GADIS berumur 17 tahun itu tiba dikawasan sekolah. Dia mempunyai ramai kawan disekolah kerana sikapnya yang peramah. Akan tetapi sesetengah pelajar tidak suka dengannya hanya kerana dia ‘disayangi guru’.
“Makcik Adwa Emelyn!” jerit Diniy. Salah seorang sahabatnya.
“Terpekik macam babun ni dah kenapa, by the way hi Adwa” ujar Arissa.
“Korang ni setiap kali jumpa mesti nak gaduh. Oh Rissa, harini ada kelas tambahan?” soal Adwa Emelyn. Dia sudah berhajat mahu ke suatu tempat nanti.
“Harini takde, cikgu kata dia ada temu janji doktor petang ni” jawab Diniy. Tanya orang lain, orang lain yang jawab.
“Okay cun” balas Adwa Emelyn.
“Kau nak pergi mana? Beli donut pakcik tu lagi ke?” soal Arissa. Setiap hari mesti Adwa Emelyn akan pergi membeli donut ditepi jalan kemudian memberikan kepadanya. Adwa Emelyn hanya diam. Betul dah tu!
“Okay aku dah tahu. Kau tu bawa motor elok-elok, risau aku” ujar Arissa. Diniy tergelak kecil. Kawannya ni dah masuk dah mode protective dia.
“Baik cik Arissa kusayang. Dah jom masuk kelas” ajak Adwa Emelyn.
LELAKI itu lengkap berpakaian kemeja hitam. Harini dia akan berangkat ke Kelantan untuk berjumpa ibubapanya.“Aayan!” jerit Daniel. Dia melangkah masuk kedalam pejabat bersama orang kanan Aayan Luthfi, Ardhan.
“Kau boleh bagi salam tak? Kalau aku pancung kepala kau ni sia-sia je” marah Aayan Luthfi. Dia paling pantang orang main sergah masuk office nya tanpa kebenaran. Walaupun orang itu sahabatnya.
“Auch garang” sinis Daniel. Ardhan hanya menjadi patung maniquien disebelah Daniel.
“Tutup mulut kejap. Dhan, macam mana dengan apa yang aku bagitahu tu. Dah dapat?” soal Aayan Luthfi.
“Dah Tuan. Saya dah dapat nombor kawan dia dan dia beritahu yang petang ni budak tu akan pergi tempat sama” jawab Ardhan.
“Okay baik, lepas je kita sampai aku nak pergi sana terus” ujar Aayan Luthfi.
“Kau kenapa nak cari budak tu?” soal Daniel. Dia tahu Aayan ada menyuruh Ardhan untuk mencari maklumat seorang gadis menerusi laman akaun miliknya.
“Sejak bila kau ambil tahu hal aku?” sinis Aayan Luthfi. Bangga dengan jawapannya apabila melihat wajah bengis sahabatnya itu.
YOU ARE READING
His Queen : Adwa Emelyn
AcciónO N G O I N G Gadis muda yang dikenali sebagai 'akak charity'. Mahupun disekolah atau dimedia sosial, ADWA EMELYN disayangi kerana sikapnya yang pemurah dan suka bersedekah. "Pakcik doakan Adwa murah rezeki ya" "Saya muda lagi, baru 17 tahun" Nyawa...