Mempunyai jumlah follower yang banyak di sosial media tidak menentukan apa-apa buatnya. Yang penting sekarang hanyalah kehidupan dan kebahagiaan orang lain.
“Elyn pergi sekolah dulu ye ibu” ujar Adwa Emelyn sambil menyalami tangan ibunya, Puan Adira.
“Naik motor?” soal Puan Adira. Adwa Emelyn mengangguk.
“Ibu jangan risau, Elyn bawa motor tak laju pun. Ibu jaga diri ya, petang nanti El belikan makanan macam biasa” ujar Adwa Emelyn. Topi keledar diambil dan dipakai sambil menaiki superbike miliknya.
Yamaha YZF-R15. Satu-satunya harta peninggalan arwah ayah buatnya.
“Jangan lupa apa yang ibu pesan ya!” jerit Puan Adira kearah anaknya yang sudahpun memanaskan enjin motor.
“Baik ibu!” balas Adwa Emelyn
“Buat baik terhadap semua orang, bantu yang mana susah dan jangan sesekali angkuh dengan apa yang kita ada” Encik Edry
⋟━━━━━━━━━・❪ ❈ ❫・━━━━━━━━━⋞
~ His Queen : Adwa Emelyn ~
YOU ARE READING
His Queen : Adwa Emelyn
ActionO N G O I N G Gadis muda yang dikenali sebagai 'akak charity'. Mahupun disekolah atau dimedia sosial, ADWA EMELYN disayangi kerana sikapnya yang pemurah dan suka bersedekah. "Pakcik doakan Adwa murah rezeki ya" "Saya muda lagi, baru 17 tahun" Nyawa...