HARINI merupakan hari dimana pengetua sekolahnya bakal bersara. Mereka telah menyiapkan satu gimik persembahan kerana tahun ini merupakan tahun terakhir mereka.
“Aku tak sabar nak tengok Adwa rempit!” Arissa melihat suasana sekolah yang agak riuh.
“Adwa, kau okay tak?” soal Diniy apabila melihat muka Adwa Emelyn seperti sedang menahan sakit.
“Senggugut kau datang ke?” Adwa mengangguk. Sewaktu dia didatangi senggugut, pasti dia tidak akan ke sekolah kerana mengalami sakit yang teruk tapi kali ini dia terpaksa kerana ini merupakan momen terakhirnya di alam persekolahan.
“Habistu kau okay tak ni? Lepasni dah nak start gimik” Diniy kelihatan risau. Adwa mengangguk sambil tersenyum untuk menenangkan hati rakannya.
“Kalau kau okay takpe la, oh aku dengar anak saudara pengetua datang juga kan” mereka berdua memandang Arissa dengan wajah pelik.
“Siapa?”
“Entah aku tak kenal”
GIMIK perasmian dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Kemudian bermulalah dimana lakonan pendek dari mereka.
Vroom ! Vroom !
Dua orang pelajar masuk ke kawasan perhimpunan dengan menaiki motor Yamaha y15 v3 sambil memegang satu backpack berwarna hitam.
Dua orang tersebut ialah rakan sekelas Adwa Emelyn iaitu Firas dan Akif.
“Kau nak lari mana ha!” Akif mendekati seorang pelajar perempuan yang mahu melarikan diri darinya, Hurin Sofea.
Rambut Hurin ditarik dan beg galas yang dipakai oleh gadis itu dilucutkan dari badan.
Vroom ! Vroom !
Pit ! pit ! pit !Motor Yamaha YZF-R15 milik Adwa Emelyn tiba dan mematikan enjin motornya berhadapan dengan mereka.
“Kau siapa? Jangan berani dekat kalau taknak budak ni mati?” Firas mengeluarkan sepucuk surat dan mencampakkan kearah Adwa Emelyn.
Kesemua guru termasuk pengetua terkejut kerana kedatangan pihak pegawai keselamatan ke arah mereka.
“JANGAN DEKAT!” Akif menjerit ke arah pegawai keselamatan yang ingin mendekati mereka. Kesemua pelajar dan guru terkaku. Real?
Kayu hoki yang tersorok dibelakang badannya diambil dan dihayunkan kearah Firas yang sedang memegang kuat bahu Hurin.
“Kau!”
YOU ARE READING
His Queen : Adwa Emelyn
AcciónO N G O I N G Gadis muda yang dikenali sebagai 'akak charity'. Mahupun disekolah atau dimedia sosial, ADWA EMELYN disayangi kerana sikapnya yang pemurah dan suka bersedekah. "Pakcik doakan Adwa murah rezeki ya" "Saya muda lagi, baru 17 tahun" Nyawa...