R 03

356 28 3
                                    

Laura berjalan masuk ke dalam kelas. Semua mata memandang ke arahnya. Pegangannya pada tali beg sekolahnya dikuatkan.

"Guys ni la budak yang buat masalah dekat party senior Elvira semalam" laung Vivy kuat kedengaran satu kelas.

Semua pelajar mula memandang Laura dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Lepas tu nak raih simpati Ayden. Mentang-mentang Ayden selamatkan dia semalam" tambah Camelia pula.

Laura menarik kerusi, beg disangkut di tepi meja. Sebaik sahaja dia mahu duduk, ada tangan yang menarik kerusi menjauhi Laura lalu mengakibatkan Laura jatuh terduduk di atas lantai.

Satu kelas memandang ke arahnya lalu mentertawakan Laura yang sudah jatuh terduduk di atas lantai. Pada masa yang sama, Hera masuk ke dalam kelas.

"Laura" pantas dia berlari mendapatkan Laura lalu membantu gadis itu untuk bangun.

"What's wrong with you guys?" marah Hera geram.

"Eh, Hera you should ask yourself la. Kenapa you nak berkawan dengan orang macam dia ni. Langsung tak sama class dengan you la" balas Cindy.

"I don't disturb your friends jadi jangan sibuk-sibuk nak kacau kawan aku" balas Hera. Sejak masuk ke sini dia belum pernah lagi melawan tetapi kali ini mereka semua sudah melampau.

"Hera, jangan" halang Laura sambil menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu melibatkan Hera dalam halnya. Takut Hera pula menjadi mangsa mereka.

"Are you okay?" soal Hera risau.

Laura mengangguk tanda dia baik-baik sahaja. Hera duduk ditempatnya. Selepas memastikan Laura duduk dalam keadaan selamat.

Tiba-tiba di luar kedengaran suara sorakan yang kuat sehingga menarik perhatian mereka yang berada di dalam kelas.

"The Legacy" laung Vivy dan Camelia serentak.

Di luar kelihatan lima figura sedang jalan di koridor yang mula dibanjiri dengan pelajar-pelajar.

"Aaa... Zildan you are so handsome"

"Fillian! Can I get a photo of you?"

"Ayden, please take me with you!"

"Harith, I love you"

Suara-suara itu jelas membingitkan telinga Elvira. Jika dahulu dia suka akan perhatian tetapi tidak sekarang.

"Elvira Erika!" langkah Elvira terhenti sebaik sahaja terdengar namanya dijerit kuat. Elvira mengangkat wajahnya memandang ke hadapan.

Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapan mereka sambil memegang jambakan bunga.

Fillian dan Zildan tergelak sinis. Ayden memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar. Manakala Harith memerhati dengan minat.

"Finally, you are home sweetheart" ujarnya.

Elvira berdecit. Dia kenal lelaki itu. Selain daripada empat jejaka yang selalu berada dengannya, Lucas Rykel ini juga boleh dikatakan sebagai rebutan gadis di sekolah mereka. Tetapi apa yang berada di mata Lucas hanya Elvira sejak lelaki itu masuk ke sekolah ini. Muka handsome tapi sayangnya gila.

"Oh, sweetie can you accept my love this time?" rayu Lucas.

"Nampaknya dia still mengharap" bisik Harith kepada Elvira.

"Shut up" marah Elvira lalu berjalan menghampiri Lucas.

"This is for you" bunga itu dihulurkan kepada Elvira. Elvira memandang sepi huluran itu.

RESET | EBOOKWhere stories live. Discover now