AE |6

99 14 0
                                        

KEHADIRAN puan Adira dan Adwa Emelyn dalam rumahnya membawa sinar baru. Adwa masih lagi belum sedarkan diri akan tetapi dia sudah menunjukkan perubahan positif.

“Auntie nak pergi mana?” soal Athan apabila melihat puan Adira sudah bersiap-siap mahu keluar.

“Nak pergi jenguk Elyn” Athan mengangguk.

“Akak suruh Aayan hantar la Dira” ujar puan Azreen yang datang dari alah dapur.

“Eh tak pe kak lagipun Dira dah order Grab. Kejap lagi sampai” tolak puan Adira.

Aayan Luthfi hanya memerhati dari jauh perbualan kedua wanita tersebut. Tanpa sedar ada yang tersenyum mahu mengenakannya.

Klak!

“Auch!” adu Aayan saat belakangnya ditepuk kuat.

“HAHAHAHA badan sado hati hello kitty!” Afgan tersembur gelak sambil menatap wajah abangnya.

“Kalau aku pancung kepala kau ni sia-sia je hidup” lengan Afgan ditarik.

“Argh sakit bang sorry bang. Mummy!!” puan Azreen tergelak mendengar suara anaknya. Dia sedar akan perbalahan mereka tadi.

“Padan muka bang, tu lah gatal sangat nak prank orang. Kan dah kena” Arfan melalui abang kembarnya sambil makan kerepek pisang. Dia tidak menghiraukan abangnya yang sedang berusaha untuk keluar dari kadang harimau itu.

“Ab..abang tolong Gan” air matanya menitis. Aayan melepaskan tangan adiknya sambil mengesat kasar air mata lelaki itu.

“Cengkam sikit dah nangis. Sekarang ni bukan aku hati hello kitty tapi kau” kaki melangkah turun untuk bertemu puan Azreen.

 Sekarang ni bukan aku hati hello kitty tapi kau” kaki melangkah turun untuk bertemu puan Azreen

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Selepas makan tengah hari bersama, mereka ke hospital untuk melawat Adwa Emelyn. Kini sudah sebulan Adwa tidak sedarkan diri, lukanya juga makin membaik.

“Elyn anak ibu, bila Elyn nak bangun. Elyn tak rindu ibu ke...” tangan mulus anaknya dipegang dan diusap lembut.

Terasa bagai ada yang menyentuhnya, puan Adira memerhati tangannya yang menggenggam tangan Adwa Emelyn.

Dengan perlahan tangan ibunya digenggam. Matanya dibuka perlahan.

“Allahuakbar anak ibu!” jerit puan Adira. Tubuh anaknya dipeluk erat.

“Sa..sakit” adu Adwa.

Puan Adira cepat-cepat merungkaikan pelukan dan menatap wajah anaknya.

“Terima kasih sebab bertahan Elyn sayang. Ibu tak mampu bayangkan kalau Elyn tinggal ibu” bahu Adwa Emelyn diusap.

“Elyn sentiasa ada untuk ibu”

“Dira, jom kita pergi kantin nak tak” ajak puan Azreen. Tiba-tiba timbul idea baru difikirannya.

His Queen : Adwa EmelynTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang