru, sedang duduk menjamu teh dengan Uguisumaru. " Uguisumaru " Panggil Miyuuki sambil menuju ke arah mereka. Uguisumaru menoleh. " Ah, miyuuki-sama..kenapa nampak tergesa-gesa ni? Nak minum teh?" Kata Uguisumaru ramah. " Uguisumaru, siapa tu?"kata Miyuuki yang mengajukan pada lelaki di sebelah Uguisumaru. " Ah, aku pun tak tahu tapi kami dah jadi rakan minum teh," kata Uguisumaru. Miyuuki mengerutkan dahinya. Apa?
Lelaki misteri itu meletakkan cawan tehnya srbelum tertawa. " Maaf sebab tak perkenalkan diri dengan betul..nama aku Mikazuki Munechika..selamat berkenalan, cik adik "kata Mikazuki sambil menoleh ke arah Miyuuki bersama senyumannya. Miyuki tergamam. 'can..cantiknya!' bisik hati Miyuuki terpegun. " Oh, jadi kau rupanya mikazuki..selamat datang ke Honmaru, nama aku Miyuuki..aku adik kepada Saniwa, master kamu "kata Miyuuki sambil tersenyum. " Oh? Aku tak tahu pula master ada adik perempuan.."kata Mikazuki agak terkejut. " Miyuuki-sama datang ke sini untuk menjalani latihan sebelum dia dilantik menjadi master yang seterusnya.."kata Uguisumaru. " Ah, macam tu ya..baiklah, kalau macam tu..miyuuki-sama, nak ikut kami minum teh?" Pelawa Mikazuka. Miyuuki tersenyum teruja. " Dah tentu!"
Sedang-sedang mereka bertiga berbual sambil menjamu teh itu, Shushio dan Toudan yang lain datang mendekati mereka dengan tergesa-gesa. " Miyuuki-sama! Kami tak dapat jumpa mikazuki Munechika!" Kata Shishio risau. Miyuuki tertawa kecil. " Takpe, Shishio..dia ni lah Mikazuki munechika "kata Miyuuki sambil memperkenalkan Mikazuki yang duduk di sebelahnya. " D-dia ni mikazuki?!" Kata mereka serentak. " Pedang terlangka yang sangat jarang ditemui di zaman ni..juga merupakan pedang tercantik dari lima pedang besar Jepun, Mikazuki Munechika.."kata Kashuu. " Betul tu, Kashuu.."kata Miyuuki. " K-kenapa Miyuuki-sama sedang duduk di sini dengan mereka?" Kata Yamatonokami terkejut. " Apa salahnya? Aku sangat teruja bila dapat bertemu dengan Mikazuki, tau?" Kata Miyuuki bersama senyumannya. Kashuu, Yamatonokami dan Yagen memasang wajah cemburu.
"Mereka pasti sangat gembira.. miyuuki-sama dengan tuan saniwa," kata Kashuu pada Yamatonokami. "Kenapa pula?" Kata Yamatonokami hairan. " Yelah, sebab mikazuki Munechika dah sampai..kita takkan diperlukan lagi.."kata Kashuu sugul. Yamatonokami terkejut. " B-betul ke?" Katanya risau. Kashuu menundukkan wajahnya, cemburu melihat Miyuuki yang tersenyum riang pada Mikazuki. "Entahlah, aku sendiri pun tak yakin," kata Kashuu.
" Baiklah, ada misi baru!" Kata Hasebe yang baru muncul membawa surat dari Saniwa itu. " Eh? Mendadaknya " Kata Yagen terkejut. Miyuuki menoleh ke arah Hasebe. " Sila bacakannya, Hasebe "kata Miyuuki sambil bangkit dari tempat duduknya. Hasebe mengangguk. " Kapten pada misi kali ini adalah Mikazuki Munechika " mereka tergamam. " Baru sampai sini, sudah jadi kapten?" Kata Kashuu. " Selepas tu, Kashuu Kiyomitsu.." Kashuu tersentak. "Huh? Aku?" Katanya. " Dan yang terakhir adalah Gokotai,lokasinya adalah Istana Utsunomiya tahun 1868 " kata Hasebe. " Huh? Kenapa di sana lagi? Rasanya kita dah ke sana beberapa kali kan?" Kata Tsurumaru. " Tentera pengubah sejarah juga tak berapa kuat di sana..apa yang tuan saniwa fikirkan?" Kata Hasebe. " Apa-apapun, kamu bertiga kena pergi sekarang, mikazuki, kashuu, gokotai !"kata Miyuuki. " Baiklah," kata Mikazuki dan Gokotai manakala Kashuu hanya berlalu tanpa bersuara. Miyuuki memerhati lelaki itu berlalu dengan wajah risau. ' kenapa dengan Kashuu ni?' bisik hatinya tidak sedap hati.
Setelah beberapa minit berlalu, miyuuki kena sedang berdiri di beranda tempat berkumpul para toudan itu untuk melihat keberangkatan Kashuu dan yang lain. " Gokotai, tolong hati-hati okay?" Kata Miyuuki lembut sambil membetulkan seragam budak lelaki itu. Gokotai tersenyum malu. "B-baikla, miyuuki-sama!"katanya. Miyuuki beralih pada Mikazuki. " Mikazuki, ambil ni.."kata Miyuuki sambil menghulurkan satu azimat. " Hmm? Untuk apa ni?"kata Mikazuki. " Ianya azimat untuk melindungi kamu semua, tolong jaga yang lain ya?" Kata Miyuuki. Mikazuki tersenyum lantas mengangguk. " Miyuuki-sama boleh serahkan pada pakcik ni,"kata Mikazuki membuatkan Miyuuki tersenyum. Kemudian, dia memandang ke arah Kashuu yang berdiri jauh dari mereka dengan wajah suram. "Kashuu, hati-hati ya!" Kata Miyuuki sambil melambainya. Kashuu hanya diam membuatkan Miyuuki semakin risau padanya. 'kashu..'bisik hatinya. Mikazuki, Kashuu dan Gokotai pun hilang dari situ setelah mesin masa dihidupkan.
Miyuuki tertunduk. " Aku ada buat sesuatu yang kashuu terluka ke?" Kata Miyuuki bingung. " Miyuuki-sama, marilah aku temankan miyuuki-sama balik ke bilik "kata Tsurumaru. " Ah, okay.."kata Miyuuki lantas melangkah ke arah Tsurumaru. Tsurumaru yang perasan akan riak wajah gadis itu, mula bertanya. "Miyuuki-sama, kenapa ni?" Kata Tsurumaru prihatin. " Ianya tentang Kashuu..dia berperangai lain hari ni.."kata Miyuuki perlahan. " Hmm mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia?" Duga Tsurumaru. Miyuuki melepaskan keluhan. " Mungkin juga.."kata Miyuuki. "apa kata miyuuki-sama tanya dia lepas dia balik nanti?" Cadang Tsurumaru. Miyuuki mendongak dengan wajah bersinar. " Yalah, berul juga tu! Terima kasih, Tsurumaru!"kata Miyuuki ceria. Tsurumaru tersentak. " Err..aa okay?" Katanya. 'aku tak tahu pula perkara kecil macam tu pun dia nak berterima kasih pada aku..'bisik hati Tsurumaru dengan pipi yang merah.
YOU ARE READING
New master ! touken ranbu x Oc (malay sub)
RomanceMiyuuki, adik perempuan kepada Saniwa telah dibawa ke Honmaru untuk dilatih sebagai master seterusnya kepada para toudan yang dimiliki oleh abangnya itu. Ikuti kisah perjalanan Miyuuki serta beberapa jejaka yang ingin memiliki hati gadis itu! Discl...