"They are coming" laung James kuat kedengaran seluruh kaki lima yang menempatkan kelas bagi pelajar tahun tiga.
"Who is coming?" soal Hera sendirian.
"Siapa lagi kalau bukan empat putera The Legacy?" celah Mary yang duduk di hadapan Hera. Hera segera menoleh memandang koridor utama.
Kelihatan empat jejaka sedang berjalan melintasi di hadapan kelasnya. Kehadiran empat jejaka itu disambut dengan suara-suara sorakan daripada pelajar yang duduk bersidai di tepi koridor.
The Legacy, kumpulan itu mempunyai empat anggota tetap iaitu Zildan Darius, Ayden Kavin, Fillian Eirwen dan Harith Zev.
Mereka berempat merupakan kuasa besar yang mengawal sekolah itu terutama sekali Zildan Darius dan Ayden Kavin.
Zildan Darius merupakan anak kepada pemilik hartanah yang terkenal dalam dan luar negara manakala Ayden Kavin merupakan anak kepada pengasas Legacy Foundation. Fillian Eirwen pula merupakan anak kepada ahli usahawan terkenal dalam bidang berkapalan. Akhir sekali, Harith Zev yang merupakan anak kepada pemilik hospital swasta terkenal.
Rupa paras yang diberikan kepada mereka berempat merupakan satu tiket yang menjadi tarikan umum. Tidak kira di mana mereka berada pasti akan menjadi perhatian.
"Nampaknya kita jumpa mangsa kita hari ni" ujar Zildan sambal tersenyum sinis melihat seorang pelajar sedang dikejar oleh anak buahnya.
Malangnya, disebalik wajah itu tersembunyi sisi gelap mereka. Buli, kaki perempuan dan kaki clubbing merupakan perkataan yang sesuai yang diberikan kepada mereka.
Seorang gadis berdiri di hadapan cermin. Wajahnya cukup sempurna tanpa sebarang cacat cela.
"Elvira" panggil satu suara.
"Yes, mom" sahutnya menjawab panggilan daripada ibunya.
"Are you sure you are going back alone? By yourself?" soal Monika mengenai keadaan anaknya yang ingin pulang sediri ke negara asal suaminya.
"Ask Xavier to fetch you at the airport" ujar Monika risau akan keselamatan anaknya.
"No, mom. I can manage by myself" larang Elvira.
"If you say so" Monika mengalah dengan anak gadisnya.
Entah mengapa Elvira cukup tidak suka jika dia menyebut nama Ayden. Dia juga tidak tahu mengapa anaknya tiba-tiba sahaja mahu tinggal bersama mereka di France bermula setahun tahun lalu.
"Berani betul dia curi-curi record video kita" getus Fillian. Air yang sudah terisi di dalam gelasnya diteguk rakus.
"Tu la makan dia" ujar Zildan.
Manakala Ayden sibuk berseronok bersama perempuan di sebelahnya.
"Kau tengok la member kau tu, buat hal macam tak ada..."
"Shush! Kau nak tengok dia mengamuk ke?" potong Harith. Dia dapat membaca ayat apa yang mahu dilontarkan oleh Fillian lalu pantas dihentikan.
"Tak la aku cuma..."
Zildan memandang Fillian bagaikan memberi amaran kepada jejaka itu.
"Okay, okay I surrender" akhirnya Fillian mengalah.
Ayden dan perempuan yang bersamanya bangun.
"Aku gerak dulu" tutur Ayden mendatar. Mereka berdua keluar dari bilik itu.
"Aku rasa mesti ada yang jadi" ujar Harith.
Zildan masih memandang ke arah pintu. Perangai kaki perempuan Ayden semakin teruk selepas Elvira menghilangkan diri setahun lalu. Masih segar dalam ingatannya semasa keluarga Ayden dan Elvira merancang untuk mengikat kedua-dua kawannya dengan sebuah tali pertunangan.
YOU ARE READING
RESET | EBOOK
RomanceRESET; set again or differently. I wish I could reset everything. And now... I am resetting my memory of you. THE LEGACY, satu kumpulan yang sangat disegani. Kumpulan tersebut terdiri daripada Elvira Erika, Ayden Xavier, Zildan Darius, Fillian Ei...