O N G O I N G
Gadis muda yang dikenali sebagai 'akak charity'. Mahupun disekolah atau dimedia sosial, ADWA EMELYN disayangi kerana sikapnya yang pemurah dan suka bersedekah.
"Pakcik doakan Adwa murah rezeki ya"
"Saya muda lagi, baru 17 tahun"
Nyawa...
SUDAH 2 tahun dia bekerja di klinik peribadi milik Athan. Sedikit sebanyak dia dapat belajar tentang jenis-jenis ubat. Walaupun itu bukan bidangnya, dia juga mahir dalam membantu orang untuk membuat pemeriksaan jika berlaku kecemasan.
Usianya sudahpun mencecah 20 tahun. Siapa sangka, gadis yang tiada keputusan Spm mampu berjaya dengan hasil titik peluh sendiri.
“Macam mana dengan patient saya? Dah datang ambil ubat?” soal Athan.
Adwa Emelyn mengangguk dan tersenyum.
“Bagus. Nanti Firdaus yang akan jaga sementara saya tiada” sambung nya lagi.
“Doktor nak kemana?”
“Ambil Aayan”
Ya. Aayan Luthfi sudahpun pulang dari Istanbul, Turkey. Dia menetap disana selepas kejadian yang menimpa Adwa.
Kenapa Turkey? Disitu merupakan tempat kegemarannya sewaktu dia berumur 15 tahun dan kini umurnya sudahpun mencecah 24 tahun.
“Diam la mung, gegey jah kijo (bising je kerja)” marah Adwa. Mereka berdua dari Kelantan jadi tak pelik kalau cakap loghat tu sesama sendiri.
“Eleh mung suko key sebab adik saing aku tu kelik sini doh” tangannya mencuit bahu Adwa yang berlapik baju kurung.
“Eh diam lah. Pergi buat kerja tu, sibuk je!”
Telefon bimbit diambil dan menelefon seseorang.
“Ingatkan dah lupa kat aku”
“Mana boleh aku lupa member aku sorang ni. Kau buat apa, okay ke?”
“Okay je. Nanti jangan lupa datang kedai mak aku eh. Okay bye, aku busy ni ramai customer” ujar Diniy.
“Bye Diniy ucuk asham. Jaga diri”
Satu senyuman terukir dibibir. Walaupun Diniy mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, dia memilih untuk membantu ibunya di kedai makan oleh kerana abang dan bapanya meninggal dunia sewaktu mahu menghantarnya untuk mengambil markah Spm.
“Ha senyum apa tu!” lamunannya terhenti.
“Eh doktor!” jerit Adwa Emelyn.
“Jom ikut saya” ajak Athan.
“Tadi bukan ke..”
“Jom la cepat” Adwa Emelyn terus mengikut keluar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kereta Bmw X6 milik Athan berhenti dihadapan satu restoran mewah.
“Kita buat apa kat sini, doktor?” soal Adwa Emelyn.
“Sekarang bukan kat klinik so tak payah formal sangat. Jom cepat” pintu dibuka dan dia segera keluar diikuti Adwa Emelyn.
Langkah Adwa terhenti apabila melihat susuk tubuh seorang yang dikenali dihujung sudut restoran itu.