AE | 3

91 12 4
                                        

ADWA Emelyn kini sedang bersiap-siap untuk kerumah rakan ibunya. Oleh kerana dia terlajak tidur, dia terpaksa pergi sendirian dengan menaiki motor kesayangannya. Puan Adira? Lepas subuh terus gerak, tak sabar mahu berjumpa rakannya.

“Mak aiii! Jauh betul rumah kawan ibu” rungut Adwa Emelyn saat membuka maps ditelefonnya.

Topi keledarnya dipakai dan jaket hitam dizip agar tudungnya tidak menganggu sewaktu sedang memandu.

“Bismillah..” enjin motor dihidupkan.

Perjalanannya mengambil masa 45 minit untuk kerumah puan Azreen. Setelah sampai, dia ditahan oleh pegawai keselamatan yang menjaga pagar hadapan rumah tersebut.

“Siapa?” soal pegawai tersebut.

“Rumah puan Azreen” jawab Adwa Emelyn. Ic diberi dan topi keledar dibuka agar mudah untuk pegawai tersebut mengecam wajahnya.

Pegawai tersebut kemudian memberi semula ic miliknya dan membenarkan dia masuk.

“Rumah orang kayangan” gumam Adwa disebalik helmet. Motornya  berhenti dihadapan rumah agam yang besar berbanding rumah lain.

“Kalau kat maps dia berhenti kat sini, gila besar. Betul ke ni?” dua orang lelaki bersuit hitam datang kearahnya. Dipinggang mereka terdapat beberapa senjata.

“Errr, ni rumah puan Azreen ke?” soalnya kepada lelaki tersebut.

Sebuah kereta Bmw X6 berwarna hitam berhenti disebelah motornya.

“Adwa kan? Macam mana boleh ada kat sini?” soal Athan sambil memberi kunci keretanya kepada salah seorang lelaki bersuit hitam.

Open it, let her go. Bring her motorcycle too” lelaki bersuit hitam itu mengangguk kemudian menghulurkan tangan kepada Adwa seolah meminta sesuatu.

“Bagi dia kunci, dia bawa masuk motor awak” ujar Athan. Adwa Emelyn mengangguk dan menyerahkan kunci motornya.

Dia mengikut langkah Athan dan terkesima melihat rumah agam yang cukup besar dihadapannya.

“Macam mana boleh ada kat sini?” soal Athan sambil berhenti dihadapan pintu utama rumah tersebut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


“Macam mana boleh ada kat sini?” soal Athan sambil berhenti dihadapan pintu utama rumah tersebut.

“Ni rumah puan Azreen kan?” soalnya kembali.

“Ibu saya kawan puan Azreen, ibu yang bagi alamat rumah ni suruh saya datang”

“Duduk asing ke?”

“Hahh?” wajah polosnya ditunjukkan dihadapan Athan. Lelaki tersebut tergelak melihat wajah comel dihadapannya.

“Kenapa tak datang sekali, tinggal asing ke?”

“Ooh tak, saya terlajak tidur semalam tu yang datang sendiri” Athan hanya meng ‘O’ kan jawapan gadis tersebut.

“Ha datang pun anak si Dira. Jom Adwa kita masuk” ajak encik Latiff iaitu suami kepada puan Azreen.

His Queen : Adwa EmelynTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang