R 02

390 37 1
                                    

"Who is she?"

"Wait... She is..." pelajar tersebut tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila melihat gadis yang turun dari sebuah kenderaan mewah.

Pelajar yang berada di sekitar tempat yang menjadi kebiasaan tempat untuk menurunkan pelajar oleh pemandu masing-masing, mula berbisik-bisik setelah mengenal pasti figura yang turun dari kereta mewah itu.

"Oh my God, she..." sebaik sahaja gadis itu berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah hampir semula pelajar yang mengenalinya terkejut melihat kehadiran gadis itu.

Gadis itu hanya memandang kosong walaupun sedari dirinya mula menjadi tarikan tambahan pula sekarang merupakan waktu rehat semua pelajar.

"She's back"

Fillian yang tekun melihat iPad Pro miliknya mula mengerutkan dahinya apabila terdengar bunyi bising di bahagian cafeteria tingkat satu. Manakala ruangan rehat khas mereka berada di tingkat dua.

Hera dan Laura yang sedang mencari meja untuk duduk juga mengalihkan perhatian mereka memandang ke arah pintu masuk utama cafeteria di mana semua pelajar sedang berkerumun di situ.

"Kenapa tu?" soal Laura ingin tahu.

Hera menjongket bahunya tanda tidak tahu. Misinya diteruskan untuk mencari meja.

Harith bangun lalu berjalan untuk mengejuk keadaan bising di tingkat bawah.

"Why?" soal Zildan.

Kini, Fillian pula bangun lalu berjalan menghampiri Harith. Dirangkul bahu kawannya lalu memandang ke arah pintu masuk utama.

Matanya bagaikan tidak percaya apabila melihat figura yang sedang berdiri di pintu masuk itu.

"I'm not dreaming, right?" soal Fillian menginginkan kepastian.

Harith mengangguk. Lelaki itu terlalu terkejut untuk bersuara.

"What's wrong with both of you?" soal Zildan membuatkan dia tertanya-tanya apa yang sedang dilihat dua kawannya. Segera dia bangun, manakala Ayden masih duduk di atas sofa.

"El?"

Ayden mengangkat wajahnya sebaik sahaja mendengar sepotong nama itu keluar dari mulut Zildan.

Menginginkan kepastian Ayden bangun lalu berjalan menghampiri kawan-kawannyaa. Matanya memandang ke bawah. Serentak, mata mereka berdua bertemu.

Elvira yang masih kekal berdiri di situ memandang Ayden yang berdiri di atas. Pandangannya terhadap lelaki itu kosong.

"El!" panggil Fillian lalu melambaikan tangannya ke arah gadis itu.

Ayden segera membuka langkah meninggalkan tempat itu.

Mengabaikan pemergian Ayden, Zildan bersama Fillian dan Harith menuruni tangga. Para pelajar yang berdiri di sekitar Elvira segera mengundurkan diri mereka.

"El" Fillian selamba menerpa ke arah gadis itu lalu memeluknya erat.

"Finally, you are back!" sorak Fillian gembira dengan kepulangan gadis itu di samping mereka pula.

"Slow down, bro" melihat wajah Elvira yang hampir tidak dapat bernafas itu pantas Harith menarik kolar baju Fillian dari belakang.

"I'm just back and you want to kill me? Seriously, Fill?" perli Elvira yang hampir mati lemas dipeluk Fillian.

"Au... My bad. I'm just happy to see you after a year, El" tutur Fillian.

Zildan melangkah menghampiri gadis itu lalu memeluknya. Tindakan Zildan membuatkan ramai pelajar perempuan cemburu dengan Elvira.

RESET | EBOOKWhere stories live. Discover now