R 7

197 18 0
                                    

Lucas berjalan ke arah lokarnya. Banyak mata mula memadang ke arahnya. Lucas yang seolah-olah dapat membaca keadaan di situ menelan air liurnya payah seperti dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena di kawasan lokar itu.

Student card miliknya diletakkan pada reader lalu pintu lokarnya terbuka. Matanya membulat sebaik sahaja melihat sekeping kad berwarna hitam dengan tulisan TL iaitu bermaksud The Legacy pada atasnya. Terketar-ketar tangan Lucas mengambil kad tersebut.

Pada masa yang sama, bunyi notifikasi masuk kedengaran kuat di ruang itu apabila hampir semua pelajar menerima mesej di dalam group rasmi mereka.

"Target locked, locker area ground floor"

Semua pelajar memandang ke arah Lucas.

"Bam!" pintu lokar milik Lucas dihempas kuat sehingga tertutup.

"Welcome new prey" ujar suara itu bersama senyuman penuh makna.

Lucas cuba untuk melarikan diri malangnya dia sudah terlambat.


FILLIAN tersenyum melihat gambar yang diterima daripada anak buahnya.

"Guys, it's showtime" laung Fillian lalu melempar helaian kertas ke udara.

Zildan mengukir senyuman sinis.

"Let's go" tutur Zildan lalu bangun. Elvira masih lagi statik duduk di tempatnya.

"El? Are you going?" tegur Harith yang melihat Elvira masih kekal duduk. Fillian, Ayden dan Zildan sudah pun meninggalkan kelas itu.

"Later, I have work that needs to be done" balas Elvira.

"Okay" balas Harith tanpa mensyaki apa-apa lalu berjalan keluar dari tempat itu.

Wajah Elvira mengukir sebuah senyuman yang sukar untuk ditafsir. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket blazer. Jari-jemarinya menari di atas papan kekunci lalu menghantar mesej itu kepada seseorang.

Zildan, Harith, Fillian dan Ayden berjalan masuk ke dalam bangun stadium lama yang sudah terbiar dari awal mereka masuk ke sekolah ini. Semua yang berada di atas bersorak apabila melihat ahli The Legacy berjalan masuk.

Lucas dipaksa melutut di hadapan Zildan oleh anak-anak buah The Legacy.

"Nampaknya kali ni kau usik orang yang salah" bisik Zildan mencengkam kuat rahang Lucas. Lucas mengerang kesakitan. Wajahnya sudah kelihatan lebam yang keunguan apabila dia dibelasah oleh anak buah The Legacy sewaktu menunggu kedatangan mereka berempat.

Harith mengambil tempat duduk di atas kerusi lalu memerhati.

Kini, Ayden pula yang mengambil alih. Tanpa amaran, bahagian perut Lucas menjadi sasaran tumbukan Ayden.

"Aku... Aku janji tak kacau dia lagi" tutur Lucas dalam keadaan kesakitan menyerang seluruh badannya.

"It's too late bro" balas Ayden.

"Finish him" arah Zildan dengan dua perkataan sahaja.

Pada masa yang sama, kedengaran bunyi yang agak riuh dari pintu masuk stadium. Perhatian mereka mula terarah pada pintu masuk stadium.

"Lepas la! Apa ni? Lepaskan saya!" suara jeritan itu mula menarik minat semua yang berkumpul di situ.

Kelihatan dua pelajar lelaki sedang membawa masuk seorang pelajar perempuan yang meronta-ronta minta untuk dilepaskan namun tidak dipedulikan oleh dua pelajar tersebut.

Harith dan Fillian memandang antara satu sama lain.

"Apa dia buat dekat sini? Bukan target kita Lucas je ke?" soal Harith pelik. Fillian menjongket bahunya tanda tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.

RESET | EBOOKWhere stories live. Discover now