R 06

223 29 0
                                    

ELVIRA bermain dengan telefonnya sementara menunggu salesperson menguruskan dokumen keretanya. Mula bosan, mata Elvira meliar mencari susuk tubuh Ayden. Lelaki itu meninggalkannya sendiri untuk ke tandas, namun sehingga sekarang masih belum kembali.

Selepas acara makan pagi bersama keluarganya, Elvira segera ke car showroom untuk mengambil keretanya yang baru sahaja sampai. Yang pasti, Eden mengarahkan Ayden untuk menemaninya walaupun dia boleh menguruskan semuanya sendiri.

Elvira melepaskan keluhan lalu bangun.

"Pergi tandas ke buat tandas" omel Elvira lalu berjalan ke arah tandas.

Langkahnya terhenti apabila terdengar suara Ayden. Segera dia berundur setapak ke belakang bersembunyi di sebalik sebuah pasu bunga.

Dilihat seorang perempuan sedang berbual-bual bersama Ayden di hadapan pintu masuk ke tandas. Namun, bukan satu perbualan yang biasa namun luar biasa apabila tangan perempuan itu naik menyentuh dada Ayden dan tangan Ayden juga turun membuat hal yang sama iaitu menyentuh bahagian pinggang perempuan itu.

"We should meet up tonight. Just two of us" tutur Ayden dengan nada penuh menggoda.

Perempuan itu tergelak kecil.

"Nakal la you ni. Nanti apa partner you cakap?" balas perempuan itu sama naik juga.

Elvira menggenggam tali beg tangannya kuat.

"Partner? Who? Oh, perempuan tu ke? She's not my partner, but just a kid" balas Ayden membelai wajah perempuan itu.

Elvira memejamkan matanya kejap selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut Ayden.

"Miss Elvira"

Mendengar suara itu serentak Ayden menoleh. Matanya dan Elvira bertemu. Perempuan di hadapan Ayden itu sudah keras membatu.

"This is your car key" tambah salesperson itu lagi sambil menghulurkan kunci kereta kepada Elvira.

Elvira memandang Ayden buat kali terakhir lalu mengambil kunci keretanya dan beredar. Ayden menguak rambutnya ke belakang. Jika hal ini sampai ke telinga Jayden, masak dia dikerjakan.

"Elvira!" pantas Ayden mengejar langkah Elvira.

"Elvira Erika!" panggilnya.

Elvira tidak menghiraukan panggilan Ayden sebaliknya berlari anak ke arah keretanya. Pintu dibuka lalu segera dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Elvira!" panggil Ayden.

Elvira segera memandu keretanya meninggalkan tempat itu. Pedal minyak ditekan habis. Jika sekarang Tuhan mahu mengambil nyawanya, dia akan merelakan semuanya.

Ayden mengeluarkan telefonnya. Nama Elvira dicari lalu segera dihubungi. Kaki melangkah ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Ayden mencampakkan telefonnya ke tepi apabila Elvira tidak menjawab panggilannya.

Kereta yang dipandu Elvira berhenti di sebuah tasik. Stereng kereta masih digenggam erat.

'El, kau kena give up. Sampai bila kau nak biarkan hati kau terluka. Ayden tak pernah pandang kau langsung. Stop dreaming, Elvira Erika'

Elvira bersandar pada seat keretanya. Fikirannya melayang teringat akan kejadian yang berlaku pada party yang diadakan buat menyambut kepulangannya.

Momen-momen di mana seorang perempuan diselamatkan oleh Ayden itu masih segar dalam ingatannya.

"For the last time, El. Take it or leave it" gumam Elvira lalu mengambil telefonnya. Nombor Fillian didail.

"Hello, El" suara Fillian memecah suasana sunyi di dalam kereta itu.

"Fil" panggil Elvira.

"Yow, what's wrong dear?" soal Fillian sedikit pelik saat mendengar suara Elvira.

"I need your help"

"Anything" balas Fillian yang sudah semestinya akan melakukan apa sahaja buat Elvira.

"I want to know everything about the girl that Ayden saved at the last party" ujar Elvira.

"Wait... You mean Laura?" soal Fillian menginginkan kepastian lalu memandang Zildan yang sedang menukar bajunya.

Zildan memandang Fillian saat mendengar nama Laura. Segera dia berjalan menghampiri Fillian.

"Yes" balas Elvira lalu menamatkan panggilan telefon mereka.

"Kenapa?" soal Zildan sebaik sahaja Fillian selesai dengan panggilan telefonnya bersama Elvira.

"El asked me about Laura's information" balas Fillian.

"For what purpose?" soal Harith agak pelik.

Fillian menjongket bahunya tanda tidak tahu kerana Elvira tidak memberitahu apa-apa selain dari gadis itu memerlukan maklumat mengenai Laura.

"She senses danger" luah Zildan seperti dapat membaca fikiran Elvira.

"I guess so" sokong Fillian.

"But plan kita dengan Lucas still on?" soal Harith mengingatkan mereka mengenai Lucas.

"Dia... Of course, yes. Siapa suruh kacau El?" balas Fillian. Geram pula apabila dia teringat akan wajah innocent yang dipasang oleh Lucas.



"YOU are home, Ayden" tegur Jayden yang baru keluar dari lif tersempak pula dengan anak tunggalnya yang baru sahaja hendak pintu pintu utama.

"Yes dad" ujar Ayden.

"How are things with El?" soal Jayden bertanyakan soal Elvira. Seluruh tubuh Ayden keras membatu.

"She... She's okay. Just picked up her new car just now" balas Ayden dengan berhati-hati.

"Ayden" panggil Jayden. Tangan menyentuh bahu anaknya.

"Yes, dad" sahut Ayden.

"Do take good care of her. She's fragile inside even though she looks strong outside" pesan Jayden menepuk bahu anak lelakinya dengan harapan Ayden dapat menjaga Elvira seperti menjaga nyawanya sendiri.

Bukan dia tidak nampak hubungan antara Ayden dan Elvira kelihatan dingin. Namun, didiamkan sahaja kerana mungkin anak-anaknya masih berada dalam fasa darah muda. Masih banyak yang belum dilalui dua anak muda itu lagi.

Ayden hanya mengangguk lalu mengundurkan diri naik ke biliknya. Kunci kereta dicampakkan ke atas meja. Tubuhnya direhatkan di atas sofa yang berada di dalam biliknya.

Rambut dikuak ke belakang. Mata jatuh terpandang sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja belajarnya.

Pantas dia berjalan ke arah meja belajarnya lalu mengambil bingkai gambar itu. Badan disandar pada meja. Gambar itu merupakan gambar pada hari pertama mereka masuk ke Legacy High.

"Malangnya, aku hanya anggap kau tak lebih dari seorang kawan, El" luah Ayden penuh dengan kejujuran.

"Aku cuba tapi kau bukan untuk aku dan sekarang hanya kebencian yang memenuhi setiap kali aku dengan kau" tambahnya lagi. Gambar itu kembali diletakkan di tempat asalnya.

RESET | EBOOKWhere stories live. Discover now