PUAN Adira, puan Azreen dan encik Latiff tiba di hospital selepas mendengar khabar bahawa Adwa Emelyn diserang.
“Aayan, anak auntie macam mana? Elyn okay kan?” soal puan Adira cemas.
“Masih dalam pemeriksaan doktor” puan Adira terduduk mendengar jawapan lelaki itu. Tubuhnya dipeluk dari tepi oleh puan Azreen.
“InshaAllah Adwa okay, akak yakin dia kuat” pujuk puan Azreen.
“Say..saya takut perkara sama berulang. Ed..edry.. ” dia tertunduk. Tidak mahu anaknya terkena nasib yang sama seperti suaminya dahulu.
Encik Edry telah ditembak sewaktu mahu membantu seorang Datin yang diragut oleh beberapa penyamun bersenjata. Selepas sahaja membantu wanita tersebut, dia ditembak didada sebanyak 4 kali dan menghembuskan nafas terakhir ditempat kejadian. Waktu itu Adwa baru berusia 8 tahun.
“Adwa kuat, jangan risau. Dira kena banyakkan doa sebab doa ibu ni Tuhan makbulkan” ujar encik Latiff.
Aayan hanya memerhati raut wajah ibu Adwa Emelyn. Tiba-tiba telefon milik Adwa berdering.
Diniy ♡
“Hello Adwa, tadi aku pergi sekolah lepastu jumpa Arissa. Kau tahu tak yang dia kena ikut mak ayah dia ke Australia petang ni” ujar Diniy rancak. Aayan hanya diam dan memerhati puan Adira dikerusi. ‘Jawab je’ bisik encik Latiff, Aayan mengangguk dan beredar mencari tempat yang lebih tertutup.
“Kawan Adwa ?”
“Er sapa ni, Adwa mana?”
“Dia kat hospital sekarang”
“What?! Kau jangan gurau boleh tak! Heh tak lawak la bod*h! Kau sapa!”
“Aku anak kawan mak dia, jangan risau ibu dia pun ada kat sini” jawabnya. Tak pasal-pasal kena maki. Haih.
“Saya nak jumpa dia, please” rayu Diniy. Aayan memberi nama hospital dan tempat dimana Adwa berada kemudian mematikan panggilan.
Seorang doktor lelaki keluar dari bilik pembedahan yang menempatkan Adwa Emelyn.
“Keluarga Adwa Emelyn binti Edry?” soal doktor kepada encik Latiff yang sedang berdiri berhampiran pintu wad. Aayan Luthfi sudahpun tiba dan mengangguk kepada doktor.
“Alhamdulillah peluru dalam bahu dia tak terlalu dalam dan berjaya dikeluarkan. Keadaan dia sudah stabil walaupun dia kehilangan banyak darah. Saya akan pindahkan dia ke wad biasa” mereka mengangguk serentak. Terdengar esakan halus dari puan Adira menunjukkan bahawa dia bersyukur anak gadisnya selamat.
“Boleh ikut saya sebentar?” bahu encik Latiff ditepuk.
“Biar saya saja” ujar Aayan sambil mengikut jejak doktor ke ruang hadapan.
“Adakah dia terlibat dengan kes jenayah? Sebab peluru tu-”
“Tak” jawabnya ringkas. Aayan terus menceritakan bagaimana keadaan gadis itu boleh jadi teruk begitu.
“Saya mahukan wad VIP, kos saya tanggung dan saya akan bayar sekarang”
“Baiklah” dia melihat Aayan Luthfi mengeluarkan dompetnya dan terkelu melihat kad dan nota kecil yang ada didalam dompet tersebut.
Aayan Luthfi bin Latiff Qadry
Lelaki dihadapannya merupakan usahawan muda berusia 21 tahun terkaya dengan hasil titik peluh sendiri. Dia bahkan tidak menggunakan satu sen duit ibubapanya untuk bekerja dan hasil usahanya sangat diluar jangkaan sehingga mencecah 3.5b setahun.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Queen : Adwa Emelyn
ActionO N G O I N G Gadis muda yang dikenali sebagai 'akak charity'. Mahupun disekolah atau dimedia sosial, ADWA EMELYN disayangi kerana sikapnya yang pemurah dan suka bersedekah. "Pakcik doakan Adwa murah rezeki ya" "Saya muda lagi, baru 17 tahun" Nyawa...